Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Kembali dari pertapaan...

3, 4 hari tak menjenguk blog sebab menjaga anak-anak yg tak berapa sihat.. Musnah impian nak ngeteh2 dgn ibu-ibu ex- TIJB di Angsana Jumaat lepas... (tapi diorang pun entah jemput aku entah tak.... :D).


SEGMEN BLOG TERBAIK 2012

Terima kasih kepada Dik Dzul yang tag Kak Mirror untuk Segmen Blog Terbaik 2012 anjuran Emma. Tapi masalahnya nak kena tag lagi 3 orang ni yang payah sikit nak pilih ni Dik.... Pada Kak Mirror semua blog memang best. Tapi Kak Mirror nak bagi kreteria blog-blog yang best :-

1) Andainya menulis tentang somi isteri, orang yang belum kawin rasa tak sabar nak kawin (kawin lagi)..

2) Andainya menulis tentang makanan, orang yg baca terus kelaparan...

3) Andainya menulis tentang anak, orang yg membaca rasa nak ngandung lagi.

4) Andainya menulis tentang produk... jam tu jugak pembaca rasa nak beli


So, kiranya anda rasa anda sedemikian... anda la blogger terbaik yg dimaksudkan, dan boleh la join segmen ini. Selamat menjoinkan diri.




lunch Mee Hailam di Jeng Kuan, Batu Pahat
(bermalam di rumah mentua)



Jangan terkejut pulak tetiba Kak Mirror upload gambar DRYPERS ni...
Sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada pihak penaja entry ini.

Thanks DRYPERS....
Kak Mirror sgt teruja bila Buffered Earning kali ni datangnya dari DRYPERS sebab
anak-anak kami memang pakai DRYPERS time diorang belum mumayiz dulu...








sebagai bukti, kami masih simpan lagi stok-stok terakhir sebelum mereka menjadi
kanak-kanak "berdikari"..
(Alkisah... tak sengaja pun tersimpan, itu ari time mengemas2 stor,
terjumpa pulak dalam kotak).


Thursday, December 9, 2010

BLOG LARIAN..... jom sapa nak join???

Ditag oleh Dya untuk join BLOGLARIAN.... thanks Dya... Dari malam tadi sebenarnya I tertanya-tanya apa benda bloglarian ni.... nampak macam meriah sangat je tu. Dah alang-alang berblog, tak lengkap rasanya jika kita ketinggalan dalam aktiviti yang dilakukan oleh teman-teman blogger di luar sana... So, sapa-sapa nak join silalah mendapatkan info di sini.



1) Pastikan ada Banner BlogLarian ~ ok DONE! Yang bagusnya blog larian ni tak minta kita masukkan banner di side bar.... good...good... Thanks.... I amat2 lemah kalau ada syarat2 yg meminta kita masukkan banner di side bar....sbb I dalam proses untuk mengurangkan sebarang banner di side bar bagi mempercepatkan loading blog.

2) Jadi Follower BlogLarian ~ done!
3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

"Saya suka berblogwalking kerana itulah cara saya mendapatkan pelbagai info. Lebih rajin saya berblogwalking, semakin banyak ilmu yang saya perolehi. Menyelami masalah orang lain, membuat kita lebih menghargai diri sendiri" - 30 patah perkataan.


4) Tag 3 orang rakan atau lebih : hmmm bagus nih! Nak balas dendam la pada orang yang suka tag I selama ni...... ni dianya mereka itu :-

1) Comeisari
2) Putericahaya
3) Mumyshaneqiesha
4) Hany

dan juga kepada semua follower2 serta teman-teman di bloglist Miss Mirror.... dipelawa untuk join. Jom berlari!!! Sapa lambat tinggal...

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian ~ Tengah nak bagitau la ni....

Friday, June 25, 2010

PERHATIAN!!!! SAYA AKAN MENDENDA BLOGGER2 INI!!!

Pengumuman!!! Hari ini I terpaksa mendenda blogger2 ini kerana engkar dengan arahan. I dah pesan dah.... JANGAN... JANGAN....... tapi dia buat jugak. Memang la diorg ni....

Tu la, lain kali I kena pasang gate karen je la macam ni......... harapkan pagar, pagar dimakan padi!!!!


Cuba tengok ni.... berkesan kan kalau pakai gate karen... anaconda pun tertewas!!



I dah pesan jangan baca ENTRY RAHSIA itu


Tapi..... mereka membaca jugak....T __ T. Sampai ati......sob sob sob.... walaupun mereka menafikan, tapi Mirror CCTV yg I pasang kat blog I ni mengatakan mereka sebenarnya telah membaca entry rahsia tersebut. Maka dengan ini I terpaksa mendenda mereka untuk membuat entry seumpama itu.... Kalau tidak...

INILAH BLOGGER-BLOGGER YANG SAYA DENDA ITU ......
Blogger M a W a D D a H said...

title entry suh jgn baca, tapi adah dah terbaca..hehe...

sungguh menarik...:)

June 25, 2010 7:53 AM

Delete
Blogger zul said...

saya tak baca..betul2 ni...mmg tak baca... terus komen jek

sedih, lama dah akak tak komen dlm blog saya...sob sob

June 25, 2010 8:37 AM

Delete
Blogger bubblesphoto said...

MM..
sgt jeles kat u ok..ade LV!!

ha3, i ade LV..tp tipu punye..x tau la..die ckp reject..i bought almost 200...

hais,tgh plan beli camera br ni..
tp camera idaman boley membeli sebuah kereta br..x mampu kot..

