Thursday, November 11, 2010

UPSR bukan penamat riwayat hidup anda.... buatmu yg bersedih hati.


"Apa yg kita perolehi sama ada kejayaan atau sebagainya sebenarnya adalah DUGAAN dari-Nya.".... begitulah nasihat guru di sekolah anak I tadi (kepada pelajar2 cemerlang UPSR)... I tertarik dengan nasihat beliau dan kagum dengan cara guru2 tadi mendidik minda pelajar-pelajar mereka supaya tidak bersikap angkuh dengan apa yg telah dicapai. (5A =15 org, 4A 1B= 17 org).

DUGAAN di sini bermaksud : Sama ada dengan kejayaan itu diri kita akan menjadi semakin riak, takbur (nauzubilahiminzalik) atau menjadi seumpama padi.... makin tunduk makin berisi.

Buat adik-adik yang kurang berjaya.... jangan la bersedih hati.... perjalanan anda masih panjang... masih ada banyak peluang untuk anda membuktikan pada dunia.... ada PMR, SPM.... Universiti... dan macam-macam lagi di hadapan anda. UPSR bukanlah penamat riwayat hidup anda... lain la macam auntie Mirror you yg sorang ni... kalau nak ambik exam pun...exam apa ya dik oiii terperap je kat ceruk dapur ni?? haha.. exam cara2 nak ngemop lantai je la kot....

Akhir-akhir ini, di ruang maya kita bagai diledakkan dengan berita-berita artis yang mengejutkan...tentang pembongkaran di balik karier mereka, tentang pengijazahan palsu, bisnes yang meragukan dan pelbagai lagi ... reputasi terjejas, malah ada yg terpaksa meletakkan jawatan even telah membina kerjaya yg mantap bertahun-tahun... Sungguh menyedihkan dan takziah dari saya buat mereka yg menghadapi dugaan ini. Semua ini bagai memberikan kesedaran pada diri... bahawa hidup adalah umpama roda-roda yang berputar... yang indah tak selalunya indah... (dan yg pahit tak akan selamanya pahit....percayalah).

Semoga Allah sentiasa memberikan kami hidayah.... amin..





2 comments:

  1. Yalah, saya pun setuju ngan kata2 cikgu & pendapat Miss Mirror...Perjalanan masih panjang....

    ReplyDelete
  2. SAYA&AM;DIA : t.kasih menjenguk kami di sini.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.