Showing posts with label BISNES TEMAN-TEMAN. Show all posts
Showing posts with label BISNES TEMAN-TEMAN. Show all posts

Sunday, June 19, 2022

Punca hubby suruh makan kat kedai.

Tahukah anda?. Diserang roh2 rajin (masak) pun masalah juga sebenarnya.  Agak2 kenapa?. 

Haha... sebab dengan kerajinan itu menjadi penghalang untuk kita singgah di restoran kawan, dah kenyang kat rumah.  Hingga hubby pula yang terpaksa mengingatkan isterinya ini... 

"Pegi la singgah (restoran kawan) support kawan2 U berniaga."    kata IRP.  Eh lama kan ai tak mention nama beliau ni dlm belog?.   Mention jap la kan, ambik berkat.

Jadi beberapa hari lepas, kerajinan masak terpaksa diminimizekan..  🤭.   Dapat la bertunggu tangga di sana, ngobrol2, ngopi2 2 hari berturut2.  Gambar tersilap upload plak.   Yg last tu sebenarnya.    Nasi padang.




Baju ni pula beli dengan kawan yg lain.  Apa orang panggil?.  Batik Sutera Indonesia?.   Sekian lama mencari sebab agak trending di sos med dan nampak selesa gedoboh.   Sebelum raya kawan ai ni ada upload tapi disebabkan katalog yg dibuat agak kurang jelas dan bercampur aduk, ai pun terlepas pandang ingatkan gamis2 biasa. So ai tak beli. Rupa2nya bila singgah kedai (dgn niat nak support je sebenarnya). Eh ada pulak kebaya idaman ai ni.   





Begitu la ceritanya.   Malam tadi nak publish.. tapi tetiba terdengar berita kematian Kak Adibah Noor.  Maka ai pun beradu la dalam kesedihan dan keinsafan.   Innalillahiwainnailayhirojiuun, takziah untuk keluarganya.



Thursday, January 8, 2015

Buat Baju Kelawar Dan Resepi Donut ke 136

Assalamualaikum  w.b.t  and evening!!


Malam Jumaat nampaknya ye puan2,  dah sedekah Yassin utk insan2 tersayang yg telah pergi?.  Entry tazkirah telah pun diberi pada entry terdahulu... jadi malam ni kita buat entry baju pulak la dgn niat nak promosikan tailor ai yg sorang ni.  Tak tau la beliau marah ke tak Kak Mirror promosikan...  kekeke... mana la tau, kot2 busy, tak cukup tangan nak menjahit.   Apatah lagi "pembantunya" dah nak berangkat ke Korea.




Cantik dan kemas jahitan beliau ni.   2 helai Kak Mirror tempah itu ari, sebab ada lebihan kain raya. Ni contact no  :  010-3443880.   Tepek je la no tu kat situ.. at least kalau korang tak tempah baju pun, sapa2 nak beli pengukus ke magic pan ke, Stevia ke.. bleh wassap beliau.



Ok sbg bukti, Kak Mirror dah pun peragakan baju jahitan beliau.....( eh wife beliau)...   tadaaa!!.



Sorry...  skg ni tgh mood nyampah nak tengok muka sendiri. So, upload je la pix ni.   Cun tak Kak Mirror?. Takut tak?.   Khe khe khe.... Si Ain buat mask2 ni sempena celebrate birthday BFF dia, Cik Tiqa  beberapa hari yg lepas.   Macam2 je bebudak skg ni ye idea mereka?.  Tapi Mama suka...



Oh ya...   ini pulak donut ke 136 yang Kak Mirror buat pagi tadi..  Wah!.   Tak sangka kan.. dah 136 kali Kak Mirror buat donut seumur hidup.  Haha..


RESEPI DONUT YANG KE 136

3 cawan tepung gandum
1 bungkus mauripan
secubit baking powder
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar butter
1 sudu susu  (I guna susu cair)

CARA


  1. Masukkan yis ke dlm secawan air suam, biar kembang
  2. Masukkan yis ke dlm tepung yg telah dimasukkan butter, garam, gula
  3. Uli... macam kita membasuh kain.   Biar sampai tak melekat kat tangan... kira2 20 min.
  4. Biarkan selama 1 jam.  Kembang.
  5. Terap.  Goreng dgn api perlahan.








