Thursday, April 28, 2011

Kau Memang Tak Glamer.... tapi....

Tetiba je pagi ni I kembali membongkar periuk-periuk murah yang dah lama tersadai dalam kabinet. Haha.... Puncanya sebab I nampak diorang masak (kat blog and youtube), menggoreng ayam pun guna periuk ni. Lalu I pun terfikir sesuatu

"Tak kan mereka takde kuali kot? "--->( hehe sorry, entah apa la yg ada dlm fikiran I ni kan... tak kan la you all takde kuali, bohong la kan..)

"Tentu ada kelebihannya? " ---> terus berfikir lagi...

I tau, banyak kelebihannya... selain lebih ringan dan mudah diselenggara, kecembungan periuk membolehkan kita menggoreng dengan jumlah yang banyak.

Tidak la nak kata yang I nak say good bye pada "periuk canggih" (jenama dirahsiakan) yang sedia ada, "mereka" itu sangat berjasa. Kecantikan "mereka" juga membuat masakanku yang biasa2 menjadi lebih sedap di mata suami dan anak-anak. Hehe... Tapi tu biarlah pakai time I tak busy je la kan... sekarang ni busy (busy apa pun tak tau la tu!)... biar la pakai periuk yang tak berapa glamer ni, senang nak campak-campak dalam sinki.

Untuk adik-adik yang tak tau, ni Miss Mirror beli murah je tau! Dulu2 la... RM13 dapat berset2. Selain untuk masak lauk pauk, boleh juga untuk buat acuan kek.. berbaloi kan?

p/s : Yang buruk jangan terus dibuang ya puan-puan...




1 comment:

  1. barang yang lama memang berguna satu hari nanti.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...