Tuesday, June 29, 2010

4 SOALAN-SOALAN SENSITIF YANG PATUT DIHINDARKAN?

Teringat I beberapa perkara yg sempat I baca semasa berblogwalking sepanjang bulan ni dan ingin membuat kupasan dan pandangan anda tentangnya :

TOPIK : ANTARA SOALAN-SOALAN SENSITIF YANG TIDAK DISUKAI ORANG


1) Soalan yg sensitif kpd pengantin baru yg baru 3,4 bulan nikah ialah :-

"Ko dah mengandung?" soalan ini dianggap sensitif bg yg memang belum dianugerahkan Allah zuriat.

I rasa sebaiknya kita tunggu je mereka buat statement sendiri.. Jadi selagi mereka tak sebut... kita kuncikan je mulut dan buka soalan2 lain yg lebih menceriakan. Mana la tau mereka pun dah pressure dgn soalan2 sedemikian dari org2 terdekat mereka, jadi kita tak perlu menambah bebanan orang.

2) Usia ~ sesetengah bangsa tak kisah tetapi sesetengah yg lain menganggap perkara ini agak sensitif. Kalau nak bertanya pun.... soalan biar manis sikit utk didengar....contoh :

"Jika awak tak kisah, berapa umur awak agaknya.... kalau tak nak sebut pun tak apa.."

3) Gaji ~ I rasa sesiapa pun tak akan berasa selesa kalau ada orang yang tak ada sebab-sebab yg konkrit menyelidik gaji mereka. Seorang kawan I sering mengelakkan diri dari bertembung dengan seorang makciknya di mana-mana majlis gara2 tak sukakan soalan cepumas yg umpama letupan gunung berapi dari mulut wanita itu yg sering bertanyakan soalan peribadi termasuklah gajinya di khalayak ramai. ~ mungkin makciknya nak carikkan dia keja yg lagi best kot... sbb tu la very de caring.. hehe (berbaik sangka).

4) Pekerjaan Suami ~ I rasa uoll pun tentu kurang setuju kalau dikatakan soalan ini agak sensitif cuma I nak tanya pendpt uoll tentang seorang kawan I ni....

Masa tu I masih single lagi jd tk ambik pot sgt hal2 gini.....I terdengar sungutan seorang office mate lama, yg baru je menikah, bengkek yg amat dia bila seorang rakan lamanya yg sepatutnya mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru" sebaliknya beriya menelefon semata ingin  bertanyakan profession suaminya :

"  Aku tahu la kenapa dia sibuk sgt nak tahu laki aku kerja apa, mentang-mentang la laki dia kerja hebat" Oh gitu plak ya? Mungkin cara menyoal kena tukar sikit kot biar nampak manis sikit didengar.. contohnya mcm ni :-

"Nampak tegas la laki ko tu...dia tu Inspektor Polis ke?"...
"Mcm pernah nampak la dia.....dia kerja kat sykt  ****** tu ke?"


Maybe, people ask you what you do for a living so that they can calculate the level of respect to give you?.  Hihi.. Maybe.


resepi ketiwolku yg masih dlm proses menjemur...
2 hari lg baru boleh dikukus.



I rasa kalau kawan2 rapat takpe kot dgn soalan2 di atas....... sbb dah tahu hati budi masing2... ya ke? Entah ler.... I pun confuse, kalau I pulak mmg tunggu org soal je.....jd I guna je soalan yg sama utk menyoal mereka semula.

Anda ada soalan2 yg anda anggap terlalu sensitif dan tak suka orang lain mengulangi soalan itu lagi kepada anda? dipersilakan membuat aduan di sini...... selagi talian hayat masih dibuka. :D


19 comments:

  1. soalan sensitif yg lain...

    1) bila nak kawin...hehehe

    2) bila nak siap kan keje nie...

    ReplyDelete
  2. seharusnya soalan2 itu dihindarkan...very sensitif.ramai org tak suka dengan soalan2 tu.setuju sangat dengan mm.

    ReplyDelete
  3. hahaha..saya setuju dgn semua soklan2 itu..memg xberapa best didengar..

    ReplyDelete
  4. mis sam..betoi la statement yang pertama tu, kalo pengantin2 baru, jgn la ditanya soklan bab2 pregnant tu. sensitip jaaa..
    baru baca blog kawan saya taksat.. dia sgt emo tu psl hal nih.. sian dia...

    ReplyDelete
  5. T.kasih MumyShane, Lip and Linda di atas pendapat anda.

    Ya la Linda, I pun dah byk kali dgr keluhan org yg tak suka dgn soalan pregnant2 ni..

    Oleh itu puan2, selepas ini mari kita ambil ikhtibar darinya.

    ReplyDelete
  6. Ngko ni tak kahwin nak tunggu anak raja pinang ke apa?

    ReplyDelete
  7. Ooo tak bleh ya soalan tu Mummy? Patut la aritu ada member tu mcm senyap je dr Fb, agaknya dia merajuk kot sbb kami asik ckp.."bila la nak rasa nasi minyak ko ni..lama dah kami tunggu".

