I terima pesanan untuk share satu resepi Donut Buttermilk (sebab semalam kan I crita tentang substitution for buttermilk, sour cream and so on tu kan...- sila rujuk entry ini)
I dah cuba resepi ini pagi ini dan ternyata ianya ada "bayangan2" ingin menjadik -----> yooooo spt di kedai !!!!! Tapi oleh kerana mungkin pemeraman agak kurang dari jangkamasa yg diarahkan dlm resepi iaitu 2 - 3 jam, maka satu permasalahan besar telah berlaku di mana ianya agak melekit ketika kita menerapnya. (adunan kena perap dalam peti ais ya puan2).
Ketika I menguli adunan itu, my dear darling sudah menjeling I.....
"Eh sempat lagi??" Oh maksudnya I tak boleh tunggu lebih lama lagi, we all rushing nak balik kampung hari ni.. dan YAHOOO esok pula I nak jumpa my mum, after 2 months I tak jumpa sejak mereka kebanjiran tempohari.
Resepi Donut Buttermilk
1/2 cawan buttermilk *
1/2 cawan sour cream *
(I gantikan kedua benda* di atas menjadi satu item shj iaitu = 1 cawan susu segar + perahan lemon – sbgmana entry sebelum ini)
3 biji telur
1 cawan gula
1 st esen vanilla
4 cawan tepung (I guna tepung gandum)
½ st soda bikarbonat
2 st baking powder
1/2 st garam
CARA
1) Pukul sour cream dan buttermilk hingga pekat
2) Masukkan gula
3) Masukkan telur one by one
4) Masukkan esen vanilla
5) Di dalam mangkuk lain - masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder - gaul2 rata,
6) Masukkan campuran tepung ke dalam adunan buttermilk di dalam mixer tadi, tambahkan garam.... mix together...
7) Keluarkan adunan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik (yg bergulung tu).
8) Perap selama 2 - 3 jam DI DALAM PETI AIS atau biar sampai ia boleh diuli - jika terkurang perap... adunan jadi melekit dan sukar untuk diterap
p/s : Mulanya pun I agak musykil dgn resepi ni sbb tak menggunakan Yis mahupun butter, tapi satu berita baik buat I sebenarnya sebab kat supermaket area2 rumah I ni yis memang selalu kehabisan stok.
Selamat Mencuba ya... kalau tak menjadi jangan salahkan I... salahkan resepi itu. :D
nyum2. jap lagi free tak tau nak buat ape. nak buat donut la :)
ReplyDeletekak MM, mai sini..ayu tukar dgn lempeng pekak ku...hehehe
ReplyDeleteSTM - dah sesuai sgt la tu utk u mula practice2 - Mem Besar in trainning.. :D
ReplyDeleteAYU - eh boleh, MM lagi suka lempeng pekak cicah sambal berbanding donut2 ni semua.
mmg paberet donut ni.. tgk ada resepi baru harus dicuba
ReplyDeleteAISHAH Ratu - Selamat mencuba... tapi pada I la kan, I lebih suka donut kg yg biasa2 tu..
ReplyDeleteada idea ni miss mirror, cuti sekolah ni nak cuba buat donut buttermilk ni.:)thanks 4 sharing
ReplyDeleteWin - Selamat mencuba. :)
ReplyDeletehaha...kira eksperimen u menjadi la ni..bagus2, kalau lemon tu ganti ngan limau nipis boleh ke..hehe, cam pelik pulak ek..
ReplyDeleteDR SIRNA - lemon klu takde guna cream of tar2, klu limau lain I tak pasti plak. But I think for better result, tentulah buttermilk & sourcream yg ori.
ReplyDelete