Saturday, October 9, 2010

RAYA MUSIM LURUH

Drama Raya Musim Luruh- Hani dan Remy (lakonan Eja dan Remy Ishak) pasangan suami isteri yg rapat dan very loving.... bercinta dari bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin, kedua-duanya telah berjaya dlm kerjaya masing-masing, hidup dlm arus kemodenan namun Hani enggan untuk melahirkan zuriat kerana dianggap ianya membebankan dan merubah bentuk badan.

 


Panjangnya nak tulis sinopis....penat pulak nak taip.... diringkaskan mereka enggan pulang berhari-raya di kampung sebaliknya tiap kali raya mereka ke London untuk mengelakkan dari pertanyaan2 sinis dari sanak-saudara ttg anak dan sbgnya.... itu soalan standard la kan.... Pastu yang tak bestnya diorg ni tak berterus terang pulak dengan kedua ibu bapa masing-masing, sebaliknya membuat helah dengan mengatakan mereka ada mesyuarat penting di London, so, entah macam mana anak sedara si Hani yang L.I (praktikal) di pejabat pasangan ini telah membocorkan rahsia ini kpd neneknya (ibu Hani)... so... nak pengsan la ibu si Hani ni....dan besannya pun yang sama-sama tertipu (selama 5 tahun diorg asyik ke London je tiap kali raya dgn memberi asalan meeting)... bersetuju la untuk merancangkan satu plan.

Ibu si Remy berlakon seolah-olah alzaimer (eh betul ke I eja ni?) atau dlm bahasa pasarnya NYANYUK..... kat sini memang I dan Ain ketawa berdekah... lagi pulak I memang suka lakonan makcik tu....(entah la sapa nama makcik tu...COMEI kenal kot Mei? hehehe)...

Ibu Hani pulak berpura-pura diserang sakit lutut.... dengan harapan pasangan ini akan membatalkan rancangan mereka untuk beraya di London para hari raya tahun ini.

Mereka berdua pun tergesa-gesa balik ke kg dan di kg berlaku la lagi pelbagai lakonan terancang dari kedua-dua besan serta seluruh isi keluarga...... I paling tak suka sangat keadaan Hani masa ni..... hmmmm entah ya kenapa... maybe sebab macam ada sikit berlaku penderhakaan terhadap orang tua mereka... tak tahu la....maybe perasaan I je kot... cakap meninggi suara macam tu I tak berapa sukalah..... Ya la memang dah skripnya macam tu kan.... nak buat macam mana... harap2 I tak ada la anak perempuan yang macam ni.... hahahahaha.... I tak rela ditipu!!! Nak gi obersea makan angin cakap la makan angin kan.... Cakap terus terang apa salahnya kan.... Beritahu je.... "Emak... saya dah bosan la mak dengan soalan2 orang tentang zuriat...sebab tu la saya nk lari beraya gi London ni" ha kan senang..... at least kalau mati kat obersea tak la mati celik kan..

Lagi satu.... I tak nak la kalau dapat menantu yang menggedix macam tu.... hahahaha... apa taknya.... bising sikit pun tak boleh nak tido, marahkan anak2 sedara pulak tu (kalau anak sendiri tak pe la nak marah sesuka ati)...tak mau la ada Makcik yg macam tu kan...... ala biasa ler tu... lagipun dah asal usul kampung pun nak berlagak.... hehehe... I pulak yang emo... padahal cuma drama je. Sebab tu la I jarang tengok drama...ni pun sebab IRP pakai laptop...

Kesimpulannya.... biasa la kalau ambik saudara-mara berkerja dalam satu bumbung ni.... sedikit sebanyak pasti akan adalah berlakunya kebocoran rahsia.

Yang kedua, I rasa... baiklah kita mendidik anak-anak kita dari awal lagi untuk tidak bercakap bohong supaya perkara ini tidak berlanjutan hingga mereka dewasa...

p/s : terasa I tau.... kami pun kekadang suka abiskan raya di obersea..... abih nak buat macam mana... dah itu je cuti paling panjang dlm setahun.

4 comments:

  1. kite pun tengok...best gelak kat mak remy yg buat2 nyanyuk...
    tapi tak pa la hanya 5 thn tak beraya... ada tu anak yg 5 thn tak pernah balek jengok mak dia yg dah tua...

    ReplyDelete
  2. CUTEOVEN ~ nauzubilah..jgn la anak2 kita mcm tu...

    ReplyDelete
  3. aku tgk & gelak sorang2 je..mula2 ingat cerita sedih rupa2nya lawak..

    makcik tu namanya maimoon talib. mcm mana aku kenal? hehehehehehe..

    ReplyDelete
  4. Mei - aku nampak gmbr makcik tu dekat............... (jwb la sendiri).

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.