Thursday, June 24, 2010

JANGAN BACA LA ENTRY NI... terlalu peribadi la...

"beli 1 benda, apa yg betul2 isteri anda minat, pasti mereka tak akan minta apa2 lg..."

Wahaha... MumyShane dah tag I hari ni.. bukan sikit2..... 20 soalan nak kena jawab ni!



20 tentang saya? Tak boring ke anda baca tentang saya ni? 20 perkara pulak tu....

1) Saya seorang ibu kepada 3 orang anak ~ itu you dah tau kan?

2) Seorang anak yang paling dimanjakan di dalam keluarga..... ahaks! ~dan MS abang saya sgt jelous kerana saya tidak pernah ke kebun spt adik beradik lain ~ katanya la... bukan saya yg kata ya....

3) Mula belajar memasak nasi pada usia 13 tahun... wah! itu pun sungguh membanggakan saya tau! sebab dapur kami masa tu dapur kayu...... u ingat senang ke you nak hidupkan api dapur tu??? Sungguh mencabar kesabaran seorang wanita gedik spt saya.

4) Seperti MumyShane, saya juga seorang pengawas sekolah di ketiga-tiga buah sekolah yang pernah saya belajar. Ramai orang tak suka saya ketika itu agaknya.... Maafkan saya ya kawan2 sekolah saya, ala budak2 belum cukup matang ketika itu....

5) Ayah saya kata, semasa kanak2 seorang guru pernah menawarkan saya untuk menjadi anak angkatnya dan membuat tawaran harga kepada ayah saya.....saya menangis ketika itu, mujur ayah saya memang tiada niat langsung untuk memberikan saya kpd orang lain......kalau tidak... hehehe... kalau tidak, IRP (my hubby) pun tak akan berjumpa saya agaknya sebab akan berhijrah jauh selepas itu.

6) Saya rasa saya mewarisi wajah dan keramahan ayah saya. Sementara sikap2 sabar (cehhh up la sikit kan.....bila lagi nak masuk bakul kan?) itu adalah warisan dari ibu saya. Sabar dan tabah! Wah wahhhh.......

7) Semasa kecil saya sangat suka melukis dan bakat itu akhirnya menghilang begitu saja kerana dah lama sangat tak memegang berus lukisan. Bagaimanapun, dulu saya suka menghasilkan komik bergambar berkisarkan cerita-cerita cinta remaja di mana saya akan melukis gmbr gadis2 yg cun...

8) Saya adalah pengumpul koleksi beg tangan yg kini telah berjaya memansuhkan hobi gila saya itu, bagaimanakah saya berjaya memansuhkan hobi itu???

Suatu hari, my IRP pulang dari perantauan, tak sangka, rupa-rupanya beliau ada surprise untuk saya, sebuah beg idaman saya, iaitu LV, tetapi tidak la sevouge LV si Datuk Siti Nurhaliza tu.... 40 ribu gitu kan beg Tok T tu.... haii... tak rela I nak biar IRP ikat perut dompet semata2 untuk memenuhi impian menggedik saya ni.....tetapi sejak kejadian itu, serta merta saya berhenti mengumpul beg lagi. Bukan sebab saya tak suka beg tersebut, ooh of coz saya sangat suka!!!!! kiranya sebijik LV itu sudah cukup utk meredakan apa yg saya igaukan selama ni..... ibarat satu "ubat mujarab" utk anda cuba ~ beli 1 benda, apa yg betul2 isteri anda minat, pasti mereka tak akan minta apa2 lg........ sangat lega IRP saya sejak kejadian itu. Agaknya la... hehehe..

tapi gmbr ni ikhsan Mr. G.


9) Soalan pertama yg biasa teman-teman ajukan pada saya apabila add saya di FB ialah :
" Eh ko keja ya Sam?" mengatasi soalan2 lain spt "Ko sihat tak?"

10) Blog2 terawal yg saya follow ialah blog seorang wanita pembuat kek, masa tu saya rasa blog beliau la yg paling canggih sbb saya ketika itu terlalu naif ttg blog2 ni.. tetapi satu hari, saya telah membuat pertanyaan di ruangan comment beliau...
"eh cantiknya blog awak ni...bagaimana ya awak boleh dapat tulisan yg glitters2 tu?"" beliau tidak menjawab langsung soalan itu, 2, 3 hari saya tunggu pun tiada jawapan, esoknya saya pun terus tekan butang UNFOLLOW.

