Friday, July 23, 2010

TEMANKU YANG ANEH...........

Membaca "jeritan gembira" seorang teman karib I di FB yg mendapat hadiah honey moon yg tidak disangka2nya (actually honey moon pengantin lama) berupa penerbangan dan penginapan ke London dari bapa saudaranya, I pun turut terpalit sama kegembiraanya....

Kedengaran sungguh mewah kan hadiah itu? Hopefully dia tidak sekali-kali berhasrat untuk menjengah ke blog I ni sebab I sedang ingin memujinya. Oh jangan masuk ke blog merapu aku ni ya D......oh malu aku.......tapi takpe... aku bukan nak mengata ko pun, cuma nk memuji satu perkara je.

Bagi I, begini moral of the storynya, kawan I ni rajin menolong orang dan tidak hairan kalau dia sering saja mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa dari sumber-sumber yg tidak disangka. Pendek kata, kalau nak menolong orang memang beliau ni bersungguh2, nampak la akan keikhlasan dari air mukanya tu. Biarpun busy macam mana sekalipun, kalau kita tengah ada masalah........ sanggup memberhentikan kerja-kerjanya untuk menjadi pendengar yang baik, sedia ditelefon dan menelefon semula hanya semata2 utk menyelesaikan permasalahan kita itu.

Eh uoll, terlanjur bercerita tentang MENJADI PENDENGAR YANG BAIK ni kan....... uoll ada tak kawan2/sedara mara yg sering menjadi pendengar yang baik? Ke kalau ada masalah suka pendammmm je sesorang sampai muka cepat kedut.

I nak meluah masalah negara la ni........ I tak faham dengan sorang Markonah ni....... kalau dia ada masalah, berdering la tepon I ni dia call berkali2, busy2 I mandikan anak pun I tinggalkan anak I yg masih bogel2 dlm bilik air semata2 untuk angkat dan rela mendengar esak tangis dia gaduh dgn si polan dan si polan....I pun cakap la....... "sabar ya.....sabar..." TAPIIIIIIII, kalau tiba giliran I yg ada problem ..........(biasa la kan...kdg ada problem dgn kucing, dgn org2 sekeliling).......... macam-macam la alasan dia tak nak cakap lama2, kata telefon tengah petir la......... sakit perut la......tgh ramai org la......

Bila I fikir2.... itukah yg dinamakan...

"yg disangka kawan itu la rupanya musuh, yg disangka musuh rupanya kawan"........ eh iya ke? Tak tergamak plak I nak buruk sangka... Itu la yg I confuse nih....... pelik dan aneh la kawan I sorang ni.

kalau dah aneh sangat nanti jadi mahkluk asing baru tau...

Kenapa agaknya dia macam tu? ke I yg terasa dan ter'EMO. Tapi dah berkali2 dah macam tu, tapi kalau dia yg ada masalah, tak mampu plak I nak pulangkan apa yg dia cakap tu..

"Eh tepon aku tgh kena petir ni"....... ish tak terkeluar plak dari mulut I..

P/S: Hargai sesiapa saja yg menghargai.... tinggalkan kpd sesiapa yg meninggalkan..... betulkah?
















5 comments:

  1. eyh, selfish jgak kawan u yg sorang tu..

    tp i x sebaek madam D tu..
    depend la siape yg i akn tlg..

    sllu nye i dpt yg x best dr kwn2.
    i pernah jd pen dgr setia..hari2 benda yg sama..bilr org advise..x makan nasihat..tp dlm pada tuh, menyusahkan org..
    i jd fobia!

    ReplyDelete
  2. ya la Ms. Bubble.. I pun tak sebaik Madam D tu.. terlalu baik, berkorban apa saja, membela anak2 angkat, dijaga dgn pendidikan agama yg sempurna, melibatkan suaminya tika kita ditimpa masalah..bg I memang cukup mengkagumkan.

    Tentang kwn I yg selfish tu..setelah I muhasabah & tanya pada yg pakar, dia ni hanyalah kawan tika ketawa.. Mudah2an Allah memberinya hidayah. Alhamdulilah...dlm pada itu, I masih lg dikurniakan rakan2 yg jauh lebih memahami.

    ReplyDelete
  3. kawan yang benar2 kawan ialah yang sentiasa menyokong kita di kala susah dan senang
    **miss mirror kena tag contest.sila terjah newer post saya.buat ya,tq

    ReplyDelete
  4. jangan em kak sam...klu kita aje yang kena selesaikan problem dia...tak adillah kan dia tak nak selesaikan masalah kita...teruk betullah...

    ReplyDelete
  5. @MumyShane ~ t.kasih atas tag..nt saya dtg jenguk.
    Ya la kan.. biar la I say bye2 je kat org yg mcm tu.

    @Zaidah ~ ha'a....takpe la, Allah maha penyayang, klu dia tak nk dengar pun permasalahan akak, ramai lg insan lain yg baik ati yg volunteer jadi pendengar yg baik..termasuklah teman2 blogger semua ni.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.