Sunday, June 20, 2010

~KEK CARROT WALNUT ~

Memujuk hati nan lara..... ku kembali bermain masak-masak... kebetulan tergoda dengan kek carrot walnut yg dicadangkan oleh Mummy Gee... terus tak berfikir panjang lagi, I pun ke JJ.... Link

Di JJ, hampir2 I nak menyumpah JJ menjadi batu (memang JJ sebuah bangunan batu pun tak payah tunggu I sumpah..lol...) sebabnya puan2.... di bahagian tepung tu tidak terjual tepung berprotein tinggi a.k.a tepung roti yg kucari........ so, I pun bertanya la dengan nyonya2 kat situ..... pun diorg kata "Wo pi chi tau"..... tapi instint I berkata-kata, takkan la JJ yg sebesar tu tak menjual tepung high protein ni...tak kan takde orang buat roti? Last year I beli kat sini ada je. So, tanpa rasa give up I pun pegi la bahagian barang organic dgn harapan yg tipis........

"mcm tak logik je bahagian brg2 organic ni jual tepung plak...selalu nampak cuma makaroni, oat je." Getus Miss Mirror, perempuan bertudung oren yg meninggalkan anak-anaknya di dlm troli bersama ayah mereka hanya kerana nak mencari tepung... (mencari tepung beriya-iya... ni kalau kek tak menjadik tak tau la).

Tiba-tiba!!!!! Mungkin tepung yg baik hati tu mendengar ada seorang wanita sdg kesedihan dan tercari2...... "dia" pun menjelmakan diri.

"Hai Miss Mirror....... ini la saya... belilah saya"


ini la dia hasilnya... abaikan lubang di tgh2 tu..
tadi I cucuk dgn garfu utk try test...



memang sebijik mcm resepi di Vivo...
Thanks buat Mummy Gee for de idea.

Qistina dah tempah untuk dibawa bekal ke sekolah esok.
Untuk resepi carrot cake yg simple mimple pun ada... sila klik sini.






9 comments:

  1. fie pun tengah lara hati dengan kawan2 neh. kek tu nampak sedap. tapi fie x makan kek. jadi x reti masak kek, kecuali kek batik je fie buat. sebab kek tu rase pahit2 sket. =D

    ReplyDelete
  2. napa Fie? Usah dibiarkan hati Fie terus melara... akak baca komen kwn2 blogger, terus hilang lara akak.. tu yg ada kudrat nk buat kek tu..

    Org2 tua kata, kalau hati lara, tak usah buat kek..nt kek tak menjadi...mcm tak logik je kan? Kat mana la relevennya tu..lain le klu org tu lara sgt sampai salah baca resepi, tak menjadi le kek tu.

    ReplyDelete
  3. oh, mungkin sbb bila lara, kita beremosi, takut2 terlupa nak letak bahan sepatutnya secukup rasa. ahaha.

    akak, masak2 neh, fie teringat nak saving utk bday mak fie hujung bulan. bulan lepas dah kasi wallet awal2, takut x berduit nak beli. tp dah mak fie diragut. hilang handbag, hilang wallet fie belikan.

    hujung bulan cadang nak celeb birthday mak kat rumah je. masak set western food. saving sket, nak beli bahan2 agak mahal. ahaha. al-maklumlah, profession pelajar, mana ada berduit. ye tak?

    ReplyDelete
  4. ooo pas nie leh buat roti pulak..dah ade Bm tu senang jer..tunggu siap..tapi tengok kek tu akak memang teruja sungguh..tggl nak buat ajer..antara malas atau rajin...cuma takde walnut ajer..MM nyer banyak lagi tak???

    ReplyDelete
  5. FIE ~ oo mak Fie kena ragut? Siannya....takpe tiap yg hilang pasti Allah ganti sesuatu yg lebih baik.

    Bahan2 utk memasak western food mmg agak mahal sikit tp kalau memenuhi selera emak Fie apa salahnya kan..sekali-sekala menggembirakan org tersyg.

    Haii...anak akak si Ain ni bila la nak wat surprise party utk mamanya ni pulak.. Kalau si Shashal tu hari2 je berjanji nk hadiahkan mama keta Mersc dia kata....akak ketawa je dgr.. ..apa taknya baru 5 thn...tp takpe la..klu itu azam dia kan. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Kak Asma ~ MM mmg ada niat nk buat roti mcm akak tu...one day.

    Oh walnut tu kak...td MM tak ikut sukatan betul sbb beli pun tersilap... kotak kecik je...kalau byk sikit mungkn lebih sedap.

    Kak, kalau tak bubuh pun ok je (menurut resepi tu) tp kalau bubuh lg umph. Cuba la ya.

    ReplyDelete
  7. @Cik Kengkawan ~ mmg sedap... cuba la ya..kalau tak sempat nk mencuba, boleh try di VIVO...mcm tu la rasanya...mmg sebijik!

    @Mummy Gee ~ kredit to you! Thanks.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.