Friday, July 2, 2010

KAIN RAYA....


Haiiii......... salam semua.... Mod ceria pagi ni lepas balik dari sekolah budak-budak ambik report kad mereka dan menggedix dgn kain cotton (gmbr di atas). Result mereka tak payah tanya la kan....just exam2 penggal je, jadi tak nak comment banyak, perjalanan mereka masih panjang lagi untuk dilalui... cuma mamanya memang sentiasa seram sejuk je bila cerita bab2 exam budak2 ni... berdoa & tawakkal je la jalan yg terbaik untuk kejayaan "exam besar" mereka nanti.

Terbaca n3 Mama Miraki tentang kisah kain cottonnya mlm tadi, tu yg pagi2 buta menyelongkar kain cotton yg hampir2 kuanaktirikan ini. Sebenarnya penggunaan kain cotton dlm kehidupan seharian I sbg wanita yg cintakan fesyen, ini bukanlah satu perkara baru even media yg menaikkan semula martabat kain cotton ni kedengarannya spt bermula pada 2 tahun kebelakangan ini.

10 tahun yg lampau di mana kain opel menjadi gilaan pada masa itu, I dah menyuarakan pada my IRP untuk mengenakan kain cotton di hari raya tapi rasa was-was masa tu takut macam dilihat "lain dari yg lain"...so, I beli jugak bukan tak beli tapi I pakai untuk berjalan2.... ada gambarnya....tp scanner ni dah rosak pulak. Tapi kain cotton yg biasa2 tu je la... kain yg org buat cadar tu... hahaha... I jahit sendiri menjadi sehelai baju kurung.

"Pakai apa pun asalkan kita confident, baju harga RM5 pun kelihatan RM500.00" lebih kurang begitulah bunyi pesanan my IRP.. Memegang pesanan itu I pun menggedix la dgn kain cotton tersebut dgn confidentnya pada masa itu.

Tak sangka selepas 10 tahun berlalu, kain cotton menjadi glamer semula...dari last year lagi my MIL dah menggayakan cotton jepun di pagi raya yg kelihatannya sungguh berseri-seri dan halus kainnya... harga pun mahal kan cotton jepun? RM40 semeter kalau tk silap.. Si Ain & Qistina juga memang I buatkan kain cotton last raya tapi sayangnya hanya sempat dipakai sebulan selepas raya akibat sikap "berdisiplin" yg terlampau tinggi dari si tailor bertuah.

Tahun ni kami tak memilih kain cotton untuk hari raya sebab nak seragamkan warna dan jenis kain dgn si ayah (IRP) supaya tiada keadaan "pilih kasih"... Macam tak best plak kalau buat baju melayu lelaki menggunakan kain cotton gara2 nak seragam punya pasal even kami pernah berbuat demikian.

My IRP memang selalu menjadi mangsa fesyen dari bininya yg sukakan kelainan. Mujur juga beliau tak cerewet, apa yg I sediakan itu la yg dia pakai... even baju kekotak kain cotton ala jimi asmara mcm raya 2 tahun lepas dan baju melayu bercorak-corak abstrak spt 3 tahun lepas sebab nak seragamkan dgn si Ain & Qistina pd waktu itu.

baju bercorak abstrak my IRP ...

Oleh kerana mungkin dah terlampau sgt org bergaya mengikut musim = mengenakan cotton dan bertudung syria mungkin jadi trend raya masa kini........ I ingat nak cipta kelainan dgn bergaun plak la......ok tak? hehe.. cantik sungguh dress yg dijual oleh kawan I tu...... harganya pun lebih murah dari butik terkemuka yg I pegi itu ari. Tudung plak...... I tgh nak cari idea yg lain dr yg lain ni...... pakkal je mesin jahit takde yg nak betulkan.......kalau tidak....


gambar dari Kosmo On line.

Bagi anda yang berkeluh kesah kerana terpaksa spend a lot of money on tailoring....... boleh mencuba design2 kaftan spt di atas...... insyaAllah tak susah menjahitnya... yg penting anda berani untuk menggayakannya. Ha..... amacam? Cantikkan jahitan di lenggan tu?

Ok la puan2......selamat menggantikan puasa2 anda....... jumpa lagi.









12 comments:

  1. whhh cayalah IRP boleh pakai baju melayu bercorak abstract tu.... la ni Mummy tengah fikir apa tema warna untuk tahun ni. 2009 purple, 2008 hijau, 2007 biru, 2006 light yellow, 2005 light peach...Sejak 12 tahun kahwin baru 2x jer daddy tempah baju melayu utk raya, lain tu beli dah siap je. So selalunya Mummy beli kain ela utk Mummy tempah baju Mummy & Dania. Dan lepas Daddy beli baju Melayu baru beli sepasang lagi untuk Mummy dan anak2 (ni untuk versi sedondon la....)... Lunch ni nak merayap ke Mines mencuci2 mata...kut2 ada berkenan dihati dan juba berkenan dipoket!!!

