Friday, February 18, 2011

Jgn Mengoreng-goreng dan Jgn ber**** (18sx)

Alhamdulillah pagi ni I dah boleh memandikan anak I, dah tak perlu menyusahkan IRP membeli sarapan seperti semalam, maybe berkat doa dari ibunda tercinta yang I telefon malam tadi ,bisa-bisa tu dah hilang.

Penulisan I terhenti seketika tadi sebab cleaner2 I dah sampai.... sangkakan mereka akan terkejut dgn wajah baruku yang bak Hantu Mak Limah ni... tapi sebaliknya makin mengajak I berbual-bual, satu nasihatnya yang ternyata mengejutkan I ialah :

"Puan, puan tak boleh menggoreng-goreng, setakat masak nasi takpe... nanti chicken pox tu akan menjadi-jadi malah boleh jadi benda lain plak" kata wanita indonesia itu membuat I berfikir.

Iyer ke? Kalau macam tu, uoll kalau terkena chicken pox, masak la guna microwave ya. Microvawe I memang dah lama masuk ICU.

Mungkin cleaner I malu untuk memberikan satu lagi nasihat yang berunsur kelucahan melampau ni. Untuk 18 tahun ke bawah sila jgn baca. Memula I dengar pun, macam pelik je bunyinya dan tak masuk dek akal. Mereka kata, kalau anak terkena chicken pox, emak ayah kalau boleh elakkan dari ber**** (18sx) suami isteri. Tu la yg peliknya tu, anak yang kena chicken pox, apa plak hubungkaitnya dgn ********.   Tak logik la plak kan?.

I rasa la kan... petua-petua orang dulukala ni, tak semestinya betul, apa yg berlaku sekadar kebetulan. Kebetulan dia buat benda tu jadi benda ni, then they came to that conclusion.

Walaupun petua-petua dulukala tak semestinya betul, tapi petua panjang umur yang I baca di blog seseorang ni maybe betul kot..... Kulit kayu manis untuk pemanasan badan, melancarkan peredaran darah. Tu yg pagi ni, I buat teh tarik plus cinnamon. Alhamdulillah, badan I yg memula sejuk-sejuk bangun subuh tadi dah kembali panas.

 
Tu la... I dah tergoreng-goreng benda ni plak pepagi tadi... patutlah makin teruk chicken pox I ni :P Ah anggap je la, makin keluar banyak makin bagus. Think positif kay! Orang kata, selepas seseorang itu terkena chicken pox, virus-virus itu akan meninggalkan antibodi yang kuat pada badan kita. Wah! Bestnya.

11 comments:

  1. oo cenkering tu chicken pox eh mm. hany dah kena 2kali tau chicken pox nih. dua dua masa bujang...hehee

    ReplyDelete
  2. oh 2x? Alamak! Tak bestnyaa... MM rasa, maybe yg pertama tu tak keluar semua kot, tu yg kena lg.

    Ya cengkering tu chicken pox.

    ReplyDelete
  3. MM.. boleh share mcm mana nk buat teh cinnamon tuh ye?? :D thanks in advance ye

    ReplyDelete
  4. Eny - caranya ialah : memula ambik teh uncang, masukkan air panas, bubuh susu (oleh kerana kat rumah ni takde susu pekat, I guna je susu segar + gula), pastu taburkan serbuk kayu manis dlm secubit atas minuman yg dah siap tadi. Klu byk sgt.. takut tak sedap plak kan. Bubuh sikit je. Sebenarnya tak kisah, kita pun boleh guna air minuman lain spt milo dsbnya...

    ReplyDelete
  5. yong pernah kena..tp berpantang btol2..kejap je da baik

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Yong berpantang...kita tak pandai la nk berpantang, semua benda kita makan kecuali kicap dan kekacang, seafood.

    ReplyDelete
  7. laaa kita dah kena masa kecik2 dulu lama MM..

    get well soon!

    ReplyDelete
  8. Kengkawan - eh orang boleh kena 2 kali tau...u pun jaga2 tau.. hehe. Thanks anyway.

    ReplyDelete
  9. Menggoreng tu tak leh coz panas....Nak bg chicken pox ni sihat cepat expose diri ngan panas2...Lg satu kalo anak kena c.p. Mungkin kita pun kena jangkitan cuma belum tahap yg bahaya jadi tak demam & tak nampak kesannya....Ada dalam badan je kumannyer....Jd kalo le mengandung bahaya utk fetus...Itu pendapat saya ler....

    ReplyDelete
  10. kene chicken pox ye.. herm.. mak sy mesti tak bagi klu goreng mengoreng ni.. tapi kalau nak makan kene jugak buat sendiri kan

    ReplyDelete
  11. Zarisma - ya tak ya kan..logik jugak tu... tapi tu la, cara org dulukala menyampaikan sesuatu message ala2 berkias, buat kita tak faham apa maksud yg tersirat, cuba la mereka buat penjelasan dgn terperinci mcm yg u ckp ni.. kan semua org fhm & tak menganggap ianya sekadar mitos.

    Ratu Kebaya - tu la..nk mkn punya pasal... terpaksa la buat sendiri.. Klu dari aritu I tau, semua I main rebus2 je.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.