June 25, 2010 9:17 AM

Delete
Blogger Miss Mirror a.k.a Sam said...

Mawaddah ~ ala dear, u dah terbaca ya? camne ni...very de secret ni tau!

Zul ~ ya ke Zul? Bukan baru smlm ke akak leave comment kt blog u..yg pasal sumpahan org berkahwin tu..ya la2, nt akak komen lg.

Bubblesphoto ~ mak dato!!!! camera tu bleh beli sebuah keta...tak sanggup la I yang..
psst..nt u upload beg LV U tu ya? Nk tengok gak...I nak upload I punya segan la..nt org ingat apa la plak kan...

June 25, 2010 9:48 AM

Delete
Blogger comeisari said...

ehem... xde komen sbb x baca...

June 25, 2010 10:12 AM

Delete
Blogger Miss Mirror a.k.a Sam said...

t.kasih Mei..sbb memahami..:D

June 25, 2010 10:47 AM

Delete
Blogger ~ Mummy Gee ~ said...

21. Saya suka mengedix ....

MMirror, Mummy tolong tambahkan lagi satu tag tu... hehhe...

June 25, 2010 11:30 AM

Delete
Blogger Fifi Rahmat said...

hahaha. yg no 20 tu mcm cepat je akak habiskan, kan? hahaha.

June 25, 2010 11:35 AM

Delete
Blogger Miss Mirror a.k.a Sam said...

OOO Mummy ~ ckp saya menggedix ya..??? T __ T. Mummy gi buat tag ni!! Buat tau!!! Tu la sapa suruh ckp saya menggedix..kan dah kena denda.

Fie ~ mmg sungguh seksa sebenarnya Fie nak abiskan kesemua 20 soalan ni.. 1 ari 1 mlm baru siap nk adjust mana yg patut disensor mana yg tidak..rahsia peribadi la katakan..


Ha..... tunggu apa lagi..... silalah jawap 2o soalan tu kalau berani!!! 1 hari 1 malam tau I siapkan entry tu.. you all ingat apa... sebab tu la ianya tersangat rahsia.... huhu... rahsia you know!!! rahsia!!!

Thursday, June 24, 2010

JANGAN BACA LA ENTRY NI... terlalu peribadi la...

"beli 1 benda, apa yg betul2 isteri anda minat, pasti mereka tak akan minta apa2 lg..."

Wahaha... MumyShane dah tag I hari ni.. bukan sikit2..... 20 soalan nak kena jawab ni!



20 tentang saya? Tak boring ke anda baca tentang saya ni? 20 perkara pulak tu....

1) Saya seorang ibu kepada 3 orang anak ~ itu you dah tau kan?

2) Seorang anak yang paling dimanjakan di dalam keluarga..... ahaks! ~dan MS abang saya sgt jelous kerana saya tidak pernah ke kebun spt adik beradik lain ~ katanya la... bukan saya yg kata ya....

3) Mula belajar memasak nasi pada usia 13 tahun... wah! itu pun sungguh membanggakan saya tau! sebab dapur kami masa tu dapur kayu...... u ingat senang ke you nak hidupkan api dapur tu??? Sungguh mencabar kesabaran seorang wanita gedik spt saya.

4) Seperti MumyShane, saya juga seorang pengawas sekolah di ketiga-tiga buah sekolah yang pernah saya belajar. Ramai orang tak suka saya ketika itu agaknya.... Maafkan saya ya kawan2 sekolah saya, ala budak2 belum cukup matang ketika itu....

5) Ayah saya kata, semasa kanak2 seorang guru pernah menawarkan saya untuk menjadi anak angkatnya dan membuat tawaran harga kepada ayah saya.....saya menangis ketika itu, mujur ayah saya memang tiada niat langsung untuk memberikan saya kpd orang lain......kalau tidak... hehehe... kalau tidak, IRP (my hubby) pun tak akan berjumpa saya agaknya sebab akan berhijrah jauh selepas itu.

6) Saya rasa saya mewarisi wajah dan keramahan ayah saya. Sementara sikap2 sabar (cehhh up la sikit kan.....bila lagi nak masuk bakul kan?) itu adalah warisan dari ibu saya. Sabar dan tabah! Wah wahhhh.......

7) Semasa kecil saya sangat suka melukis dan bakat itu akhirnya menghilang begitu saja kerana dah lama sangat tak memegang berus lukisan. Bagaimanapun, dulu saya suka menghasilkan komik bergambar berkisarkan cerita-cerita cinta remaja di mana saya akan melukis gmbr gadis2 yg cun...

8) Saya adalah pengumpul koleksi beg tangan yg kini telah berjaya memansuhkan hobi gila saya itu, bagaimanakah saya berjaya memansuhkan hobi itu???

Suatu hari, my IRP pulang dari perantauan, tak sangka, rupa-rupanya beliau ada surprise untuk saya, sebuah beg idaman saya, iaitu LV, tetapi tidak la sevouge LV si Datuk Siti Nurhaliza tu.... 40 ribu gitu kan beg Tok T tu.... haii... tak rela I nak biar IRP ikat perut dompet semata2 untuk memenuhi impian menggedik saya ni.....tetapi sejak kejadian itu, serta merta saya berhenti mengumpul beg lagi. Bukan sebab saya tak suka beg tersebut, ooh of coz saya sangat suka!!!!! kiranya sebijik LV itu sudah cukup utk meredakan apa yg saya igaukan selama ni..... ibarat satu "ubat mujarab" utk anda cuba ~ beli 1 benda, apa yg betul2 isteri anda minat, pasti mereka tak akan minta apa2 lg........ sangat lega IRP saya sejak kejadian itu. Agaknya la... hehehe..

tapi gmbr ni ikhsan Mr. G.


