Thursday, May 20, 2010

PENJUAL-PENJUAL YANG HEBAT

sekadar gmbr hiasan - tiada kena mengena dgn entry


Nampaknya teman-teman di FB sedang hangat membincangkan isu tudung itu lagi....

Teringat I pada sorang pakcik penjual tudung di sebuah butik.....

"Cantik tudung ni pakcik, berbatik-batik... ni kalau pakai mesti vouge kan...." ujarku tanpa diminta.

"Berapa harga ni pakcik?" tanyaku lagi.

"Tak payah beli la nak.... kalau nak beli yg sebelah sana tu..." Jawab Pak Sheikh tu memeranjatkan aku...... Syaitan dlm hatiku pun berkata-kata "Pakcik ingat aku ni tak mampu ke??? Huh!!! :( >>>>>>&*%^ :P"... dush!! dush!!!

"Bukan apa.... tudung tu kan jarang...... Saya cadangkan awak pakai yg ni lebih sesuai untuk awak"... ohhh baru lega I... ingatkan pakcik tu nak eksyen dgn I.... Segera beliau menunjukkan selonggok tudung yg lain.

"Biasa yg beli transparent2 ni tourist....diorg beli utk buat cenderahati" Terang pakcik tu lagi.... mcm tau2 pulak I sdg berteka-teki kenapa dia jual tudung transparent tu kalau tak suka I membelinya.

Satu pengajaran yg I dpt dr Pakcik penjual tudung tu tadi ialah........ mungkin pakcik tu enggan bersubahat dlm bab2 kesilapan wanita dlm tatacara penutupan aurat yg betul.. Sebab I pun teringat kisah sorang tailor ni........ dia kata.... kalau ada customer yg minta dia menjahitkan baju yg seksi sgt.... dia akan menolak dgn cara yg baik...

Entah ler... tanya la pada yg pakar bab2 hukum BERSUBAHAT ni..... mungkin boleh bertanya pada ustaz2 kat alam cyber ni. Ustaz Zaharuddin dot net ke... I ada pernah terbaca kat satu forum di mana panel2 membincangkan isu ini tapi lupa pulak kesimpulannya... sebab masa tu tumpuan I lebih kepada tudung2 yg diperagakan kat situ.....heh heh heh.. kan I ni penggila tudung.

5 comments:

  1. Setuju ngan pakcik tu mungkin dia taknak bersubahat!

    ReplyDelete
  2. baik pakai tudung saji..hahahha.. eh eh tetiba jek kan....

    ReplyDelete
  3. JS ~ hebat pakcik tu kan..tak mengharap untung semata2.

    Zul ~ mungkin akan tiba suatu masa org jadikan tudung saji sbg tudung kepala..siapa tahu kan, fesyen 2011..save budget.

    ReplyDelete
  4. salam MM, saya nak tanya pasal uncle nuff ni, kalau kita dapat jemputan untuk memeriahkan sesuatu projek seperti DG angel dan pizaa hut tu, kita kena joint baru nuff kasi kempen kat kita ke? atau semata2
    1) update blog
    2) trafik sentiasa menten
    3) pengiklan beli pelawat kita
    4) status geli-geli tu??

    sebab saya tengok ramai yang wat entri pasal digi tu je

    asmaria2009@gmail.com

    ReplyDelete
  5. maaf mengganggu MM lagi, saya tengok contoh entri semua cakap ongputih daa.... kalau nak taip melayu boleh tak.... nak joit segan melegan... :P

    asmaria2009@gmail.com

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.