Monday, July 12, 2010

MENU-MENU MASAKAN JIKA BAKAL SUAMI/MERTUA NAK DATANG BERAYA...

Assalamualaikum uollz..

Lambat tulis entry........ bukan sebab bangun lambat, sebenarnya I tak tido langsung pun malam tadi........pastu bila anak2 I dah gi sekolah, I sambung balik tido...... tengok World Cup final...hahaha....tapi sebenarnya lebih kpd menjahit baju, sambil2 menjahit baju sambil tu menonton la sipi2 acara perlawanan tu berlangsung.... (jahit pakai tangan Yang......Nanti balik kg, I pinjam my MIL punya mesin jahit yg dah lama tersadai tu untuk jahit keseluruhan).... tahniah pada Sepanyol!!

Pagi ni mata pun masih zzzzz......... kalau ikutkan macam nak order Pizza panas je...... tapi tak patut la pulak kan....Mem Besar pun nak malas2, tak patut.......... tak nak la memanjakan diri keterlaluan...nanti jadi habit. Terlebih manja susah la pulak.. oh tapi apa yg bakal I masak? Kambing ada, ayam & daging....... sayur pegaga, sawi dan carrot.......... itu la yg ada dlm peti ais hasil membuat belian di JJ malam tadi dlm keadaan kelam kabut sbb penat baru balik dr kg katakan....

Eh uoll.......... sana-sini org dah buat persiapan pra-raya.........ala2 reheasel memasak untuk raya... Cik adik2 manis yg susah hati boy friend/bakal mertuanya nak datang tak tahu nak masak apa, kat sini I nak buat sedikit cadangan ya........ Eh uoll, kdg2 ni diorg ni sibuk2 nak dtg beraya rumah org tu bukan apa..... nak tau takat mana kehebatan bakal isteri/menantunya memasak... kalau emak uoll sporting nak masakkan takpe la jugak kan......


1) Soto Ayam ~ ala don't worry.. uoll beli je rempah yg dah siap tu........tinggal tumiskan je bwng2, serai spt yg diarahkan. Tauge kalau boy friend u yg nak datang, jgn lupa buang ekor dia.... kalau tak nanti dia cop u sbg pemalas plak.... tak jadi plak nak meminang u.

2) Lontong ~ masak lodeh uoll tahu kan....... lebih kurang mcm masak lemak Johor cara biasa tu..cuma bezanya kena bubuh lengkuas sikit, belacan, lada merah hijau potong2 serong...tumiskan. Rebuskan la ketupat segera. Sambal kacang kalau dah malas sgt nak buat...... gi beli siap je......... hehehe... bopren u bukan tau pun!!!! hahaha

3) Roti Jala ~ tak susah.......... kalau I senang je, sukatan tepung sama byk dgn sukatan air, telur sebijik dua ikut byk mana tepung diguna... garam sikit pastu blend. Kari ayam ~ ala tak kan itu pun uoll tak tahu nak buat.... itu dah kira kes teruk dah tu.    Utk sukatan 100 keping boleh jengah blog ini.

4) Mee kari ~ ini yg paling senang sbb yg u perlukan cuma bwng merah yg kecik2 tu je......... pastu ikan bilis atau udang kering kena byk.. Beli la fishball dsbnya... telur direbus.... yg buat complicatednya puan2....... bukan apa, bahan2 sampingan tu la....... bila bhn2 sampingan tu dah settle, mmg senang je resepi2 mee ni. Tapi kalau I punya style mmg I suka celur mee2 tu semua.......... biar la tak serupa kat kedai......... yg penting asid borik tu tak tertinggal kat situ. Kalau boy friend u sakit perut, u jugak yg malu.

5) Speghetti ~ kalau nak masak speghetti kena tanya dulu tetamu, telefon dulu ....

"Ello...eh u boleh makan speghetti tak? Kalau u tak boleh makan, nanti I masakkan tempe goreng je" Bukan apa cik adik2, tak semua org boleh makan makanan2 moden western ni.. bukan je orang tua, malah org2 muda pun.......... entah le, maybe tak biasa kot.

6) Kuah kacang pool.... roti dibakar.

7) Mee siam... mee goreng mamak, makaroni goreng.

8) Lontong goreng ~ ini pun sedap!!!!! Tapi make sure, ketupat baki2 semalam tu dah ada...jgn masa tu nak masak, masa tu la baru nak rebus ketupat yg nak dijadikan lontong goreng tu....Tapi tepon la dulu :

"eh......u boleh makan pedas tak? kalau tak... I bubuh lada besar je... cili padi I tak bubuh langsung".

9) Mee Hoon Tomyam ~ terpulang la tom yam ayam ke, tomyam daging ke.........tapi utk memudahkan biarlah tomyam ayam.....lg cepat utk disediakan. Fifi Rahmat kata, untuk kuah tomyam yg lebih sedap kena guna paste bukan jenis kiub. Gunakan air rebusan daging. Thanks Fie for sharing the info.... Mee hoon jgn lupa dicelur Cik adik2 semua...

10) Pan cake ~ tapi tengok jugak la.......time bila dia dtg, kalau datang t.hari.......... kelaparan la pulak kalau cuma dihidangkan pan cake.

Ok mulakan reheasel dari sekarang ya. Wish u luck!!! Sapa2 lg yg nak tambah2 menu............. silakan2... I sendiri pun kdg buntu menu bila tiba2 org dtg menyerbu..... kalau dtg dgn appointment terkurang la sikit kebuntuan tu kan......kalau dah termalas sgt......mmg I orderkan pizza je.

"Tetamu Datang Membawa Rezeki, Menghalau Penyakit" bagaimanapun jaga diri hiasi peribadi. Kekalkan nilai2 ketimuran.


p/s : entry "macam bagus" dari I sempena raya 2010 ~ EDISI TERHAD


4 comments:

  1. wahh, akak promote sebentar link fie yer? ehehe. raya tahun neh, Chenta Hati nak datang umah. since dia suka Laksa, fie nak masakkan Laksa utk dia. dan mungkin buatkan beliau peanut butter & choc cip cookies. roti jala utk jamu tetamu pun cadangan yg bgus, kan akak? senang pun senang. kuah daging tu biar pekat, baru sedap. huishhh, menduga tekak je. dah la tgh ganti puasa neh. hehe

    ReplyDelete
  2. oooo ya ke Fie? sorry...sabar2..ada beberapa jam lg ni utk berbuka.

    Oo Laksa Penang ya? Akak pun suka!! Memang plan nak buat pun balik kg nanti...

    Akak pun lapar ni...nk kena turun ke dapur skrg...

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan kuah kacang pool...

    ReplyDelete
  4. sgt mudah membuatnya Zul ~ resepinya Akak ada bg dlm entry yg lepas2... tp kalau nak lebih mudah...beli siap je...kalau kt JB ni paling famous dekat depan Wisma Persekutuan tu.. Kat Kuantan rasa2nya menu ni Akak tak pernah jumpa plak..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.