Friday, July 9, 2010

ENTRY KETIKA HAMPIR HUJAN

Tetiba je hari ni I tak update blog... semua ni gara-gara terleka tengok baju raya on line cantik-cantik..... wah!! cantik2 baju yg diorg jual tu.... skrg mmg tgh musim org pakai baju ala-ala jubah gaun kan.... sgt sweet je baju ala2 kaftan jubah tu..di mana kaftan berlining itu lengkap dgn lengan di dalam (maksudnya tak perlu pakai inner lagi even menggunakan kain chiffon). (terpandang gambar Datin Sri Normala Shamsuddin menggayakannya di dalam majalah Nona bersama puterinya baru2 ni). Oh itu la fesyen yg bakal ngetop raya ni..... haruskah I perlu mendapatkkannya?

I ni terleka tengok design2 baju (even tak beli sbb I mmg takde pun on line banking... hu hu... itu la tip penjimatan....... kalau nak beli pun mungkin I walk in je nanti). Terlalu lekanya I tengok baju2 tu dah ibarat si toyol yg diceritakan oleh seorang insan baru-baru ni apabila rumahnya disyakki dimasuki oleh mahkluk tersebut... Tip supaya toyol terleka dan tak jadi nak mencuri duit ialah dengan meletakkan manik-manik di sekitar tempat kita meletakkan duit tersebut supaya bila toyol tu nampak manik tu terus terleka bermain..... tak pasti la betul ke tak sebab I pun tak tahu sejauh mana kebodohan si toyol tu sampai boleh dipermainkan sebegitu rupa.

Apa yg tetiba ku merepek pasal toyol plak ni ya? Nak snap gmbr kejap..... click..click...




Ini la cuaca di tempat I sekarang... gelap gelita menandakan hari nak hujan. Menarik sebenarnya cuaca spt ini.... sbb keadaanya dingin dan membuat kita rasa selera je nak makan apa-apa dan lagi pada yg kaki tidur tu mmg sesuai le tu... tapi sungguh pun begitu napa I masak cuma biasa2 je hari ni....... mesti anak I nak makan lebih sikit bila cuaca hujan begini kan?

Sebabnya semalam I masak macam2........tapi budak bertiga tu merengek2 minta I buatkan jemput2 manis je..... diorg punya la berselera makan jemput2 tu dinner mlm td sampai tak dijamahnya nasi yg kumasak..... So hari ni...lepas maghrib je la klu ada yg request menu apa2 baru I masak yg pelik2 sikit....... lauk ptg ni simple je.... sgt2 simple.

Byee...... itu je n3 merapu hari ni...... kat sana hujan jugak ke?

9 comments:

  1. oh gelapnyer awan... mau hujan lebat ni kang... nasib baik keter ader bumbung...gitu...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. tak jadi hujan pun Zul kt sini.. betul la spt org ckp.."mendung tak bererti hujan.."... bunyi guruh je sana sini..

    ReplyDelete
  3. cuaca kat sini....mendung...dan keadaan amat syahdu gayanya. Dengan Amir yang demam dan dua anak lagi tu Iki dan Ika pegi Kem KOKO anjuran sekolah. Ahad baru balik...rasa cam nak nangis tengok cuaca malam ni

    ReplyDelete
  4. biasanya kalau awan gelap dan ada kekuningan di hujung, ada tempat yang hujan berserta angin kencang. Itu yg arwah atok aku bg tau aku masa kecik2 dulu dan kebanyakannya mmg betul...kalau bukan tempat kita tempat lain... Allah bg petunjuk cuma kita sahaja sedar atau tidak...

    ReplyDelete
  5. minta jemput2 manis sikit miss mirror?:)

    ReplyDelete
  6. Mama ~ memang Mama..adakala "cuaca" diri kita pun dipengaruhi oleh cuaca di langit...lagi2 klu cuaca gelap pekat kita bersendirian kt rumah, hubby outstatation misalnya...lg la syahdu..ni nasib baik la IRP ada.

    Sian Amir demam kan..ramai gak member2 mengadu anak demam kt FB td..mmg tgh musim la kot. Sabar ya.

    Ha BB ~ Ternyata mmg betul ramalan kaji cuaca yg atok ko perturunkan...td member aku ckp kt Kota Tinggi tgh hujan lebat...ingatkan rumah Doyok yg tgh ribut. Thanks atas ilmu itu.

    MUMYSHANE ~ hehe...sebenarnya jemput2 manis itu tak sesedap mana, ramuannya tepung, susu cair plus gula, soda bikarbonat dan baking powder sikit...tp kanak2 u tau je la, bila Mamanya yg masak semua dikata sedap. I kalau makan mesti kena sediakan sambal kicap, klu tak mmg tak berapa suka sbb manis.

    ReplyDelete
  7. blog ape yer yg jual jubah tue??

    ReplyDelete
  8. wahhh...bestnye nak ujan..suka sgt tgk langit time2 mendung camni..hensem...hehe...^_^

    ReplyDelete
  9. Nurayunni... lupa plak URL...hehehe...maklum ler... I ni lepas je serf2 tenet suka clear browsing history...tp semalam rakan blogger I pun ada rekomenkan kwn dia..ada jual jubah kaftan.. cuba jenguk di :-

    http://merahjamboo.blogspot.com
    ada n3 pasal tu..

    Puput ~ thanks following me, I dh follow u jugak smlm..sgt cantik blog u tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.