Thursday, February 24, 2011

Desperate Sambal Tak Berbelimbing Di Petang Nan Hujan Di JB

Haii dah makan malam dah?.   Makan awal2 sgt bagus ya puan2 dan adik2 cumil semua....thanks memfollow blog Makcik Mirror yg tak sepertinya ini.. moga ada sesuatu yg dpt uoll manfaatkan.



Petang ni, I mcm terliur nampak diorg masak sambal hitam belimbing buluh tu, I takde stok belimbing buluh pulak... jadi utk tak terus membiar I terbayang2, I masak la jugak sambal....tapi uoll tau je la.. I kan masih lagi berpantang "goreng menggoreng" (chicken pox), time I menumis bwng besar ni... I tutup rapat2 periuk tu..... pastu I tinggal.... dengar bunyi mcm meletup2 je I datang lagi... then campakkan pulak apa2 yg I dah blend (cili basah, bwng seketul dan 3 ulas bwng putih plus belacan dan ikan bilis).

Pastu I tutup lagi.... tinggal lagi, tutup pintu dapur rapat2... Dengar bunyi buzzer je terus tuangkan sunquick plus gula, garam. Heee cam pelik je kan, I tak bubuh pun asam jawa sbb nak lari dari kebiasaan, bubuh la sunquick (kira boleh ganti belimbing buluh pun kan? Hehe.. ada rasa masam2 tu kan)... tak tau la uoll suka ke tak... anak2 I suka je pulak.



kuih-muih mkn ptg - Qistina bwk dari sekolah

Catatan di bawah ini pula untuk sahabatku yg sedang menghadapi gelora hidup.... yg lain2 kalau nak baca pun boleh....

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka.

Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah. - diringkaskan untuk anda oleh M.Mirror dari sebuah artikel lengkap Milik Dr. Maza - sila baca artikel penuh di blog beliau : Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara  (alamak!. link tu dah tak de lagi.. ).



7 comments:

  1. alahai akk ni...... buat saya kecur air liur aje tau....

    ReplyDelete
  2. Hai Tasha... sedap tau mkn time hujan2 mcm ni. ;)

    ReplyDelete
  3. Sambal letak sunquick... hmm boleh try ni.. hehehe :)

    ReplyDelete
  4. hehehe sunquick...saya pernah masak sardin letak sunquick..masa tu camping ngan budak2. Biasala menu utama---> sambal sardin..tengah syok2 masak, toleh2, asam jawa tak derk...so capai je la sunquick tu...hamtam je lah!!

    ReplyDelete
  5. ENY - bahana malas nak merendam asam jawa.. plus terliur sgt dgn resepi belimbing buluh..hantam sajalah labu, janji ada masam2 sikit.

    GIE - Mesti sedap aje kan? Lain dr yg lain.. (eh lama tak nampak u skrg? Sihat?)

    ReplyDelete
  6. MM..ada..cuma menyepi sekejap [coz streamyx sakit..now dia dah ok, tuan dia buat comeback la hahaha]

    ReplyDelete
  7. Oic... sangkakan dah merajuk dgn dunia blog.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.