9) Soalan pertama yg biasa teman-teman ajukan pada saya apabila add saya di FB ialah :
" Eh ko keja ya Sam?" mengatasi soalan2 lain spt "Ko sihat tak?"

10) Blog2 terawal yg saya follow ialah blog seorang wanita pembuat kek, masa tu saya rasa blog beliau la yg paling canggih sbb saya ketika itu terlalu naif ttg blog2 ni.. tetapi satu hari, saya telah membuat pertanyaan di ruangan comment beliau...
"eh cantiknya blog awak ni...bagaimana ya awak boleh dapat tulisan yg glitters2 tu?"" beliau tidak menjawab langsung soalan itu, 2, 3 hari saya tunggu pun tiada jawapan, esoknya saya pun terus tekan butang UNFOLLOW.

11) Saya cukup tak suka kalau orang bertanya mengapa saya kurus... ianya sama seperti soalan kepada orang gemuk ...... mengapa kau gemuk.

12) Mereka kata saya suka bergaya, mungkin kot... saya mmg obses dgn dunia kecantikan sejak dari kandungan lagi....... cecehhh. Emak saya kata, semasa mengandungkan saya.... di dlm perut lagi saya dah mengidam nak pakai baju cantik2 (jgn percaya...tipu...).

13) Saya jarang keluar rumah tanpa sebab-sebab yg mustahak.

14) Saya lebih selesa keluar ke mana-mana ditemani suami saya... saya rasa lebih selamat dan membahagiakan.

15) Setiap hari saya memasak dan hanya "menutup dapur" bila hujung minggu untuk makan di luar.

16) Saya bencikan hari bapa ~ sebabnya ianya hanya akan menyebabkan kerinduan pada arwah ayah saya.... beliau pergi meninggalkan kami di saat orang lain menyambut hari bapa. Al-fatihah untuk beliau.

17) Saya tak faham kenapa ada orang boleh terperap lama2 di dalam bilik atau duduk lama-lama di atas kerusi tanpa buat apa2 sebab saya rasa, daripada berlama2 tidur begitu baiklah serf internet dan membaca web-web berilmiah.

18) Saya ingin melewati hari-hari tua dlm keadaan gembira dan selalu berusaha utk gembira.

19) Saya sayangkan keluarga dan sahabat karib saya dan cintakan suami dan anak-anak....

20) Saya rasa saya perlu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan anak saya sekarang.

OK....... dpt pun jawap kesemua soalan dgn cemerlang!!!! Thanks MumyShane di atas ingatan anda kepada saya.

Monday, June 21, 2010

ADA TAK ORANG CAKAP BLOG AWAK BURUK?

semalam cari seluar tidur IRP sampai berjam2..
cik abg I ni mmg suka berhias jika di rumah... berhias utk I.. hehehe..thanks yang
..

Ada Press conference hari ni... dan soalan2nya ialah spt berikut : Thanks FIE atas soalan2 ...

Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?

MISS MIRROR ~ sebab dahulukalanya I suka bercermin, dah jadi habit.... sejak dah kawin, dah kubuang habit buruk tu.

Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

http://sam-puansyurga.blogspot.com ~ sam adalah panggilan nama I di sekolah.... Puansyurga pula ada maksud yg tersirat.

Apa method dalam penulisan anda?

Method ya.... Penulisan di blog I adalah merangkumi semua topik utk semua peringkat umur.

Penah terasa nak hapuskan blog?? Sebab musababnya?

Pernah la..... hampir2....... suatu ketika dulu sebab masa tu ingatkan nak stick in one dgn satu blog berbayar.

Pernah ahli keluarga baca blog anda?

More than pernah..... Abang I, kakak I dan my darling as well (skrg rasanya beliau tak baca lagi).

Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?

Oh sebenarnya layout dan header yg latest ni terbina setelah I terbaca komen2 dari blogger sendiri... macam ni komen mereka ketika itu :

KOMEN 1 : "Kak.... header tu nampak macam kacau bilau la kak..." ~ ok fine...akak terima sbb masa tu akak bubuh gmbr cermin yg selirat2 tu kan...akak dah tukar pun sesuai konsep. Thanks 4 yr comment.

KOMEN 2 : "Warna terlalu simple la, tidak sesuai dgn konsep blog bervariasi" ~ lalu I pun variasikan la warna blog ni dari hanya berwarna biru kini dah bermacam2 warna.

KOMEN 3 : Gaya bahasa anda ok.. sesuai dgn konsep Mari Menggedix sebentar ~( ni dari juri professional masa contest itu ari).

~tapi skrg akak rasa gaya bahasa akak mcm kurang gedik la dik.... entah ler........ mood menggedix dah hilang kot? hahaha...

Bila blog anda diberanakkan?

July 2008~ Tp masa tu blog memang kosong..... takde la bubuh widgeo, jumlah traffic and so on semua tu.

Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?

rakan2 kashmirku (sila rujuk bloglist)

Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?


Sekolah anak I ada la...

Tag yg lain2 :
I tag semua sekali....... kalau tak nk jwb tag pun.......cuba jwb soalan ni...