    ReplyDelete
  8. bile nk kawen..

    i pernah malu kan org yg ber tnye kan i, bile nk kawen..

    menyampah nk jwb,so i kena kan die dpn2 2 jgak..org laen pon dgn jgak..
    she's deserve it.. :-)

    ReplyDelete
  9. Puan2 ini soalah paling bahaya dan sensitif jangan mengatal nak tanya pada rakan anda yang berstatus ibu tunggal ye.

    Mrs A bertanya pada Mrs B (seorang ibu tunggal)

    Mrs A : Eh! ngko tak nak kahwin lagi ke? Alah ngko kan muda lagi.
    Mrs B : Ngko nak jadi madu aku ke? Suka sangat ke jadi bini tua?
    Mrs A : Gulpppp...(menyumpah dalam hati dan serik tak nak tanya lagi...)

    ReplyDelete
  10. nasib baiklah kalau saya jumpa kawan2 saya semua yg dah berkahwin, saya mmg tak suka bertanya hal2 peribadi sampailah mereka sendiri yg bercerita.

    tp masalahnya skrg plak, disebabkn ramai kwn2 saya dah kawin n saya belum, dorg pulak la yg asik tanya pasal bila saya nak kawin, sapa bf saya, apa keje bf saya, dsb.. hahaha

    ReplyDelete
  11. nasib baiklah kalau saya jumpa kawan2 saya semua yg dah berkahwin, saya mmg tak suka bertanya hal2 peribadi sampailah mereka sendiri yg bercerita.

    tp masalahnya skrg plak, disebabkn ramai kwn2 saya dah kawin n saya belum, dorg pulak la yg asik tanya pasal bila saya nak kawin, sapa bf saya, apa keje bf saya, dsb.. hahaha

    ReplyDelete
  12. belum kawin sebok org tanya bila nak kawin.....

    dilema aku skrg ialah... jumpa member2 & sedara mare je mesti tanya cukup ke anak sorang.. bila nak tambah lagi...
    cehhhh... aku kalau boleh nak sedozen tau tak... tapi dah x de rezki nak wat cam na..dpt satu tu pun dah syukur alhamdulillah dari x dpt langsung... (dia org bukan tau aku skrg tgh kerja keras...heehehehehe apa yg keras yekkkk...)

    satu lagi yg aku paling x suka org tanya gaji aku... ceh laki aku pun x tau gaji aku sebulan berapa dia org nak sebok2...

    ReplyDelete
  13. oleh kerana akak ni diketogerikan lambat kawin, selalula soalan2 cepumas tu diberikan..
    senang je akak jwb..biasanya 2 alasan yg akak gunakan
    1. calon ramai sgt spi x tau nak pilih yg mana satu..

    2. dah aku ni x laku nak wat mcm mana...

    bengang je dia org bila akak bagi
    alasan mcm tu....

    ReplyDelete
  14. Wah Mummy...mesti menyesal org yg bertanya dgn Mrs B tu kan? Ibaratnya jgn sekali2 menjolok sarang tabuan..

    Bubblephoto ~ dulu pun I pernah rimas dgn soalan2 mcm tu..mcm la diorg yg nak sponsor belanja kawin kita kan??

    Bella ~ sebaik2nya begitu.... Lebih baik kita tanya kesihatan mereka kan lebih manis kan?

    Cikidong ~ itu adalah sejenis makanan jawa yg paling complicated, ubi direndam selama 2 mlm, disagat kasar dan dijemur selama 3,4 hari atau hingga benar2 kering, then tumbuk2 kasar pastu lembab2kan ianya dgn air then kukus.. After that mkn dgn kelapa kukus yg telah digaul dgn gula n garam skit.

    Comei ~ alasan ko tu mmg sgt bagus bg menamatkan minat org utk bertanya lagi. Biasa la..artis kan..mesti ramai wartawan nk korek rahsia. :P

    ReplyDelete
  15. tag!
    http://belogdania.blogspot.com/2010/06/bestest-blog-until-ever-ever-greatest.html

    ReplyDelete
  16. ade jgak yg i tnye..
    kenape tnye..nk sponsor ker..

    ari2 ade i jwb, ok nty kenduri kite sembelih dinosaur ok x??

    makcik2 tu i zaaass kan aje,
    naseb la, die tnye org yg salah!
    hik2..

    soalan2 sensitive di balas dgn mulut laser..yeay!

    ReplyDelete
  17. oo makcik2 tua ya yg menanya tu BUBBLES?.. Ooo agaknya dia berkenan nk jadikan u menantu la kot? Nak ckp direct dia segan.. tu yg berkias2 je tu... hehehe.. takpe2..lain kali ikut tip2 Kak Comeisari kita ni.

    DANIA~ t.kasih...nt I jenguk yr blog ya. Suspen ni..apa bendanya yg u tag ni..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.