Monday, November 8, 2010

Malam Ni Melayan Gambar-gambar Basi Kerana.....

kerana apa??... kerana nak hantar cam corder I ke kedai untuk repair.... tak sangka pulak dlm tu ada dlm lebih kurang 100 keping gambar !... (anggaran je.. padahal tak kira) tapi memang banyak la.. dan agak penat sikit nak cek one by one... tu belum masuk lagi video2 clip... kira sampai larut malam baru abis kerja2 ni semua. Punya la lama I tak bukak cam corder I ni... terkejut bila rupa2nya byk khazanah2 lama tersimpan lagi kat situ. Rasa mcm nak nangis pun ada... cehehehe... tapi paling best bila tengok anak2 yg dulu cenonet skrg dah besar pjg..

Sebab tu la I nak delete mana2 yg patut didelete... or mana2 yg agak peribadi sangat tu (kot terseksi ke terseksa ke memang wajib didelete sebelum cam corder ni berpindah tangan)... kang tak pepasal jadi macam artis ngetop tu.... kerana computer dihantar repair... terus hancus masa depannya atas kealpaan sendiri. Jadi, sbg kenangan, sebahagiannya I kongsikan di sini....

Gambar2 kat bawah ni dah berusia 3 tahun.... sama usia dengan
pertemuan semula rakan2 hingusan...


sapa yg keja dia suka tidooooo je tu...
ha... boleh la gang dgn wombat ni....
memang susah nak nampak mata dia...




Uncle M yg peramah dan pandai melayan pelancong...
memang best dia ni..

fish n chip di Fremantle....rasa mcm tak kenyang je
tak jumpa nasi time ni... tekak joworld la katakan...
(yg ni pegi time musim panas... dah bercampur aduk plak gmbr2 ni...
yg lain2 tu pegi time musim sejuk)

ni pun tak ingat kat mana tah.... area2 perumahan orang..

ni masa kat kebun orange.... kami naik trak untuk menaiki bukit bukau ni...

itu ari si Anis sibuk
suruh cik upload gmbr kangaroo kan...
ni dah jumpa dah gambarnya....tomey tak??


Ok la cik puan2 semua..... I tak sabar nak cek apa yg ada dlm video2 purba ni semua.. mesti ada kenangan2 lain... so, got to go.... jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.