PERNAH TAK ORANG CAKAP BLOG AWAK BURUK.... MARI KITA TERJAH RAMAI2 NAK TENGOK SEJAUH MANA BURUKNYA BLOG AWAK... :D

Friday, June 11, 2010

ANGAN-ANGAN DI PAGI JUMAAT

Dari semalam rasa macam ada benda yang belum selesai.... oooh rupanya terhutang tag dari COMEI ... bertapa kat gua punya la lama kawan I ni tetiba muncul menghantar duit........ Bagus gak I buat tag ni di hari Jumaat, penghulu segala hari......... orang kata pada hari Jumaat ... ada tiap minit dan saat di mana apabila kita berdoa, ianya makbul....... mudah2an apa yang I dan COMEI angan2kan ni jadi sebuah kenyataan........ amin...



ucapan terima kasih kepada blogger yg tag anda & sertakan blog link sekali

Musykil aku Mei...... tetiba je ko hantar duit ni sebab ko nak pinang aku ke apa ni??? Untuk jejaka mana tu? HAHAHA..... Tak cukup la Mei ni untuk wang hantaran.......... Makin tua seorang pompuan tu makin berharga tau sebab pengalamannya semakin banyak..... Takat memasak, membasuh skill tentu dah makin mantap... kena up lagi ni..... Ishh.... selisih je...... not available anymore!!! astagfirllahalazimmm.....

Tagkan pada kawan2 yg akan layan berangan terok ngan korang

Alamak! Selalu yg rajin melayan I berangan ni cuma COMEI je...... abih tu....... dia dah tag I takkan la I nak tag dia balik...

Dah boleh berangan sekarang & listkan apa yg anda angan2kan...

InsyaAllah I nak gunakan duit ni :-

1) Buat gi Haji dgn my IRP la apa lagi...

2) Bagi kat my mum sikit.... si MS kalau nak mengendeng dgn emak pun boleh... no hal.

3) wariskan untuk anak2 utk pembelajarannya di masa depan

4) Menderma (nak kena sebut ke ni? Mcm riak je bunyi..... tapi sebab benda ni bukan reality sekadar fantasi..... takpe la kot).

5) Gi holiday and honeymoon bersama IRP la sapa lagi....nak gi London shopping2 bag LV.... lama dah tak date berdua tau! I nak suruh dia cuti 7 hari 7 malam.

6) Belanja kawan2........

7) Simpan bakinya utk simpanan hari tua.... of coz le....

8) eh lupa plak.... nak buat bisnes la....... ada duit semua jadik kan... sama ada bisnes apa dan apa itu akan difikirkan kemudian.

Waaa gila la angan2 aku ni Mei.......... lama dah aku tak berangan... serious!!! Angan2 aku sekarang cuma satu je........ untuk melihat anak2 aku berjaya di dunia dan akhirat.......untuk diri aku sendiri rasanya dah yang ke 4 untuk aku fikirkan.

Ok la Mei..... chawwww!!!










Anda mungkin juga meminati:

Sunday, June 6, 2010

TAG " JAWAB DAN BUKTIKAN DENGAN GAMBAR"

Tag ini merungkai sebuah misteri bagi blogger2 yang suka berahsia....
dan boleh diistilahkan sbg... "buktikan penulisan dgn sokongan gambar"

datangnya tag ini dari blogger yang bernama PAK LONG. Thanks Cikgu...
ha puan2.... mana nak lari, soalan2 cepumas telah pun tersedia..

iaitu.......


1. 10 fakta tentang aku

1) isteri mithali kepada seorang jejaka bertuah bernama IRP....

sorry.... kualiti gambar kurang memuaskan.. (disengajakan)...
Gmbr di hari pernikahan.... lihatlah merah jemariku yg berinai itu...


2) I seorang mak datin yang penyayang kpd 3 org permata hati..


lama tak bergambar beramai dgn anak2 I....gmbr ni pun curik
dari blog Doyok/BB... buruk siku ya aku Tok?
Gambar ni juga ditujukan utk Anis yg nak tengok auntienya
bergambar dgn kangaroo...


3)I seorang yang terrorTAHU LA JUGAK menjahit...

ni ler hasil jahitanku.... baru minggu lepas dpt
mengenakan kurung Pahang ini setelah
sekian lama rasa rendah diri nak pakai dgn hasil tangan sendiri..
rupanya bila badan dah tak terlalu slim...."sedap" jugak
dikenakan kat badan... ni yg semangat nak beli mesin jahit baru ni...
(gambar ni diambil semasa melawat PakCik my IRP yg meninggal
beberapa hari lepas....
lokasi : di tepian sawah padi)


4)I seorang pencinta keindahan ciptaan Tuhan...

seronok berpeluang merayau2 di sawah padi spt ini.. (di depan rumah bapa saudara IRP)

5)I seorang penggemar makanan yg mungkin orang lain tak berapa suka...


gambar ikhsan dr Uncle G....



gambar koleksi peribadi.... sedap kerabu ni kan...
byk lg makanan pelik2 yg I suka....tp gmbr 2 ni je cukup la ya...

6) I seorang yg GEDIK ~ kata Teman-teman hingusan I... sob sob...
sampai ati..... T__ T


maaf......... gambar gedik tersebut tidak wujud sama sekali
maka ini bermakna, GOSSIP mereka itu tidak benar
sama sekali... :P Huhu.......... saya menang!!!

7) I seorang Chef.....



tapi........ Chef untuk anak2 dan suami je la...


8) I berbisnes ON LINE..

http://www.bioasli.com/?id=sam73

gambar adalah sejenis krim utk kegunaan kaum wanita..
(Gabungan herba yang menjanjikan kepuasan tanpa sebarang luka, pembedahan
plastik atau silikon pada "aset" hakmilik anda)


9) I seorang Mem Besar.....

terlalu BESARnya gambar seorang MEM BESAR tu......
sampai tak muat nk upload kat sini...