Tabur gula dan makan.


nota :     Baju tu walaupun kelawar, tapi tangan ada skop ye puan2.  So, tidak la seksi nampak keti... dan ai pakai dgn inner.

Wednesday, August 20, 2014

Hidup Bukan Selalu Untuk Dipuji - RESEPI UNGKEP AYAM DAN... PIE

Sapa2 nak buat open house atau saja2 nak makan sekeluarga mcm tu je... boleh scroll down.... baca perenggan terakhir, member aku jual PIE.   Ni aku nak cerita pasal UNGKEP AYAM... resepi orang2 jawa.


Ya Allah... kemahen member2 jawaku (gang bas sekolah) ketawa mengutuk aku tu ari!.  Ada ke patut dorang kata ungkepku tak menjadik and rupa ayam goreng je!.   Ai tau la... ai "bukan jawa" tapi please la.....    aku reti ok masak ungkep.  Camera aku je yg cap anak tikus (tu ari cap tikus.. ni anak dia plak.. dah turun takhta sikit).   Maka itulah ia kelihatan tak menjadik dlm gambo.. tp sebenarnya sebijik macam kat restoran Indon tau!.



Biar gambar berbicara..


Tumiskan serai yg dititik bersama onion garlic, halia, serai, ketumbar jintan, kunyit yg telah diblend.  Tumis hingga garing.   Step seterusnya.. spt dlm gambar di bawah.  Oh ya... jgn lupa garam dan gula sikit (bagi yg tak suka aji).  Asam jawa letak last.









Inilah wajah sebenar seeokor ungkep ayam... dia kena basah2 sikit.. tapi kuah tak bleh byk sgt... mcm ala2 rendang je.  Kalau guna ayam tua, boleh la masak lama sikit, tutupkan dianya hingga empuk.  Tapi sebab guna ayam bandar.. aktiviti memasak jd cepat.. cuma kurang umph la berbanding ayam tua yg lebih terasa akan keJAWAannya.




Inilah gambo yg aku upload kat kawan aku... yg dorang kata... ungkepku rupa ayam goreng je.   Kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnn aku!.    Tapi takpe..... hidup bukan utk selalu dipuji.... ai redho ok!.  Sob sob sob.... sobssss....



Yg ni pulak.... apa ni??





Berminat dgn pie2 di atas?.  Jgn contact ai..... tp hubungi/wassap  Puan Zety - 0137000128 atau Encik Malik - 0197121091.   Lokasi :  Mersing.

Friday, June 6, 2014

Kondo Berdekatan THE CURVE dan IKEA KL untuk Disewa

Tajuk tu untuk masa depan, 
bukan utk sekarang!!.


Assalamualaikum..
Hai.. Salam Jumaat..
Teman2 blogger yg dikasihi
Ingat tak kawan aku Wak Karjo (bukan nama sebenar)
yg aku cerita semalam?.
Yang tak hengsem...yg dlm kemusykilan utk membuat 
pembelian rumah semalam?.


Ha... yg tu la, jejaka tu!!.
Beliau mengucapkan terima 
kasih pada kalian.. sebab
telah sudi meleraikan kekusutannya..


Meski hanya 1 komen yg kuperolehi 
hasil tinjauan di blog... (Thanks KNOR..)
yg lain2 mungkin agak busy.. 
(Sudah kukata... ngeblog jgn di hari minggu.. trafik 
kurang mengancam)
Namun.. tinjauan di FB tetap memberangsangkan..
thanks kepada teman2 yg mengINBOX..
malah dari pakar perumahan lagi!.


Anyway...
Punyalah degilnya Wak Karjo ni you all!!.
Tetap jugak nak beli Studio Apartment tu..
meski dari komen2 yg kuperolehi..
area tu agak MAHAL!!.
Mat Saleh je suka duduk situ!.
(Wah! Kelazzz kau Karjo!).


Tak pe la... 
biarkan dia dgn  kedegilan dan kepositifan 
mindanya itu!!.
Sama2 la kita doakan moga Wak Karjo
berjaya dalam misinya.. 





