Thursday, December 16, 2010

Cinta Tak Semestinya Untuk Memilikki

Untuk resepi biskut - sila scroll down terus paling bawah... sebab saya nak merepek sekejap.


Tak sangka bila I tulis status ni di FB... banyak pulak mendapat feedback yg memberangsangkan dari kengkawan..... hamboiiiiiii kemain lagi ya uoll .. mesti memasing ada pengalaman la tu.

"Cinta Tak Semestinya Untuk Memilikki ".... ya ya betul..... satu terapi untuk menghakis dendam di dalam hati terhadap orang yang pernah melukakan hati. Oleh itu... kalau rasa-rasa pernah dikhianati.... sudah-sudah la berdendam tu... takyah nak main sihir-sihir plak nak suruh rumahtangga orang tu berantakan. Selisih je! Doakan dia yg baik-baik sudah la.. dlm buruk-buruknya dia at least pernah la jugak menggembirkan hati korang kan? Pernah belanja korang minum ABC.... atau at least... pernah bersengkang mata melayan ko mengomel dlm tepon berjam-jam sampai dia lambat bangun nak gi kuliah. --> oh sadisnya... :'(


Pesal ya tetiba I tercerita pasal orang sihir orang ni? Oh baru teringat.... aritu I chat dgn kawan I...... dia ada cerita tentang kawan kami yg sorang lagi.... pernah hidup derita kena sihir sampai gila bayang teringatkan jejaka kerepot boypren lama dia (abih dah takde jodoh dgn lelaki tu nak wat mcm mana kan..tak kan nak kawin dua dua sekali)....ada ke disihirnya sampai bercerai-berai orang pompuan tu... bila dah mcm tu... bukannya dia kawin pun dgn kawan I tu.... buat dekkkk je... takut dgn bini dia ( katanya ).... Tu la sebabnya.... mana ada lelaki tak sayang bini... cubalah baca entry yang lepas2 ni..Bukti Suami Sayang Bini.

Oleh itu... doakan je la org2 yg pernah kecewakan anda itu bahagia... jgn main mendrem2 ya.

Macam biasa.... entry I semestinya akan diuploadkan sekeping gambar yg tak related dgn entry... ni dianya....
Ni hasil air tangan si Ain siang tadi.... entah apa mimpinya tetiba nak buat cookies plak..



Ok la tu kan..budak sekolah umur 12 tahun buat kuih, kira ok la tu.... I suruh dia ambik resepi kat sini. Gambar sengaja dikecilkan utk menutupi kekurangan.. hik hik :D

Bahan-bahan : gula pasir, mentega, tepung gandum, telur, soda bikarbonat, baking powder, esen vanilla, garam sikit dan madu.... Untuk cara-cara... sila klik link yg diberikan.




9 comments:

  1. dan tak semestinya cinta itu berakhir dengan kedua-dua bersatu,,,mungkin antaranya redha dengan takdir illahi

    yang merasainya?" hanya dapat menjiwainya


    PS: ain...dah besor boleh bantu mama niaga cookies tu..terbaiklah dik

    ReplyDelete
  2. Cinta datang silih berganti...nak datang nak pergi...no hal, tak kesah...hihihi...yg ku damba kasih Illahi

    ReplyDelete
  3. Wahh... tak sangka ibu-ibu ni bila dah berfalsafah..mmg debom! I likeeee!!

    Thanks ya AYU/Mamawana..

    ReplyDelete
  4. cinta itu buta....mintak sikit kuih tu bleh tak kak sam

    ReplyDelete
  5. jodoh yang Allah berikan tulah yang terbaik buat kita..

    ReplyDelete
  6. hurmm betol tuh, cinta tak semestinya utk memiliki...

    sudah ditakdirkan kita ni cam mana kan, biar berpuluh tahun bercinta kalau dah DIA tak nak kita bersatu nak buat camner kan...

    ReplyDelete
  7. Zai ~ kuih tu entah apa rasa...kerja bebudak tu.

    Lip ~ betul..

    Hany ~ betul la tu kan..dah takde jodoh..nk wat mcm mana kan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.