10) I dulu memang HANTU.........tapi...
HANTU CERMIN......

2. 10 perkara menakutkan aku

Kematian dan yg sewaktu dgnnya...... yg berhubungkait dgn persoalan di alam kubur.


3. 10 perkataan yg selalu aku sebut

gedix.........gedix...... gedix.... itu le yg selalu disebut kt blog ni kan... seelok2nya puan2.......... perkataan yg patut kita selalu sebut ialah "La Ila Ha Illallah" ~ yg bermaksud tiada Tuhan Melainkan Allah... Timbangan pahalanya sangat berat menurut Ustazah saya.


5). 10 “pertama kali” dalam hidup aku

1. Pegi sebuah pulau yg sangat menarik tetapi menjadi yg pertama & terakhir buatku
sebab benar-benar FOBIA dgn gelombang yg seakan2 membunuh jiwa dan raga... (memang le tak mabuk) tapi I tak nak la pegi lagi walau dibayar sejuta (cewah!! ya ya je).

2. First time jadi bini orang....

3. First time menerima pinangan orang.......

4. Menonton concert

5. Ada adik lelaki ...(walaupun adik ipar)

6. Ada orang kata I tak suka mengumpat..... (baru first time I dengar.... kwn I ckp semalam kat FB..... boleh percaya ke tu ya? haha..... betul la tu kot? Hehehe...harap2 jadi doa).

7. Menang cabutan bertuah........ tapi apa2 dia.......... biarlah rahsia..

8. Memasak burasak..... itu la first time terus tobat sebab tak sanggup menunggu berjam2 lagi.

9. First time I berhenti jadi playgirlbersuka ria...... setelah ditemukan hidayah oleh Allah dgn mengurniakan seorang lelaki bergelar suami....

10.First time menjawab soalan tag yg agak rumit spt ini... huaaa......


8. 7 ahli yg terpilih tuk menjawab soalan TAG ni ialah :

Habislah uoll ya.... berani tak menyahut cabaran ni?????...:D :

COMEI

FIFIRAHMAT

Mamamiraki

Mummy Gee


SyaLinda

Dr. Sirna

Dr. P'ja


Agak-agak busy....... boleh KIV je tag ni..... bila dah free2 rasa nk buat.... buat la ya.... I pun masih terhutang satu tag dari Fifi Rahmat...........

sdg menghayati lagu di blog Cikgu MS... terasa menyentuh jiwa je lagu ni....teringat ayahbonda semasa ku kecil2 dulu.......... byeee ....... nak menginsafkan diri ..

lalala... insaflah wahai manusia.... apa lagi lirik dia ni?

lalalala...... kita kembali ke asalnya.......menghadap Tuhan yg Esa....

Siapa selalu berbakti mengasihi pada Ilahi

kan sentosa selamanya.....











Wednesday, May 19, 2010

TAG DARI ASMARIA

Kak Maria telah mengeTAG I malam ni........ thanks K. Maria.... I sebenarnya dah jawab sebahagian dari soalan-soalan tu dlm tag yang lepas.... jawapannya di sini ya... K.Maria.

Ok... utk soalan2 no 7 hingga 12 dah tentu la ada perubahan kan sebab tag yg lepas tu pun dah berkurun....so, ni I update semula jawapannya untuk K.Maria :


7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Aida Agil ~ lagu apa tah tadi terdengar secara tak sengaja kt radio......... lirik dia mcm ni... "Gelora melanda.......di dalam hidupku......adakah dapatku tenang....waaaa best..... berangan jap dengar lagu tu......" suka suara minah tu...serak2 basah.



8). Last text message?

" may I go 2 JJ.." sent to my IRP.

9). Last phone call?

from KN... this morning...

10). Hari terakhir anda menangis?

ketika menulis entry UCAPAN HARI GURU yg lepas......sbb teringatkan kenangan zmn kanak2 bersama arwah ayah... semoga Allah menempatkannya di dalam golongan orang2 beriman... amin.

11). List lima color favorite anda?

telah dijwb di entry yg lepas.

12). Orang terakhir anda ber-YM?

dah lama tak on YM...

13). Game paling anda suka?

telah dijawab di entry yg lepas....

14). Adakah anda peminat MCR?

telah dijawab di entry yg lepas....

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?

Gembira.... of coz ler.... satu penghargaan bila org ingat kita dlm tiap tag2 mereka...

16). Anda rasa tag ini best?

"BEST 104 sensasi selatan.......irama muzik terkini"... hahaha..gurau je... kalau bukan org Johor tahu ke stesen radio BEST 104 ni.....tiba2 teringat seorang kawan kt KL yg gembira sgt bila dpt stesen ni kat sana....

Tag lagi 10 orang

Dr. Sheikh Muzzafar, Celine Deon, Brad Pitt, Lisa Surihani, Farid Kamil, Hetty Koes Endang, Endang S. Taurina..... mana la pegi Endang S. Taurina ni skrg ya?

Friday, May 7, 2010

TENGAH PERASAN JADI DIVA NI....

Help!! Tetiba I terperasan jadi DIVA ni sebab ada orang sudi interview...

Kebetulan memang tgh free after balik dari BP melawat si Jemah dan balik dari SPA (akan diceritakan di next entry kenapa perlu ke SPA), maka dgn senang hati MM menjawab soalan-soalan tag dari MummyShaney. T.kasih MummyShaney.... Happy Mother's day for you... Shaney bagi apa pada you utk mother's day ni.... Kecik sgt yr girl tu kan...Both of my daughter dah sibuk mintak duit dgn ayah mereka utk buy something special for me... tak tau la apa agaknya tu.

