Thursday, January 27, 2011

Bila anak tak nak ngaji, Mama pun jadi penglipurlara..

"Jangan terus mengalah pada keletihan, kena pegi jugak.... mandi segar-segar dulu, makan... nanti Mama buatkan air teh." aku mula berleter bilamana si kecil yang baru pulang dari sekolah itu merenggek-renggek.

"Penat......... hmmmm (teresak-esak).... hmmm.... tak nak pegi" rengeknya lagi.

"Cuba la bersyukur sikit, dulu Mama masa kecik-kecik..." ( ayat terhenti di situ, sambil mengimbau kenangan silam)

Dalam remang-remang cahaya bulan..... kami dua beradik (Mama dan makcikmu, Ustazah S.A), merentasi ladang getah.............

Masa tu... tak terfikirkan pontianak ke... orang jahat ke... memang Mama tak fikir apa-apa.

"Sorang ke?" Qistina bertanya.

"Tak ler sorang... tapi bayangkan la.... malam2 buta". Jawabku.

Kalau takde rembulan, pulangnya si"ustazah" yang mengajar kami itu akan membekalkan kami obor dari pelepah kelapa. (mungkin juga kalau terjadi apa-apa di tengah jalan... pelepah itu boleh la kami baling saja pada "benda2" tersebut... agaknya la).

"Paling tak boleh Mama lupa ialah.... ada sekali, waktu dlm perjalanan pergi ke lokasi, dah la masa tu kami berbasikal berasingan, Mama ni dah la penakut... tetiba disergah oleh lelaki kurang siuman yang memang suka melepak di tengah jalan"... heeee memang seram. Mama pun apa lagi........... menjerit la sekuat hati sambil terus mengayuh basikal.

"Esoknya Mama pegi jugak belajar mengaji dengan "Ustazah" itu dan cuba melupakan "peristiwa" tersebut, dan begitulah hari-hari seterusnya..."

Zaman tu pulak, tgh heboh dgn cerita ****** sabit. = ala, kisah orang penggal kepala orang da....

Anak perempuanku itu tetiba insaf (mendengar cerita Mamanya) dan finally, terus mencapai tuala, mandi dan bertelekung. Ustazahnya dah tekan bell di balik pintu pagar.



ini gambar kenangan tahun lepas, Qistina yg bertelekung
strawberry itu, 8 thn.


Selesai sudah bebananku hari ni..... kalau tak.... asyik la nak bertangguh budak Qistina ni, sampai bila nak katam kan... Anak-anak korang agaknya dah katam dah kot?

Motif entry ini : Supaya anda bersyukur jadi budak-budak moden.

11 comments:

  1. Entri terbaik bulan ini. Tahniah

    ReplyDelete
  2. la... aku sangka dah paling teruk entry ni. Mekasih MS. Eh ko ingat tak tragedi ****** sabit tu? Hehehe.. seram kan?

    ReplyDelete
  3. kak MM..
    peeh..entry malam nie sangat membuatkan ayu ala-ala nak menangis....
    kak...thanks yer

    PS: awat baru ayu perasan kak baru tukar rumah baru???

    ReplyDelete
  4. Ayu - awatnya yg buat Ayu rasa nangis plak tu? Akak tulis n3 dgn penuh perasaan happy lg. haha... biasa la kan, maybe sbb episod tu dah terlalu lama terkubur dlm lipatan sejarah.

    ReplyDelete
  5. MM, fuhhhh alhamdulillah...selamat hari ni, esok ulang cerita yg sama ;)


    tapi, memang cabaran kan dlm bab bab macam ni zaman sekarang...semoga hany pun ada kekuatan mcm MM, bila dah aada anak nanti...ameen...

    hany dulu ngaji tok guru sebelah rumah je. kalu tak pergi kan, mesti hany tak kuor rumah 1hari.ahahaha dah sebelah rumah, nak lari kemana. memang tak ponteng ah, jap lg bocor smpai ke mak ayah tak g ngaji ;)

    ReplyDelete
  6. Hany - Selamat dah tengok crita antu? Ish ishh....

    Bertuahnya Hany ada Tok Guru sebelah rumah. Mcm kami2 ni, semua Guru Mengaji... hujung2 dunia.

    ReplyDelete
  7. syukur qistina ada ibu seperti anda

    ReplyDelete
  8. A'im - hehe... ya ke? Nanti saya minta dia buat sujud syukur :D

    ReplyDelete
  9. wah, kelasss mama punya motivasi,...

    ReplyDelete
  10. salam..

    http://shamonaz.blogspot.com/2011/01/malas-kerja-kena-kerja.html

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...