    ReplyDelete
  2. sekarang ni memang musim kain cotton..tadi adah baru je g hantar kedai jahit...hehe

    ReplyDelete
  3. @Mummy ~ Klu MM pun bab2 pilih warna sedondon selalu failed. Tahun ni klu menurut designer kat MHI itu ari dia kata warna2 gelap jd pilihan spt warna purple gelap...tp MM pulak sebaliknya...tak mo la ikut warna semasa sgt..sbb dah bosan la dgn warna purple, dh byk sgt koleksi. Ada sestgh org suka membelikan suami mereka 1pcs je..cuma beli baju tp seluar pakai jeans...tp MM plak...mcm rasa tak best plak mcm tu sbb MM suka tengok cik abg kenakan dgn songket..bukannya selalu pun nk tengok cik abg bergaya kan?

    @Mawadah ~ elok la tu...kainnya pun selesa dipakai.. klu pandai pilih warna mmg nampak vouge.

    ReplyDelete
  4. Betul tu MM, Mummy pun suka tengok hubby pakai baju melayu sepasang siap bersamping lagi.... cam tambah hensem gitu...ahaahah....(baik puji laki sendiri sebelum ada org lain tolong puji...ihihi)... ni baru masuk opis selepas berjaya membeli utk pusingan pertama kain2 untuk buat baju kurung utk Mummy & Dania...

    ReplyDelete
  5. ya la Mummy mmg hensem lelaki berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok.... siapa lg nk puji suami klu bukan sang isteri.

    Mummy dah beli kain tu? Wahh...mesti cantik ni..

    ReplyDelete
  6. betoi la miss mirror..lani naik trend pakai cotton. english cotton, japan cotton.. cantik2 dan lembut kainnya...
    baju raya tak beli lagi neh. kalo dulu, dok berebut nk beli opel. lani opel dh kureng dipakai pulak kan.cotton yang menjadik2..heeeeee... trend2..macam2

    ReplyDelete
  7. Linda... I tak berapa suka opel yg transparent...leceh nk berlining2 plak, upah jahit dah 2x ganda jadinya Linda..Lagipun tak sesuai la dgn cuaca kt M'sia ni berlining2. Cotton mmg sesuai utk org Khatulistiwa...sbb serap peluh.

    Hopefully, ada la org jual kebaya cotton ready made masa nk dekat2 raya nanti kat Angsana tu..sure (insyaAllah) I'll have one klu jelita dan harga pun jelita.

    ReplyDelete
  8. MM ...waaa sportinglah your IRP tu pakai baju corak camtu ...
    nak tau tak..disebabkan mama tgk baju cotton MM dalam ni kan...so ptg tadi dgn gigihnya...balik kerja mama pun dah terbeli baju readymade kaler iras2 ngan baju MM dan tudung pun iras2 tau...huhuuhhu nanti monday mama pakai mama ambik gambar yea....tengok kaler hijau muda kekuningan yg MM pakai ni cantikkkkkkk.....ohhh wanita memang mudah tergoda.....

    ReplyDelete
  9. aku pakai baju pagoda dgn suar seteng jek..no money no talk la ton hehehe...

    ReplyDelete
  10. MAMA!!!!.. alahai rasa bersalahnya saya kerana membuat Mama tergoda gara2 tertengok baju tu... tapi Mama punya mesti jauh lebih cantik kan...sbb MM beli baju yg ni just utk ada2 dpd tak ada... ibaratnya nk test power sama ada still vouge ke tidak dgn hanya bercotton biasa (sbb baju yg dlm gmbr tu bukan japanese cotton yg jauh lebih ekslusif kan..entah cotton jenis apa tah..tp mmg murah la).

    Oh ttg baju IRP tu?? Sebenarnya kerana kesanggupan beliau mengenakan baju tu la menjadikan I bertambah syg kat dia..hik hik...terharu rasanya, mcm nk nangis ni...hehehe...tp dlm masa yg sama I rasa bersalah pun ada.... sbb tu la, start from last raya I pakaikan my IRP kain polos je dan kain yg lebih selesa dipakai ikut suara ramai.

    ReplyDelete
  11. eh si Doyok pun ada...woiii lamanya ko ghaib???

    ReplyDelete
  12. aku ader ni slalu jugak bace n3 ko cumer aku jer yg x update2 walaueeeiiii ramai gak followers ko erk

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.