Thursday, December 2, 2010

Salah ke bila anak dara cakap nak gi klinik gigi?

Malam-malam begini...Teringat seorang kawan I.... disapa oleh seorang rakannya... kami sedang menunggu bas ketika itu.

Mr. R : Hey Lina... where're u going?
Ms Lina : I'm going to the hospital to check my eyes...

Eyes??? Mendenya... kan kami nak gi check gigi... Tak paham I dengan si Lina ni?? Pesal dia malu sangat nak mengaku yang dia nak gi check gigi?

Since I pun malas nak bertekak dengan dia (sebab dia jauh lebih berumur dari I)... I pun kuburkan je persoalan tu hingga kini. Apa yang ada dalam minda I ketika itu ialah :

1) Apakah kalau dia memberitahu yang dia pegi ke klinik gigi akan jatuh sahamnya sebab nanti Mr. R sangka giginya banyak yang rosak? Biasa ler kan.. masa tu kami anak dara lagi. 1 batang gigi mewakili RM1k nilai hantaran agaknya... hahaha.. kalau dah beranak pinak macam kami (ketika entry ini ditulis) ini tak pe la kan... byk hilang kalsium masa pregnant.. kalau ada gigi yg rosak pun still kedengaran manis je..... macam ala2 ibu mithali... rajin menyusukan anak sampai kalsium kurang. Ngeeee....

2) Atau dia tak suka Mr. R tahu ke mana dia pegi.

3) Atau dia memang suka kelentong orang.

4) Atau dia ada pantang larang... sebab I teringat orang2 tua cakap.. kalau sakit mata... jgn sebut sakit mata... tapi sakit ***tot. Pernah dengar tak?

Napa tetiba malam ni terimbau cerita ini semula? Sebabnya.... tadi ada seorang businessman telah minta jasa baik I promosikan ubat gigi air-lift ni di sini... Terima kasih sebab memilih blog I ya Mr. T..



Of coz I kena guna dulu produk ni baru I promosikan secara besar-besaran... sebab harganya pun boleh tahan gak ni.... sepadan la dengan tugas ubat gigi ini yang bertindak untuk menyah bau pada mulut yg disebabkan oleh makanan, rokok, alcohol dan pelbagai lagi yang menjadi punca bau. Bagi I sedikit masa untuk membuat experimen dahulu sebelum mempelawa anda menjadi pengedar mahupun pengguna.


Heran I dengan si Maddona ni.... still nampak berseri je even gigi dia jarang macam ni kan? Kita pun kalau sentiasa redha atas segala pemberian asli dari Illahi... Allah pasti kurniakan keserian itu pada kita..

4 comments:

  1. hahaha~ mungkin yela tuh dier xnk kasi org tau yg dier sakit gigi.. ntah rongak ke pe~ :P

    ReplyDelete
  2. HANS - oo hehe.. Ubat gigi tu tak la baru sgt.. byk terjual di oversea je, imported... Kat Malaysia baru la ni nak diwar2kan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.