Soalan Tag dari Mummyshaney adalah spt berikut dan jawapan dari MISSMIRROR adalah yg berhuruf kaler merah...sorry ya guna dakwat merah ni....saja nk bg colourful sikit tag ni

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?

~ nauzubillahiminzalik...... kalau terjadi, mestilah I sedih........pastu memakan tahun la nk sembuh... what will I do? I mungkin berusaha utk menjarakkan diri dari dia dan lebih berhati-hati di lain kali.

6 orang di hati anda?6 people in your heart?
~my mum, my dad, my kids, my hubby, my MIL, my FIL....... hahaha dah penuh dah... tambah lg 2 la ya...cukupkan jadi 8.... my sibling & my friends....

Anda rasa anda comel?Do u think u're cute?
~ no comment.. tapi bersyukurlah masih sihat...

Single or taken?
~ kindly view my complete profile

" Blog yang anda suka?Blog that u like?
~ semua blog I suka (wahhh tamaknya) kecuali batu block, road block and goblok (rujuk kamus jawa)

adakah bilik anda kemas setiap hari?Do u clean your room everyday?
~ kalau tak kemas..... "roomate" I tak happy plak.... dia memang very straight pasal benda2 ni.

Jawapannya yang paling tepat..... "Bilik saya kemas setiap 6 jam sekali.... sekali-sekala disepahkan oleh si Shashal, lepas tu kemas balik....lepas tu kecah balik......."

* roomate? = my IRP ler..

Lagu terakhir yang anda dengar?The last song u listening?
~ lagu istrumental je tadi masa kat spa....

Last text message?
~ ni dianya....rahsia tau ni : dedicated to my IRP : (masa tu dia outstation)

"You... I takut la.... td tetiba je alarm rmh berbunyi... I terus x bleh nk tido ni... kol bek"


Last phone call?
~dari si Ain ptg tadi..... minta I ikut diorg makan sushi (masa tu I kt area lain tgh beli something, diorg sampai kendian sebab tunggu budak2 tu balik sekolah baru keluar rumah)... sekali sekala nk bermanja dgn laki.


Hari terakhir anda menangis?Last day u cried?
~last 2 weeks ~tersendu baca entry sorang blogger tu pasal kematian anknya....


List lima color favorite anda?List down 5 of your favorite colours?
~merah, pink, putih, hitam, kelabu.....tiada no 5 sebab yg lain2 tu memang I tak berapa suka.


Orang terakhir anda ber-YM?The last people chat with u in YM?
~Nawal Aeida... sebulan lepas.... skrg memang jarang on YM.


Game paling anda suka?Your favorite game?
~ hahaha.... susah nak jawab..... setakat suka tengok tu boleh la.... tapi jgn suruh I turun padang....apa2 je game yg melibatkan atlit wanita khasnya gimrama ke, netball ke...... yg lebih ke arah kefemininan....


Adakah anda peminat MCR?-
-ini ke maksud you? http://www.youtube.com/watch?v=k6EQAOmJrbw
dgr pd genre muzik yg dia mainkan mcm I jatuh minat.... tapi lyric belum hayati lagi.... why? ada isu ke?


Apa perasaan anda jawab tag ni?What do u feel when u answering this tag?
~ rasa macam dah jadi diva plak sebab ada orang interview mcm ni........ ahakss

Anda rasa tag ini best?Do u think this tag interesting?
~ sukaaaa........ sebab MummyShane masukkan nama I dlm senarai pertama, mestilah rasa mcm diingati......thanks MummyShane......



Tag lagi 10 orang/tag 10 other people ............ ni payah sikit ni......... diorg semua busy!!! Tapi kalau COMEI terlebih rajin........ tolong jawab (sebenarnya aku tgh nk korek rahsia ko dgn Mr. L) hehe..

Saturday, May 1, 2010

WASIAT??????????

First sekali..... MM nak ucap SORRY kpd pengunjung2 blog Miss Mirror ni sebab semalaman ni MM busy sikit... almaklum ler menantu mithali katakan........ thanks le sudi menjenguk....
Tetapi tersangatlah terkejutnya MM hari ni... bila pagi ni tiba-tiba dikejutkan dengan wasiat.... alahai dah dekat sgt ke harinya tu sampai menurunkan wasiat tu cik kak?????? Nauzubilahiminzalik....
Bagaimanapun..MM terima kasih la kat COMEI yang selalu mengenang daku dlm tiap wasiat/tag2nya.......... tapi kali ni agak berat sikit la MM nak tunaikan wasiat ni.....sebab bendalah yg dia wasiatkan pun tersangat berat utk MM pikul nih.......





NI HAAA...... memang comel je........
Ish....dah la bagi wasiat siap bagi syarat plak
tak patut bebenor...

1. Thank & link the person that gave you the cow
2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active
~ oh kali ni MM nak bagi pada yang TAK AKTIF....... statik je
bloglist aku bahana ketidakaktifan mereka berblog...jaga ko!!
Doyok
Cikli
Hajah Illa
Mekar
Senduduk Putih
(kesemua mereka yg disebutkan ada di dalam bloglist I sebelah kanan...sila klik
untuk berkenalan dengan mereka...penat la nk
copy paste URL)
sapa lagi ya 2 orang????