11) Saya cukup tak suka kalau orang bertanya mengapa saya kurus... ianya sama seperti soalan kepada orang gemuk ...... mengapa kau gemuk.

12) Mereka kata saya suka bergaya, mungkin kot... saya mmg obses dgn dunia kecantikan sejak dari kandungan lagi....... cecehhh. Emak saya kata, semasa mengandungkan saya.... di dlm perut lagi saya dah mengidam nak pakai baju cantik2 (jgn percaya...tipu...).

13) Saya jarang keluar rumah tanpa sebab-sebab yg mustahak.

14) Saya lebih selesa keluar ke mana-mana ditemani suami saya... saya rasa lebih selamat dan membahagiakan.

15) Setiap hari saya memasak dan hanya "menutup dapur" bila hujung minggu untuk makan di luar.

16) Saya bencikan hari bapa ~ sebabnya ianya hanya akan menyebabkan kerinduan pada arwah ayah saya.... beliau pergi meninggalkan kami di saat orang lain menyambut hari bapa. Al-fatihah untuk beliau.

17) Saya tak faham kenapa ada orang boleh terperap lama2 di dalam bilik atau duduk lama-lama di atas kerusi tanpa buat apa2 sebab saya rasa, daripada berlama2 tidur begitu baiklah serf internet dan membaca web-web berilmiah.

18) Saya ingin melewati hari-hari tua dlm keadaan gembira dan selalu berusaha utk gembira.

19) Saya sayangkan keluarga dan sahabat karib saya dan cintakan suami dan anak-anak....

20) Saya rasa saya perlu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan anak saya sekarang.

OK....... dpt pun jawap kesemua soalan dgn cemerlang!!!! Thanks MumyShane di atas ingatan anda kepada saya.

11 comments:

  1. title entry suh jgn baca, tapi adah dah terbaca..hehe...

    sungguh menarik...:)

    ReplyDelete
  2. saya tak baca..betul2 ni...mmg tak baca... terus komen jek

    sedih, lama dah akak tak komen dlm blog saya...sob sob

    ReplyDelete
  3. MM..
    sgt jeles kat u ok..ade LV!!

    ha3, i ade LV..tp tipu punye..x tau la..die ckp reject..i bought almost 200...

    hais,tgh plan beli camera br ni..
    tp camera idaman boley membeli sebuah kereta br..x mampu kot..

    ReplyDelete
  4. Mawaddah ~ ala dear, u dah terbaca ya? camne ni...very de secret ni tau!

    Zul ~ ya ke Zul? Bukan baru smlm ke akak leave comment kt blog u..yg pasal sumpahan org berkahwin tu..ya la2, nt akak komen lg.

    Bubblesphoto ~ mak dato!!!! camera tu bleh beli sebuah keta...tak sanggup la I yang..
    psst..nt u upload beg LV U tu ya? Nk tengok gak...I nak upload I punya segan la..nt org ingat apa la plak kan...

    ReplyDelete
  5. 21. Saya suka mengedix ....

    MMirror, Mummy tolong tambahkan lagi satu tag tu... hehhe...

    ReplyDelete
  6. hahaha. yg no 20 tu mcm cepat je akak habiskan, kan? hahaha.

    ReplyDelete
  7. OOO Mummy ~ ckp saya menggedix ya..??? T __ T. Mummy gi buat tag ni!! Buat tau!!! Tu la sapa suruh ckp saya menggedix..kan dah kena denda.

    Fie ~ mmg sungguh seksa sebenarnya Fie nak abiskan kesemua 20 soalan ni.. 1 ari 1 mlm baru siap nk adjust mana yg patut disensor mana yg tidak..rahsia peribadi la katakan..

    ReplyDelete
  8. tq ya MM coz sudi buat tag saya..at least saya tau serba sedikit tentang MM.:)

    ReplyDelete
  9. MumyShane...ini dah bukan serba sedikit ni..dah serba byk ni tau!! :D Ok...sama2.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.