Saturday, June 12, 2010

SUSUK APAKAH YANG DIPAKAI OLEHNYA? ADAKAH....


sekadar gambar hiasan ~ tiada kena mengena dengan entry


Sorry la... malam tadi ingatkan dapat bersiaran, sementara my IRP sibuk dengan worldcupnya tu..... tapi kanak2 kecik kat rumah ni main game plak kat PC Atok mereka ni.... tak jadi ler nak bercerita satu cerita misteri ni.

Macam mana I nak mulakan cerita misteri ni ya.... ayat kena pusing terbalik sikit untuk tidak dapat dikesan oleh yang empunya WANITA yang bakal diceritakan. Dah lama dah I simpan entry ni.... nak publish fikir 100 kali..... tapi sebab beberapa hari lepas, perkara ini dibangkitkan semula oleh seseorang, maka I pun publish la jugak untuk pandangan anda...

Ok begini kisahnya...... Si Kiah (bukan nama sebenar) suatu pagi nan indah memberitahu I....

"Sam... ooo Sam.... terkejut I Sam...ko nak tau tak??."

"Semalam I jumpa Z kat jemputan kawin si Noni ( nama2 ni konon2 je la ya......bukan nama sebenar pun).... cengkung ya rupanya muka dia tu....dah tualah" dah buat "ketupat" plak la Kiah di pagi nan indah......... huaa..... habislah I kali ni.....

"Memang dia dah tua pun...... umur dia pun dah berapa kan, tua dia dari kita pun?" I memberhentikan kerja2 membelek2 bunga2an di kedai itu.

"Pelik la I.... selama ni I nampak dia kan cantik jelita, kulit mulus? gebu..." runggutnya lagi...

"Ya ke? Biasa je pun... entah... tak de beza pun..... " kataku lagi sambil menyambung membelek2 barang2 di kedai tu. Cantik sungguh bakul-bakul rotan tu... tapi harga memang tak munasabah.

"Betul....... I tengok selama2 ni dia cantik......... cantik macam.... err....macam Nasha Aziz"

"Nasha Aziz??????!!!!!!!!!!!!! " I memberhentikan kata2....... Kiah sedia memahami apa yg I maksudkan.. ( maksudnya I memprotes pendapatnya yang tak berasas tu... ada ke Z nak disamakan dengan bintang pujaanku Nasha Aziz... hmmm...lain benor lahh).

"You ni Kiahhhhhhhh......... biar betul???" Soalku lagi.... pelik bin hairan... bagaimana si Z yang........ gulp!!!!(tak rela la I nak habiskan kata2, nanti orang kata I menghina kejadian Allah plak.... sekadar untuk uoll faham di sini bahawa Z tu biasa je orangnya.... tak la hodoh dan tak la sampai secantik Nasha Aziz.... sederhana je macam I, tak terlalu putih, tak terlalu hitam, tak terlalu tinggi, tak terlalu rendah, tak terlalu gemuk, tak terlalu kurus..... ).

Soalnya sekarang......... Kiah sendiri pun tertanya2 sama ada selama ni dia sudah "terkena ilmu" kejelitaan si Z ke hapa ke hingga dia boleh nampak jelmaan Nasha Aziz di sekujur badan Z yg sekarang cekeding tu?

"Huh???????? Ya ke? Tak tahu pun aku!!!!! Watpe plak you je yg bleh nampak mcm tu Kiah? Awatnya dia nak kenakan you plak?? You kan perempuan..."

"Mana la tau... dia saja "pakai2" supaya orang hormat dia ke?" sambung Kiah lagi berprasangka buruk.

Entah......... I pun tak tau nak cakap... sebab I tak nampak akan ilmu apa yg diamalkan oleh Z hingga merubah bentuknya dari secantik2 Nasha Azizi (mengikut kaca mata Kiah) kini jadi secengkung2 seorang nenek (saja tambah2 sikit ni..........hahahaha nak sedapkan jalan cerita.... tak la sampai rupa seorg nenek pun......... biasa je la........cuma kata Kiah... agak berbeza dulu dan sekarang.. (padahal Kiah jumpa Z seminggu sekali bila kenduri kendara... pertemuan kali ni je Z betul2 nampak bezanya).

Ataupun mungkin Z sedang berbadan dua kot......org pregnant ni kan kdg boleh jadi cantik, boleh jadi buruk.... Wallahualam.....

4 comments:

  1. kdg2 x pkai krim muka pun kulit berubah kan akak? atau yg dah biasa pkai make-up, bila tiba2 x pkai, mst nmpak laen mcm.

    ReplyDelete
  2. ya la Fie...utk mengelakkan dari akak terus berprasangka yg bukan2 akak pun anggap mcm tu je la.... hehehe.. yg penting, mata akak tak pernah "tertempias magic" yg mengatakan dulu beliau pernah sebijik mcm Nasha Aziz..

    ReplyDelete
  3. huhu...no komen lah...tapi kan..ermm..entah lah..susuk2 ni sume,black magic ni sume..org dah mule amalkan semula la..bahaya

    ReplyDelete
  4. ya ke CikAida? ngerinya...takutlah kan nak komen..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.