Wednesday, April 6, 2011

RESEPI KEK KERAMEL

Resepi Kek Keramel... sila scroll down

Minum petang...


serawa durian...

dan

Kek keramel..

dah siap dah kek cuma belum telangkupkan lagi.. entah apa
yg bakal berlaku pada keramel ini bila ditelangkupkan nanti? Huu suspen...



Utk dapatkan keramel yg licin : aduanan kena tapis ya puan2..

Buat anda yg suka berniaga kuih muih, apa kata anda mencuba resepi Puan Munira ni... I rasa, ini la first time and last I buat kek yg mencabar kesabaran... tak sanggup rasanya nak buat lagi :D


bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (untuk dijadikan gula hangus)
tabur gula dlm loyang dan masak api perlahan..biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang)

(B) Lapisan atas

1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur...

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak

(D)Merinque
6 biji putih telur (hasil ceraian dari kuning2 telur yg digunakan pada bhn B dan C tadi)
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (kalau takde boleh ganti dgn titisan lemon)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan-perlahan, pastikan tidak berbuih, jika berbuih keramel tak menjadi.

2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi (bahan A)

3. Pukul pula bahan (C)

4. Buat maringue dgn memukul bahan (D) hingga menjadi kembang (utk test : bila kita angkat aduaan dia tak jatuh menitis ke bawah)

5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul sebati menggunakan senduk.
6. Bahagikan kpd beberapa bahagian dan warnakan (2,3 warna) atau bubuh paste kegemaran.
7. Masa utk mencorakkannya di dalam loyang... (ikut kesukaan anda)
8. Bakar secara "steam bath". Steam bath ialah = acuan loyang yg berisi adunan kek direndam di dlm dulang pembakar yg berisi air semasa proses pembakaran berlangsung di dlm oven (mcm double boil tp dlm oven) - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila telah masak, rehatkan selama 10 minit barulah ditelangkupkan.
10.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam. Sedap dihidang ketika sejuk.



p/s : Kek ya puan2, bukan puding keramel yg biasa kita jumpa kat Bazaar ramadhan tu dan kalau puan2 nak tahu (bagi yg belum tahu) kek ni byk pantang larang ketika membuatnya... bagi sesiapa yg berjaya merentasi pantang larang itu, maka akan terhasillah kek yg sungguh comel, berpelangi... dan sesuai untuk diniagakan..
Kalau nak belajar step by step - sila rujuk sini.

9 comments:

  1. dah lama tak makan serawa durian.....

    ReplyDelete
  2. fie x gemar durian. suka honeydew! hehe. serawa honeydew ade x. haha.

    ttg spek tu kan akak... fie tau lah jugak selok belok spek neh. sbb kdg2 fie lepak kedai kwn fie tu, mcm2 info fie dpt. total cost utk sebingkai spek yg siap pun mmg fie tau. sbb tu jgk la spek fie semua harga dr rm35-rm80 je. spek fie buat multicoated, dgn utk astig je. sbb fie ssh nk baca tulisan warna warni. rabun xde.

    klu budak2 lg, kn diorg aktif, jadi full frame tu lbh afdal la akak. klu pilih half frame mmg x tahan lama, confirm tertanggal cermin.

    ReplyDelete
  3. Tasha - jemput2..sila2..:D

    Fie - Apa jadi klu honeydew dibuat serawa?? Jadi serbat la kot. Sedap jugak.

    Thanks ttg info psl spek utk anak akak tu.. Nt Akak beli berpandukan pd apa yg Fie nasihat tu.

    ReplyDelete
  4. kak.....dapur tanpa sempadan and ady budika pun masak yang sama....sejiwa pulak korang hari ni ek.... hahaha.....meriah la blog ni

    ReplyDelete
  5. Tasha - tu la... Akak baru terperasan..:D tengok kat dashboard td. Aritu masa Akak buat Jelly, DTS upload plak gmbr acuan Jelly yg akak tgh nak cari.. DTS mcm tau2 je plak apa yg bermain2 di minda Akak.. tu yg Akak pelik tu.

    p/s : Takpe.. esok kita tengok lg, sama tak apa yg tgh akak pikir nak masak esok ni.. klu sama jugak.. mmg pelik bin ajaib.

    ReplyDelete
  6. banyak sungguh step tuh!boleh basah ketiak!

    ReplyDelete
  7. bes nya pandai bake cake.i memang fobia sejak tgn terlecur suatu ketika dulu.ahaha...but,mesti nak kena blaja juga someday kan..

    ReplyDelete
  8. serawa durian?tak pernah dengar la.makanan asal dari mana tu.

    ReplyDelete
  9. DR SIRNA - kek ni mmg complicated sikit tapi berbaloi sbb sedap.

    YEN - terlecur tangan? Siannya..

    SFM - dari Johor kot.. haha...I pun tak pasti.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.