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
"Wahai penduduk2 KASHMIRKU....dengar sini hamba ingin berbicara, adalah berdukacitanya
hamba di pagi ini kerana Orang Kaya Kg Sepening Lalat sudah menunjukkan tanda-tanda..
oh tak sampai hati hamba ingin meneruskan kata2 hamba.. paham2 sendiri la kan...
Oleh itu orang kaya telah berbesar hati mewasiatkan lembu kesayangannya ini
untuk dijaga oleh 7 orang blogger yang TAK AKTIF.. maka hamba telah
memilih tuan hamba semua... sudi apalah kiranya tuan hamba menjaga lembu ini untuk dihambat di bawah rumah tuan hamba dan dijaga bagai anak tuan hamba sendiri tanpa
pilih kasih. Sekian. Terima kasih."
yang menurut perintah.
MISS MIRROR BINTI UNCLE DON

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
maaf... saya bukan penonton tv yang tegar...tapi kalau you kata
"TENGOK"....... hari2 I "tengok" tv.......lap2kan habuk2..
so, jawapannya sambil "Tengok" tv sambil tu I bawak kain pengelap..

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
~ suka makan belut (eel) tapi bukan yang fresh dari ladang
makan belut di Shushi King
~ as a jawanese ~ I like gatot and gaplek ~ sgt2 pelik sbb you all memang
susah nk jumpa zmn skrg ni
~ no. 3 ~ termakan guli dgn tidak sengaja masa kanak2.

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
~ ya...dipersilakan tengok sendiri

7. camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
~ eh dia ngorat aku lah!!! of course!!! takkan aku ngurat dia plak...tak ada skill lah... actually
dia adalah best friend I dan akhirnya jadi tunang dan akhirnya berkahwin...
OK la......... babai...

Monday, April 26, 2010

TAG DARI AYU

Ini adalah second time MM menjawab soalan tag yang ada angka 8 seperti ini.... kali ni pula datangnya dari PUAN AYU kita, seorang blogger berwawasan yang ceria orangnya....Syabas!!! Semoga Ayu berjaya mencapai cita-cita Ayu tu.... tiada yang mustahil.

Thanks Ayuu!!! MM memang teruja ni.... MM memang sporting bab2 gini..... no problem....

Ini soalan-soalan tagnya puan-puan....

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder ~ nasib baik ada lagi kat recycle bin belum delete sepenuhnya.
2. Select the 8th photo in that folder.~ as you can see, MM dah "circle"kannya tu...
3. Post that photo along with the story... hehehe...nantikan jawapannya..
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.... akan difikirkan.

Nak ikutkan ini bukan 8th folder tapi ini la satu2nya folder
gambar yang tinggal.. tu pun kt recycle bin.... MM ni tak
suka simpan byk2 gmbr dlm hard disk.. nanti
loading jadi slow...
pen drive ada... tapi jarang pakai sebab malas
nak buat kerja-kerja "penyambungan" pada
my lappy yang "antik" lagi "veteren" ni...


Baiklah puan2... gambar ke 8 yang MM bulatkan itu ialah ......emm..sorry ya.... disebabkan gambar2 pada foto ke8 tersebut adalah foto beramai-ramai dengan bini orang, laki orang dan macam-macam orang....... MM tak dapat nak uploadkannya sebab belum minta izin dari yang empunya badan... almaklum la kan..... nak minta izin one by one di mlm2 buta ni masa tak mengizinkan pulak.... jadi.... (ok je la kan alasan ni??? jgn marah..hehe...) Tapi kalau you all nak tau apa benda sebenarnya gambar yang cenonet sgt tu.... baiklah MM terangkan.....

Gambar-gambar tersebut adalah beberapa keping gambar yang sengaja MM snap secara bertindih, kesemua gambar tu adalah ikhsan teman2 sepersekolahan setelah berjaya menjejak kasih di FB, blog dan sbgnya.

Nak tag lagi 8 orang blogger? Oh sebenarnya hari tu dah tag dah.... tapi you all belum jawab tag tu lagi...( kecuali Mama Miraki je.....thanks Mama) oleh itu sebelum blogger2 tersebut "terhutang" lebih banyak gambar, tak sampai hati la pulak MM nak tag mereka lagi..... tak TEGA rasanya walaupun MM ni sebenarnya blogger TEGA (sila fahami maksud tega itu ya).

Wednesday, April 21, 2010

TAG DARI COMEISARI DAN TAG UNTUK ANDA JUGA!!!! SILA JAWAB!!!

MM baru balik dari beli barang2 kek, tetiba si COMEI hantar tag.....Thanks Mei!!! betapa sportingnya MM ni tau...... hingga busy tahap melampau ni (sebab tak sabar nak buat kek) pun masih menggedix depan PC ni..

Soalan-soalannya ialah :

1. Go to your photo files, select the photo folder.
2. Select 8 photos in that folder...~ jap tengah nak pilih ni...
3. Post that photo along with the story behind it ~ bab menggoreng aku no hal punya.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.~ MM nak balas dendam pada blogger yang pernah hantar tag pada MM sebelum ini.. jaga you all..

Gambar I



MM biasa la.... mana boleh pisah dgn cermin kan?
Org lain kalau tidur kat hotel tentu snap gmbr atas katil kan,
MM pulak lebih suka snap gmbr washroom,
lagi2 klu washroom kemilau2 memancar2 mcm ni...


Hari tu kan MM ada cerita tentang jahitan labuci pada jeans kan?
tetiba masa tengok tv 2 hari lepas
ternampak pelakon ni berjeans cantik berlabuci2....
MM ingat nak ambik gmbr jeans dia
tapi director tu asyik tunjuk gmbr bahagian baju ke atas je...
kempunan nak ciplak jahitan labuci dia..
ni le yg termampu kuambil setelah "gaduh2 manja"
dgn my IRP yg nak tengok bola


dah lama ambik gmbr ni... masa
makan kat highway nak gi KL itu ari
bila nmpk nama kedai makan ni
tetiba teringat anak sedaraku yg nama ILI...