One day kalau rumah tu dah siap..
sapa2 nak sewa... roger2 la beliau ye..
(nanti aku update nombor tu kat sini).
Fully furnished!!.  
Memang cantik aku tengok gambonya tu!.
Tapi ni beliau baru berangan... 
habuk pun tarak..
jgn ler korang contact sekarang pulak!.




p/s :    Ini yg dikatakan orang sebagai "burung terbang dipipiskan lada"..
burung tu blom ditembak lagi, orang kat dapur dah hiris2 lada nak buat masak lemak cili api..   :D


Thursday, June 16, 2011

Jeruk! Jeruk! Sedap2...Sapa nak???!!!!!!!!!

Mari kita cuci-cuci mata...



nyum nyum.....
sedapnyaa...


Lawa kan roses warna purple tu? Hasil dari buah dragon yang
telah dijerukkan..

Nak resepi?

Oh tidak!!! I pun tak tau..
Saja je nak promosikan bisnes best friend I yg gebu lagi jelita ini...
(Perggh... ni nak promosi jeruk ke orang? Ish ishhh.. marah kang laki dia.. sorry Datuk)

Kalau dah terliur tu.. so apa lagi.. mari kita contact Datin Z kita ni..
Contact no. 0197714484 (DATIN Z) Harga serendah RM150.00 hingga RM300.00.
Korang cakap la, Miss Mirror yg suruh contact ni, mana tau bleh
dapat murah sikit kan..;)........... hehe..
(Menurut beliau, ianya agak mahal sikit sbb sebahagian jeruk-jeruk ni imported)
Import dari Egpt ke Datin?


Amat sesuai untuk gubahan hantaran mahupun dihadiahkan kepada
kekasih hati, ibu mertua, bapak mertua, emak tiri atau pun makan
sendiri. Nyum nyum....



Friday, March 25, 2011

Birthday Present yang thomei.... dari Egypt



Serious gojez, elegant... memang lawa jubah tu... I likeee!!!!! Thanks Datin Z!! Tak sabar ingin menggayakannya.... heee seronoknyaa... Lebiu Dear!!!! Muahhhh ---> hee gedix...

Terlalu lamanya dah birthday I berlalu sebenarnya.. baru hari ni I dapat ambik present tu.. sorry ya Datin... habis cemana kan... nama je MEM besar, tapi busy...celik2 mata je dah kena adap PC ... IRP suruh buat quotation, calling sana, calling sini.... tapi seronok la jugak dpd tak de buat apa kat rumah kan.. karang I melangguk2 plak kebosanan..

Datin Z ni sebenarnya pengusaha restoran Hj Baser yang terkenal dengan nasi ayamnya tu... bagi penduduk atau orang yang selalu lalang ke Kota Tinggi tentu dah biasa dengar nama restoran ni kan?

Ini antara menu2 di restorannya di Puchong... specialty selain Nasi Ayam ialah Nasi Bariani... memang sedap!


memang cukup menyelerakan...
ini map dia ya puan2...di Puchong.. bagi yang tinggal
di JB macam I ni... boleh la singgah pula ke restoran mereka di Kota Tinggi tu...
(I pernah buat entry pasal ni... tapi tak pe la I ulang sekali lagi bagi yg
terlepas pandang).


Jubah gaun ni memang dah lama I teringin nak beli sebenarnya...
almaklum ler... bila usia macam dah nak tenghari ni kan...
tak sangka plak ada orang nak bagi free... tu yg happy sgt..
hehe...
Badan memang muat2 utk I...
Bahu pun ok... tak jatuh..
Ketinggian??
Oh! memang tinggi semampai agaknya
gadis2 Egypt kan... I kena alter sikit
bahagian kaki sebab panjang sikit dari saiz
badan I ni.. nanti dah alter I gayakan
kat sini kay!

THANKS again!!


Friday, March 18, 2011

Apakah kuih yang anda suka makan dan beli?

Sewaktu pulang ke kampung tempohari, teman I bertanya :

"Teringin aku berniaga jual kuih, tapi tak de idea la nak jual kuih apa?" Kata ibu kepada 3 orang anak itu.

