Wednesday, February 23, 2011

Salahkan saja ibu bila tak cantik... Begitu ke?


Bukannya tak nak update.... semalam dah menaip, tapi tiap kali nak publish ada saja gangguan makhluk halus sampingan.

Rutin hidup sebagai seorang ibu memang lazimnya sibuk. Tambah pulak sekarang ni I masih dalam proses memulihkan wajah putera dan puteriku itu supaya kembali ke asal setelah serangan chicken pox itu ari. Ada satu petang tu, lepas Qistina mandi, dia menghampiriku...

"Ma... parut kat pipi dah tertanggal Ma!" I pun membelek la seraut wajahnya yang dikatakan rakan2 seiras wajahku itu. Ya Allah! Dah berlubang dah pipi anakku... Sedih I seketika... Mungkin dia mengelap mukanya kuat sgt tadi. Orang kata, biar ianya tanggal sendiri... jgn tanggalkan sebelum kering, abih nak wat guano.. tiap kali I basuh muka.. mesti satu2 tertanggal. Mujurlah I dah "dewasa" & dah kahwin .. tak kisah la tu kan.. ni skrg, si Qistina plak.

"Tak kisah la Ma, kan Qistina pakai tudung" Pujuknya bila mengetahui I sedang bermuram durja. Segera I menggeledah drawer dan menjumpai bio oil yg dah lama tersadai... itu la rutin I sekarang, pagi ptg siang malam membelai mukanya yg berparut tu.. I tengok memang ada perubahan sikit.

Parutnya tak la sebesar mana pun, sekadar diameter lidi penyapu.... tapi I rasa sangat berdosa jika membiarkan ianya begitu. Tugas kita sebagai ibu ni bukan setakat menjaga keselamatan, kesihatan malah kecantikan anak-anak pun sebenarnya satu tugas penting yang harus kita titikberatkan supaya bila besar nanti mereka tak akan menyalahkan kita.... macam sorang hamba Allah tu... ada ke sering menyalahkan ibunya sebab giginya rosak sebelum menginjak remaja. Entah2 ibunya dah pun berpesan pada dia supaya gosok gigi tapi dia yang tak mau kot. ;D Malam2 makan gula2 lepas tu zasttttt zzzzzzzzz......

"Tak la... emak aku memang tak belikan aku berus gigi pun, abih aku nak gosok gigi pakai apa"

Pulak dah... gosok la gigi pakai arang.. Hahaha.

Ya la kan... orang zaman dulu kan adakala tak menitikberatkan hal itu. Apatah lagi bila anak-anak pulak ramai sampai berbelas-belas orang.


Nak salahkan ibu ke kalau tak cantik? Itu artis-artis yg kulit gebu ala2 Miss World tu ibu diorg mesti selalu bagi makan pulut, tak bagi main panas... iyakah?



p/s : Anak-anak I pun tiap hari nak kena jerit untuk menggosok gigi.



7 comments:

  1. I dulu kecik2 ada satu masa tu malas gila nak gosok gigi, kalau dah gosok gigi semalam hari ni takmo gosok gigi dah. eiiiiyek kotor kan? heheee dah besar2 ni taklah, lps mkn jea mesti gosok gigi =))

    hamster tu comel, dulu i ada hamster tapi dah meninggal... sobs sobs sobs

    Mengaji yeayyyhuuu =)Kelas mengaji nak ikut tak? =))
    =))
    Nak travel to China?Oke, u need visa!
    &
    Dressing tableHeheee♥ i

    ReplyDelete
  2. MELATI - Mmg ada kanak2 yg mcm tu, ada sesetengah org, gigi mereka jenis tahan.. tak gosok gigi berhari pun tak pe (maybe byk minum susu kot). Ada plak sebaliknya..

    Dah meninggal dah hamster u....sian..

    ReplyDelete
  3. teringat kecik2 dulu gosok gigi tepi longkang.

    haha

    ReplyDelete
  4. GABAN - waa rajinnya... sampai mcm tu sekali.. kenapa?

    ReplyDelete
  5. hehehe xpe lah parut skit buleh cover dgn tudung. nk buat cmne kalu x ilang tp saya dlu cuba buat petua ni.

    asah kulit kayu manis kat blkg pasu ke blkg lesung+titik air skit pastu tempek kan kat parut tu. lepas kering basuh lah. buat lah tiap2 malam, insyaallah lama2 kurang skit parut tu.

    tp panas skit la, standby kipas le kat depan..hehehe

    saya singgah blog ni ;)

    ReplyDelete
  6. parut chicken pox 20 tahun yang lalu tetap kukuh kat kening

    ReplyDelete
  7. MARINAHUNNY - terima kasih singgah dan berkongsi petua. :)

    LU'LUTH - pasti menambah lg seri kening u kan? Anggap saja begitu. I pun sdg berfikir perkara yg sama utk anak I supaya kami happy. ;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.