Siapakah ILI? Itu kena tanya MS.
orangnya memang cun giler!!


majalah CERMIN ~ dah lama dah
gmbr ni duduk kt folder... snap sebab
tak sangka ada majalah nama CERMIN plak...
Mirror Mirror On De Wall..


Janji mesti ditepati.... dah lama ckp dgn SP...
hari tu ada ambik gmbr senduduk....tapi tak berwarna putih..
bila ada tag ni baru terjumpa
rupanya gmbr tu terselit kat folder


Ni si comot ~ kucing si Solehah anak sedaraku yg cun
tapi sayang dah ada boyfriend plak..


Ini? Ini la mama si Shashal... masa ni tengah berkabung
kemangkatan Sultan Johor (kiranya gambar ni memang patut
disimpan buat kenangan anak cucu).

Ok... gambar terakhir..gmbr kelapan?
Tu dah upload kat side bar yg berpusing2 tu...
Boleh diterima la tu kan..
cukup jugak akhirnya 8 keping....

Yuhuuu!!! Ok.... nak buat kek....

Sebelum tu....Comei suruh tag lagi 8 orang :
MM tag semua all my follower yg kat bawah ni...

Hahahaha.... baru betul2 meriah kan?
(sorry kalau ada nama2 yg tertinggal...
rasa2nya takde kot)
?

?

Kakasma
NuaK
Tifa
noieizan@teddy_bear81
Cik Num-Que
amirah
Bella
N.N.M.H
Siti Ruhayu Ab Rahman
Nia Nur Adriane. ..
HumanityLife
Syaquena
Mama Miraki
miss geez
akmal hacks
fatihahNapi
TTM
beautyislam4u
ahfiq2010
Adjla Hafizin
DJ aMm
Oh Malaysia!
SyahNas80 @ Nana

«
rose --{@ ibuRafiq @}--
Mrs Kelly Walther
luZfiQ
ZE
nEo..
Aida a.k.a Beardot
Jemari Seni
muhdbm
idayusof.
mamawana
AKU CENDERAWASIH
rodziah
eyDa
~Layla Yuki~
thesweetlittlecat
Liza
Eryati
ocha
PETKNODE
Fariza
Dr.Araz
orang muo
bbcute
Putri Cahaya a.k.a MiRa
Delimasari
-
|
0">
0" jsselect="links" jsvars="numPreviewItems:3;heading:MSG_LINKS;items:$this;showAllHandler:showAllLinks;transform:transformLink">
0" jsselect="sites" jsvars="numPreviewItems:3;heading:MSG_SITES;items:$this;showAllHandler:showAllSites;transform:transformSite">
0" jsselect="friends" jsvars="label:MSG_PROFILE_FRIENDS;showAllHandler:showAllProfileFriends;numPreviewItems:facesPerRow">
0" jsselect="activities" jsvars="numPreviewItems:2;heading:MSG_ACTIVITIES;items:$this;showAllHandler:showAllActivities;transform:transformActivity">
0">
0" jsselect="links" jsvars="numPreviewItems:5;heading:MSG_LINKS;items:$this;showAllHandler:showAllLinks;transform:transformLink">
0" jsselect="sites" jsvars="numPreviewItems:5;heading:MSG_SITES;items:$this;showAllHandler:showAllSites;transform:transformSite">
0" jsselect="friends" jsvars="label:MSG_PROFILE_FRIENDS;showAllHandler:showAllProfileFriends;numPreviewItems:16">
0" jsselect="activities" jsvars="numPreviewItems:2;heading:MSG_ACTIVITIES;items:$this;showAllHandler:showAllActivities;transform:transformActivity">
()
()
|
0)">
0)">
0">
()
0) || showBlockedFilter">
()
park Que
azham
c-idah
mekar
azizah aziz
Misz Qila =)
noorhodza
eriey
ibuani
senduduk putih
Tak lupa juga buat ...

«
-
|
0">
0" jsselect="links" jsvars="numPreviewItems:3;heading:MSG_LINKS;items:$this;showAllHandler:showAllLinks;transform:transformLink">
0" jsselect="sites" jsvars="numPreviewItems:3;heading:MSG_SITES;items:$this;showAllHandler:showAllSites;transform:transformSite">
0" jsselect="friends" jsvars="label:MSG_PROFILE_FRIENDS;showAllHandler:showAllProfileFriends;numPreviewItems:facesPerRow">
0" jsselect="activities" jsvars="numPreviewItems:2;heading:MSG_ACTIVITIES;items:$this;showAllHandler:showAllActivities;transform:transformActivity">
0">
0" jsselect="links" jsvars="numPreviewItems:5;heading:MSG_LINKS;items:$this;showAllHandler:showAllLinks;transform:transformLink">
0" jsselect="sites" jsvars="numPreviewItems:5;heading:MSG_SITES;items:$this;showAllHandler:showAllSites;transform:transformSite">
0" jsselect="friends" jsvars="label:MSG_PROFILE_FRIENDS;showAllHandler:showAllProfileFriends;numPreviewItems:16">
0" jsselect="activities" jsvars="numPreviewItems:2;heading:MSG_ACTIVITIES;items:$this;showAllHandler:showAllActivities;transform:transformActivity">
()
()
|
0)">
0)">
0">
()
0) || showBlockedFilter">
()