Monday, July 5, 2010

7 CARA NAK HILANGKAN MONDAY BLUES....


Selalunya bagi anda yg bekerja sgt fobia pada Hari Isnin kan? Sebab kena naik keja semula setelah best2 bercuti bersama keluarga...... oh simpatinya I pada anda semua, sebab I pun pernah merasai saat2 menyeksakan itu....... apa kata kalau kita :


1) Cuba la cek akaun NUFFNANG anda.....sgt bijak la Nuffnang ni memotivasikan para blogger, update akaun di hari Isnin ya....MEMANG BIJAK!!! (mcm la income byk sgt... hehe) Pasti anda pun tak sabar menunggu hari Isnin kan sbb nak tau berapa income  yg ciput tapi boleh la pd minggu tersebut?.

2) Pakai la baju yg paling cantik dan terbaru pd hari Isnin~ ni dah pernah I sebut rasanya kan....Pemilihan warna sgt memainkan peranan.

3) Setkan satu acara pada sebelah ptg/mlm pd hari (Isnin) tersebut.... mungkin masa ni la baru keluar mkn2 dgn family ke... sapa2 je lah yg boleh menaikkan mood anda, jadi sepanjang hari bekerja (hari Isnin) tentu anda akan berada di dlm mood yg ceria sbb tertunggu2 akan acara tersebut. Ha begini contohnya, cuba kita tengok mood org yg tgh bercinta....dia happy je kan bila nak keluar date... ha mcm tu la yg kita nak... seolah2 mcm baru jatuh cinta je....... happy je.. nak buat kerja pun bersemangat berkobar2. Orang marah pun dia boleh tersenyum lagi sbb hati tgh berbunga2 la katakan.

4) Kalau boleh segala kelengkapan spt pakaian, kasut dsbnya yg nak dipakai ke tempat kerja pada hari Isnin seelok2nya dah disiapkan lebih awal pada hari Sabtu/pagi Ahad lagi... so, malam Isnin anda boleh tidur lebih awal dan bangun dengan segar.... tak la ngantuk...sebab ngantuk la anda jadi tak bersemangat nak buat kerja.

5) Sebelum pergi kerja jgn lupa membaca kata-kata motivasi, rancangan motivasi kat TV ke, artikel2 dari blog ke, membaca penderitaan orang ke.  Dulu my ex boss, (masa kat BP)... sgt rajin memberi motivasi percuma pada I di pagi Isnin. Terus segar dan bersemangat je I nak kerja masa tu......  Orang yg malas pun akan jadi rajin bila mendengar dia berceloteh. Sapa2 yg jadi boss tu kena la buat mcm tu pd staff anda. Create je la story2 dari Hikayat mana utk bagi diorg semangat, even gaji yg u bagi tak seberapa pasti mereka akan tetap sayang dan setia bekerja dgn taatnya.



My "staff" (gambar atas) pun sdg rajin dgn tugasan2 yg I berikan...you see, rajinkan dia?? Nak kena motivasikan jugak budak2 kecik ni.......cakap la...

"Sedap popia magee yg Qistina buat ni"

"Wah pandainya anak Mama buat popia.... dah boleh kahwin la".

Begitu juga dgn staff2 anda di tempat kerja, kalau pun anda tak sudi nak naikkan gaji, bagi la puji-pujian dan kata2 perangsang pun cukup la kan. Sekali-sekala belanja la diorg makan ke, jgn kedekut sgt........ala, takat jemput2 sebijik dua yg anda masak dari rumah tak berapa sen sgt pun. Once a while la kan....... kalau dah selalu sgt pun naik lemak la pulak diorg.



6) Bereskan kerja-kerja secepatnya di awal pagi dgn konsentrasi. Offkan segala benda yg patut dioffkan, YM off, FB off......... termasuk membaca blog. Tunggu je bila kerja dah beres barulah bersantai2.

7) Ingat muka anak2 atau orang tersayang, dgn mengingati mereka, anda pasti akan lebih bersemangat utk kerja kan? Ada org kata, dgn meletakkan frame keluarga di atas meja, menjadikan sesorg itu lebih bermotivasi. Anda pasti inginkan yg terbaik untuk masa depan mereka, melihat mereka membesar tanpa bebanan kewangan lagi. Mem Besar pun mcm tu, kalau rasa malas2 nak masak je, kena pandang wajah2 lapar anak2 anda, kalau bukan anda, dengan siapa lagi mereka nak minta suapkan atau buatkan susu dsbnya. Kasihan mereka itu kelaparan.

Ok la tuan2 dan puan2.... I pun nak menyambung kerja-kerja di dapur. Byee..














11 comments:

  1. popia megi..sedapnyer...send sini sikit ..boleh? hehe

    ReplyDelete
  2. Cik Aida.....ianya sgt lazat.. now dh licin tinggal pinggan..sorry..

    ReplyDelete
  3. sedang bersemangat buat kerja ni, tak de pun monday blues hari ni.... hahah...tau kenapa???? hahaha... hari jumaat ni ada benchmark kat tempat customer. So nak kena siapkan prototype system yang depa nak... dah la notice seminggu je .... whuaaaaa... tolong....aku lah sales rep, akulah PM, akulah SA, akulah programmer, akulah kuli.....sob...sob...sob... mana semua staff ni... fire karang!!!

    ReplyDelete
  4. Mummy ~Staff Mummy tu mmg nak kena upah makan jemput2 kot baru diorg munncul. Hehehe..

    Mmg mcm tu la Mummy bila dah kerja menimbun takdenya berblues2 ni. Klu berblues jugak, menjwb la karang dgn customer.

    Dania ~ ya ke? cuba tambah2 lg tip klu ada..

    ReplyDelete
  5. sgt sedap sping roll!

    fav i tau...

    :-(

    ReplyDelete
  6. hari ni hany pakai baju putih kain itam, bdk2 opis ckp budak form6, ada yg ckp tgh berkabung...

    hany taknak kalah, ckp staff PTD...aperpon hany rs dh buatkn dorg ceria jer...n me tak kesah la apa yg dorg ckp...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Hany....baju putih kain hitam rasanya takde apa kot melainkan kalau baju hitam seluruh badan sbb teringat dulu I pun ada jugak terima teguran masa berkebaya hitam ke office. Apa2pun yg penting kita tidak berbaju songket ke office dah la kan...

    ReplyDelete
  8. one more tips..

    weekend tu boley la spend ckit tuk beli something new..example,
    tudung br, gelang..kasut utk hari isnin nye..tp jgn la smpai over.
    beli small2 thing good enough!

    ReplyDelete
  9. eh!!!! ada 9 comment dah ghaib rupanya??? haii sabar je la...

    Ya la Ms. Bubbles.. mmg kalau boleh hari isnin tu kita pakai kelengkapan baru supaya lebih semangat sikit nk ke tempat kerja.

    Frust ni...comment2 dr teman2 blogger dah ghaib semuanya Ms. Bubbles...sapa yg nk ganti nih???

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.