I plak yang blank tetiba ketika itu... bagaikan anak patung (konon tadi nak tulis bagaikan tunggul tapi tak jadi... sebab nak perasankan diri ala2 anak patung barbie doll yg cun) yang tak dapat memberikan apa2 idea kepada seorang sahabat yg memerlukan sumbangan idea.. emm kuih apa ya??? Alamak! Mana idea ni?? Kalau kat JB ni, boleh la kita suggestkan dia jual kuih "kangaroo" tu kan...Shashal kan? ;)


**Uoll nak tau tak apa yg Shashal maksudkan dgn kuih kangaroo tu.... macaroon tu la. Ada-ada je anak I tu kan.. salah dengar mungkin.

"Emm.... ko jual je la popia." Banyak-banyak kuih, popia pulak yang muncul di ruangan mata. Hmm...

Oleh itu, hari ini I list downkan lagi... (untuk rujukan dia) :

apam - ok kot?


lepat labu ....ko jual la... nanti aku orang
pertama beli :D
lain-lain cadangan :

donut
pau
lepat pisang, lepat ubi
puteri ayu
keria
pizza - (buat topping yg ringkas2 je)
pie epal
kek pisang
kek gula hangus
puff
tapi... aku tak suka puff... rasa muak je makan puff yg
cruncy & oily tu.. apatah lg bila berintikan kentang...
kalau ko buat inti mcm gmbr atas tu maybe aku beli kot :D


roti jala inti kentang
ketayap

dll...

dan lain2? - ya, nanti aku tanyakan
ler kengkawan blogger aku ni.... diorg selalu byk idea...
ko sabar je la tunggu apakah jawapan mereka.

(ni kira survey citarasa satu Malaysia ni tau!)

















Thursday, December 2, 2010

Salah ke bila anak dara cakap nak gi klinik gigi?

Malam-malam begini...Teringat seorang kawan I.... disapa oleh seorang rakannya... kami sedang menunggu bas ketika itu.

Mr. R : Hey Lina... where're u going?
Ms Lina : I'm going to the hospital to check my eyes...

Eyes??? Mendenya... kan kami nak gi check gigi... Tak paham I dengan si Lina ni?? Pesal dia malu sangat nak mengaku yang dia nak gi check gigi?

Since I pun malas nak bertekak dengan dia (sebab dia jauh lebih berumur dari I)... I pun kuburkan je persoalan tu hingga kini. Apa yang ada dalam minda I ketika itu ialah :

1) Apakah kalau dia memberitahu yang dia pegi ke klinik gigi akan jatuh sahamnya sebab nanti Mr. R sangka giginya banyak yang rosak? Biasa ler kan.. masa tu kami anak dara lagi. 1 batang gigi mewakili RM1k nilai hantaran agaknya... hahaha.. kalau dah beranak pinak macam kami (ketika entry ini ditulis) ini tak pe la kan... byk hilang kalsium masa pregnant.. kalau ada gigi yg rosak pun still kedengaran manis je..... macam ala2 ibu mithali... rajin menyusukan anak sampai kalsium kurang. Ngeeee....

2) Atau dia tak suka Mr. R tahu ke mana dia pegi.

3) Atau dia memang suka kelentong orang.

4) Atau dia ada pantang larang... sebab I teringat orang2 tua cakap.. kalau sakit mata... jgn sebut sakit mata... tapi sakit ***tot. Pernah dengar tak?

Napa tetiba malam ni terimbau cerita ini semula? Sebabnya.... tadi ada seorang businessman telah minta jasa baik I promosikan ubat gigi air-lift ni di sini... Terima kasih sebab memilih blog I ya Mr. T..



Of coz I kena guna dulu produk ni baru I promosikan secara besar-besaran... sebab harganya pun boleh tahan gak ni.... sepadan la dengan tugas ubat gigi ini yang bertindak untuk menyah bau pada mulut yg disebabkan oleh makanan, rokok, alcohol dan pelbagai lagi yang menjadi punca bau. Bagi I sedikit masa untuk membuat experimen dahulu sebelum mempelawa anda menjadi pengedar mahupun pengguna.


Heran I dengan si Maddona ni.... still nampak berseri je even gigi dia jarang macam ni kan? Kita pun kalau sentiasa redha atas segala pemberian asli dari Illahi... Allah pasti kurniakan keserian itu pada kita..

