Friday, March 18, 2011

Apakah kuih yang anda suka makan dan beli?

Sewaktu pulang ke kampung tempohari, teman I bertanya :

"Teringin aku berniaga jual kuih, tapi tak de idea la nak jual kuih apa?" Kata ibu kepada 3 orang anak itu.

I plak yang blank tetiba ketika itu... bagaikan anak patung (konon tadi nak tulis bagaikan tunggul tapi tak jadi... sebab nak perasankan diri ala2 anak patung barbie doll yg cun) yang tak dapat memberikan apa2 idea kepada seorang sahabat yg memerlukan sumbangan idea.. emm kuih apa ya??? Alamak! Mana idea ni?? Kalau kat JB ni, boleh la kita suggestkan dia jual kuih "kangaroo" tu kan...Shashal kan? ;)


**Uoll nak tau tak apa yg Shashal maksudkan dgn kuih kangaroo tu.... macaroon tu la. Ada-ada je anak I tu kan.. salah dengar mungkin.

"Emm.... ko jual je la popia." Banyak-banyak kuih, popia pulak yang muncul di ruangan mata. Hmm...

Oleh itu, hari ini I list downkan lagi... (untuk rujukan dia) :

apam - ok kot?


lepat labu ....ko jual la... nanti aku orang
pertama beli :D
lain-lain cadangan :

donut
pau
lepat pisang, lepat ubi
puteri ayu
keria
pizza - (buat topping yg ringkas2 je)
pie epal
kek pisang
kek gula hangus
puff
tapi... aku tak suka puff... rasa muak je makan puff yg
cruncy & oily tu.. apatah lg bila berintikan kentang...
kalau ko buat inti mcm gmbr atas tu maybe aku beli kot :D


roti jala inti kentang
ketayap

dll...

dan lain2? - ya, nanti aku tanyakan
ler kengkawan blogger aku ni.... diorg selalu byk idea...
ko sabar je la tunggu apakah jawapan mereka.

(ni kira survey citarasa satu Malaysia ni tau!)

















13 comments:

  1. saya suka makan roti jala dengan gula durian kat pasar pagi area rumah saya.

    ReplyDelete
  2. STM - oh gula durian? Serawa kan? Thanks ya menjwb survey ini. :)

    ReplyDelete
  3. MM..saya sangat2 suka tepung pelita...sangat2 suka..kalau dapat huiiiiiiiiiii mentua lalu pun tak pandang
    http://gie-itsmylife.blogspot.com/2010/08/tepung-pelita-oh-tepung-pelita.html

    ReplyDelete
  4. GIE - thanks... wah! ada resepi?? Good2... nanti I suruh dia practice buat sbb rasa2nya dia blom pernah buat sebelum ni.

    ReplyDelete
  5. kuih bulat tu kat sini panggil donat malaysia.. sedap!!!!

    ReplyDelete
  6. yep..kuih pelita.memang syok mkn..i pun suka kuih pelita..atau pun kuih makmur atau kuih batang buruk ataupun kek batik(ala yg lapis dgn roti marie tu)..ahh banyak dah..nanti terliur pulak dah MM..ahahaha... :P

    ReplyDelete
  7. ENY - owh donut M'sia? Bukannya burger M'sia (sbb I pernah terbaca kat satu forum).

    MOMMY YEN - I suka kek batik.. yes.. u mmg saja tau buat I terliur.. jom esok kita buat!!!

    ReplyDelete
  8. tepung pelita, donut coklat emm banyak la kak kalau nak senarai

    ReplyDelete
  9. dapat karipap sardin pun jadi lah.. hehe my favourite tu..

    - Fitrihadi.com -

    ReplyDelete
  10. Azlan - kuey tiaw mmg sedap!

    Freaky - wah! ramai plak peminat tepung pelita ya!

    Fitri - karipap sardin? oic.. klu dibakar pun sedap!

    Thanks all kerana sudi menjwb survey ni!!!! Happy weekend!

    ReplyDelete
  11. kuih bom inti sambal bilis tu pun faveret sy jugak.. kitorang selalu panggil dia nama beger malaysia.. hehehe.. lg satu sy suka karipap daging, atau karipap ikan ala2 org india buat tu, ape name die, samosa eh? hehehe

    ReplyDelete
  12. thanks Efa kerana sudi menjawab survey ini... terlambat plak saya reply.. tak perasan u punya komen.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.