Sunday, January 23, 2011

Macam Tak Percaya Je Hari Ni Aku Membebel...

Semalam dah buat entry bergambar sampai penuh 1 muka surat, maka hari ini I cuma nak membebel je.

Ingatkan nak sharekan resepi membuat crust pie, tapi buku-buku resepi I tertinggal kat JB plak. Jadi.... dlm mengisi kekosongan waktu di hari minggu begini, mari kita sama-sama membebel. Jom kita membebel dengan sesuka hati!!!

Oh ya.... alang-alang bebel, I nak cerita la kan..... akan kepelikkan pada beberapa insiden tentang sikap manusia di sepanjang I bertapa di kampung. First sekali.....Ini kes lama, tapi sengaja I ambik masa yg lama untuk menceritakan semula, tentang kejadian di sebuah restoran (restoran apa... biarlah rahsia).

Waiter tu nak kata tak dibayar gaji... rasa2nya tak mungkin la kot.... sebab sebuah company besar. Tapi Ya Allah haiii...........kesopanannya zero! I bukan la nak suruh dia melayan kami macam raja.. walaupun kami tahu..... pelanggan adalah raja. Tapi kenapa la mendengus2 dan muncungkan mulut disebabkan kepenatan.


Kami masa tu datang berkumpulan. Order memang la banyak... apa la masalahnya kalau dia buat muka manis sikit... instead of mencuka dan meninggikan suara macam tak suka je kami datang. Kami makan kat situ pun sebab melayan tekak anak-anak tau! Kalau ikutkan selera kami.. kami pegi je makan kat restoran lain yg lebih mengenyangkan.

I bukan ibarat orang lupa daratan dan lupa asal usul.... tapi I memang puji la staff2 restoran di area2 JB (tempat I bermastautin) kalau nak dibanding dengan keberlagakkan staff2 di restoran yg I maksudkan ni. Apa ya dalam fikiran dia?

Kedua ialah.... satu insiden lain di sebuah pasaraya. Masa tu I tengah beratur di kaunter, tunggu si budak supermarket ni uruskan barang I. Pastu supervisor dia la kot.... datang kat sebelah I... bebel-bebel kat staff dia..



"Apa ni waiting2??" I copy bulat2 ayat dia.

I buat-buat tak dengar sebab malas nak ambik pot. Kalau tak tunggu karang hilang plak barang I yg sedang diproses oleh staff tadi. Dia bebel lagi.

"Tu pun napa waiting2 tu? Cuba la tanya napa diorang waiting2!!!!" Suara perempuan itu lagi. Agak bingit sikit... merujuk kepada beberapa orang pelanggan lain yg juga berdiri menunggu di situ.

Pastu budak yg uruskan barang2 I tadi suruh I tunggu plak kat tepi. Cam pelik plak, apa dosanya I tunggu kat situ. Lain kali kalau memang dilarang menunggu tulis la "DILARANG MENUNGGU". Lagipun kehadiran kami kat situ tak mencacatkan pemandangan pun, makin menyerikan lagi ada sebab seorang ibu anggun sdg berdiri ala model di situ kan??? (sila muntah).... :P I pun tanpa membantah ikut la arahannya. Supervisor tu bebel lagi.

Yang buat I menyampah ialah apa tau. Supervisor tu dah macam takde keja je kecuali kejanya membebel. Kalau nak bebel pun jgn la kat depan pelanggan. Kesian la kat staff dia tu. Lagi satu... telinga I ni bingit tau! Lagipun logik la kalau orang "waiting2". Normal la, kan hari minggu ramai orang... takyah la bebel2 hanya kerana nak bagitau orang yg awak tu supervisor. Pelanggan jadi takut tau! Macam rasa bersalah je. Heeee pelik la I! Tetiba teringat plak kod sorang ex-officemate dlm mendifinisikan orang-orang seperti ini..... OKGK.

Selisih amit-amit....kita semua jgn la jadi macam tu ya! Tak cun la.


p/s : mcm tak percaya je hari ni I buat entry membebel.

9 comments:

  1. MM, eii geram dgn yg amek order tuh. erkkk hany kalau mcm tu, hany sound owhhh. tak bleh r, mesti tak kenyang mkn dgn rasa bengang sakit ati. selalu MZ akan suruh hany buat tak layan, tapi hany xleh owhhh...

    tak elok mcm tu kan... melayan org nk mkn ni betol2 la...kalau tak takyah r bekerja kan...

    ReplyDelete
  2. HANY - ha'a.... mcm la kami makan kat situ tu percuma je, baik2 nak order byk2 terus terbantut.

    ReplyDelete
  3. saya juga tak suka waiter yg masam2 muka.rasa mcm tak selesa & rasa tak jadi je nak makan kat tempat tu.Apalagi kalau ada para waitress yg siap jeling2 & mcm mengumpat kita jer..
    *mmg tak cun sangat la org yg berlagak kan

    ReplyDelete
  4. akak tau.aritu saya beli air Co** Bl**, pekerjanya pulak bergaduh sesama sendiri.memyampah betul.. saya siap tegur lagi, jangan gaduh depan pelanggan dik..tak elok.pastu dorang buat tak tau je.sambung gaduh lagi

    ReplyDelete
  5. WIN Momy kpd Shane & Qiesha ~ heee mmg betul2 tak cun la klu waiter yg suka menjeling2 mengumpat mcm tu.

    Lu'luth ~ bergaduh? Ishh.. tu lg tak senonoh. Tak cun la klu mcm tu. hehe.

    ReplyDelete
  6. salam

    MM
    wajar lah MM dok bebel...
    penguna, ada hak!!!

    ReplyDelete
  7. betul tu Ayu.. sib baik la Ayu selalu senyum dgn customer. :D

    ReplyDelete
  8. pening kejap kena bebel...ahaks

    ReplyDelete
  9. Eh En. Zul kita ni... ada pulak pening. Org bebelkan awek restoran tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.