Sunday, May 23, 2010

BELI PENGUKUS 5 MINIT

Dah pukul 6.10 dah.... tapi fikiran I dah lapang dah...... padahal belum masak apa2 pun.... baru je masak nasi....I macam tu la.... bila dah ON rice cooker je, fikiran dah lapang.... tapi tengok hari jugak la.... kalau hari sekolah, tak lapang sangat fikiran bila lauk pauk belum termasak sebab kami nak makan yang lebih heavy sikit kan...

Hari minggu ni berlainan sikit....... sebab first sekali, tentu lunch tadi dah makan macam2 kat luar dengan lahapnya... kedua sebab spt yg I cakap semalam...... HARI MENUTUP DAPUR sedunia...so kira fleksible sikit la tentang menu tu (tapi malam ni dapur kami tak tutup... I kena masak jugak tapi mungkin yg simple2 je la...)...





iklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakb


Oh ya... Ada satu blogger tegar ni jual pengukus on line... klik sini  atau 010 3443 880 - En. Matsom

iklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakberbayariklantakb







Apa cerita dengan BELI PENGUKUS 5 MINIT ni? Tadi..... akhirnya I terjumpa pengukus besar ni di celah2 dereten pengukus2 lain yg jauh lebih mahal harganya....





sewaktu beratur kat kaunter tadi, ah soo2 semua bertanya...

"how much ha? ooo bagus ha...."

5 minit je I terus menyambar pengukus ni
tanpa berfikir panjang... kalau fikir panjang takut
terbeli yang 5 tingkat plak.... hahaha... lagi mahal harganya
sebab walaupun mungkin pengukus ni tidak sekacak
pengukus yang MAMA MIRAKI punya tu....
(curam sikit rupanya Mama punya tu Mama... boleh isi
air lebih sikit... yg ni nampaknya I kena isi air berkali2
tiap kali air dlm periuk tu mengering... sib baik
ada penutup cermin...boleh mengendap2)


sebabnya I nak bubuh.... loyang besar ni.... wah! muat plak...yey!!!
rasanya buat masa sekarang, I belum perlu kot pengukus
jenis bertingkat2 tu sebab buat kuih/kek
pun just untuk makan sendiri...

ni ler rupa bentuk pengukus cenonetku
yg selama ni telah banyak berjasa....dah tak
releven lagi dgn dunia dapur kami
yang dah bertambah bilangan ahli keluarga... mungkin
lepas ni nak faraidkan pada Ain
yg dah mula rajin menyibuk dan menyepah mencuba2
kat dapur...

T.kasih kpd teman2 blogger yg selalu memberikan
idea2, resepi2 ( ni I tgh sibuk nak mengumpul lagi resepi2 jenis
berkukus ni... ) Waaa makin gebu kulitku
semua main kukus2 ni....


PEMANGGANG AJAIB PUN ADA VERSI PENGUKUS!.  
Ambik saiz 30 cm x 24 cm.. tinggi 8cm.




Wassap : 0143832069 -  Miss Mirror
email :  missmirror@ymail.com












Thursday, February 4, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN - Part 2




lokasi di Puchong... ini ler menu nasi ayam & nasi bariyani sahabatku Zete... memang sedap!!! dulu MM selalu singgah restorannya yg berlokasi di Kota Tinggi tu, tp sejak best friend aku ni pindah ke Puchong, dah jarang dah MM ke Kota.... rindu kat dia, terlost contact sekian lama... sib baik dpt jumpa di FB dan dpt calling2 berjam2.. Kalau anda ke Kota Tinggi jgn lupa singgah di Restoran Basir... itu le kedai mereka.

Friday, November 20, 2009

BAJU BABY ON LINE CUTE-CUTE!!!!




cutenya baju gaun ni.... I likeee.... sayangnya Qistina dan Ain dah besar panjang.. ermm... best. Ok.. sapa yg berminat tu sila dapatkannya di: http://babycutecloset.blogspot.com/ Memang cute2 semuanya!  (sorry... now blog tu dah tak berupdate ya Yang...tuan tanah nak berehat gamaknya)...

Kalau you all nak cari present untuk si kecil pula... boleh jenguk blog ini (klik).  Cantik2!!