Wednesday, April 27, 2011

Anggap je la kau seperti Cinderella....

Luahan dari seorang wanita di sebuah wall FB membuat I tertarik untuk menyelami perasaannya dan akhirnya I meminta izin beliau untuk C&P di sini - thanks ;) :

"Bagaimana lagi kelembutan dan tolak ansur harus kita berikan kalau pasangan kita senantiasa menimbulkan keretakan di hati, dan macam mana harus diberi penghormatan sedangkan dia tak tahu langsung mahu menghormati perasaan kita, harus bagaimana lagi kesetiaan kita buktikan kalau dia sendiri selalu curang, dan bagaimana lagi kesabaran andai dia tak pernah menjadi pembimbing...malah jahil,...bagaimana mampu tersenyum kalau tiada yang mengembirakan" - Puan X (bukan nama sebenar).

Dapat diselami kesedihan yang tak tertanggung oleh Puan X. Simpati dari saya. :'(

Kebetulan pula, minggu lepas di talian, teman I, Puan Abby (bukan nama sebenar) mengadu permasalahan yang hampir sama :

"Sejak aku kawin, aku dah tak mampu untuk tersenyum lagi, celik-celik mata je... aku bersedih hati, aku rasa satu penyesalan yang amat kerana mengkahwini dia, seorang lelaki ego, mata keranjang dan selalu membuat aku berendam air mata. Kalaulah punat masa dapat aku putar MM, aku ingin kembali menjadi remaja semula dan melalui detik-detik indah yg pernah kita lalui. Aku tidak lagi temui ketenangan itu sekarang walau hidup bersalutkan kemewahan, semakin lama perkahwinan, aku rasa kami semakin jauh". I susun semula ayat untuk memudahkan anda memahami jalan cerita.

"Abby.." Jawabku memotong cerita...

"Tahu tak kau, aku ada seorang ibu angkat yang mana di zaman mudanya melalui kacau bilau rumahtangga seperti kau, bersuamikan suami yang panas baran, kedekut... tapi dia sabar melaluinya... dan akhirnya di hujung usia emasnya.. hidupnya sangat bahagia.. dia dipertemukan oleh-Nya dengan suami baru setelah dia menjadi balu. Orangnya sangat penyayang, memenuhi kreteria2 yang selama ini dia impikan Moralnya di sini, sesuatu yg pedih itu pasti Allah janjikan sebuah kebahagiaan di kemudian hari. Kau anggap je la diri kau seperti Cinderarella ,yang bermula dengan kesedihan, dan last2 berakhir dengan kegembiraan. Tunggu dan lihat je...;)"




"Hahahahaha" - Abby ketawa, menghentikan esak tangisnya. I tahu, Abby akan berasa lucu dengan cerita mengarutku itu (walaupun mengarut tetapi sebuah kisah benar), tapi I dah takde idea lain bagaimana untuk memujuk wanita yang sering bergundah gulana ini.

"Cinderella tu just perumpamaan je, maksud aku, mana la tau.. one day Allah ingin kurniakan kau anak-anak yang soleh dan berjaya, maka dugaan berat ini yang terpaksa kau tanggung sekarang"



Oleh kerana bidang daya pujuk I memang lomah sikit, justeru I harap buat Abby, Puan X dan wanita-wanita di luar sana yang senasib dengan mereka, baca je la artikel ini : Derita Yang Mengundang Bahagia.. insyaallah, ada sesuatu yang bermanfaat boleh anda pelajari. Selamat Membaca.

p/s : Walaupun aku suruh kau bayangkan diri kau jadi Cinderlla, jangan plak kau tunggu buah labu kau kat dapur tu jadi kereta kuda plaks... ;P






Update 2022.   Alang2 nak update gambar pokok labu ai kat Aussie ni utk memyesuaikan dgn cerita Cinderella... ai nak update juga kisah Puan X ni..  now dah bahagia bersuami baru.   Alhamdulillah.  Mana ada blog yg macam ni kat donia kan.. siap tulis ending cerita.   Kah kah kah.   Special to my followers supaya dijadikan tauladan mahu pun sempadan.







7 comments:

  1. Benarlah Firman Allah yang bermaksud
    “Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
    Surah Al Baqarah : 216

    ReplyDelete
  2. Terima kasih En. Matsom... mudah2an menjadi satu motivasi kpd teman2 saya itu.

    ReplyDelete
  3. Jadi seorang perempuan ni mesti banyak sabar..banyak beristighfar....semoga balasan pahala menanti buat Puan X

    ReplyDelete
  4. Thanks Cikgu Gie - semoga Puan X gembira membaca nasihat dari Gie.

    ReplyDelete
  5. Di saat hati gundah gulana.. saya terjumpa post Miss Mirror ni.. hati yg tadinya sedikit tabah.. akhirnya banjir juga.. saya akui suami lelaki yg baik.. namun sifat ego dan panas barannya seringkali menimbulkan kesan yg sangat mendalam buat diri saya.. dikurniakan suami yg begitu, saya anggap sebagai ujian Allah.. hati seringkali pedih terhiris.. hanya Allah yg tahu.. dan sehingga kini, firman Allah yg Mat Som titipkan merupakan motivasi yg paling kuat buat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak terperasan comment you ni Miss Y.
      Moga skrg masalah you dah selesai hendaknya.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.