Wednesday, May 4, 2011

Beberapa Menu Malas...

Wah! Sawang-sawang dah mula membiak di blog I sekarang.... satu tepukan gemuruh untuk wanita ini kerana bakal menjadi penternak sawang berjaya!!
Clap clap...

Actually semalam I busy sangat, pepagi dah gi bank - pastu gi jumpa tailor nun jauh di sana. Pelik I dengan sorang makcik customer tu, dia pun hantar gak baju kat tailor tu, tapi dia berbisik pada I :

"Eh kenapa awak tak hantar baju kat ****** je?". Bisiknya sementara tailor tu sibuk mengukur badan orang lain. Alamak! Kenapa makcik? Tak cantik ke budak ni jahit? Belum sempat soalan I mendapat jawapan, si tailor tu menghampiri kami plak.. maka perbualan terputus di situ.

Ah tawakal je la kan... kalau tak cantik pun nak wat macam mana.... dah jauh2 datang, tak kan kansel plak kan. Wahai tailor itu... tangkislah bahawa tohmahan Makcik tu tidak benar dengan menjahitnya sehabis baik. Dah la mahal giler. Kalau I tau ianya akan semahal itu, baik I hantar pada Datuk Benard Chandran. :D

Ah dah la... merepek je, I nak cerita pasal makanan yg kami dah "ngap" sepanjang minggu lepas....dan sedikit resepi untuk dikongsi :

Kalau anda tak suka makan salad ataupun tomato, apa kata anda paksa diri anda makan dengan menggaulkannya bersama sedikit garam, cuka dan taburan origano serta sedikit minyak zaitun...


Domino pizza - untuk lunch ketika "hari menutup dapur sedunia"



"Si Ketam telah mengajar anaknya berjalan" :D.... Ni ler hasil kerja deco2
cupcake si Qistina & Ain.. Next holiday, nak suruh diorang
deco ala2 katun je la... mesti si Shashal selera nak makan...
berbanding warna2 biru yang tak membangkitkan selera macam ni.



Ini pula breakfast merangkap lunch kami hari ni...
Mee Hailam Selera Miss Mirror....


Tetapi AWAS! Bila I kata "Mee Hailam Selera Miss Mirror" bermakna ianya hanya selera I je tau... orang lain mungkin tak berselera nak makan sebab telah banyak penderhakaan pada resepi ini.





Bahan-bahan

Speghetti yang direbus, ditos dan digoreng dgn sedikit minyak + kicap....gaul sebati then angkat - ketepikan. Pada yang tak suka speghetti guna la Mee Kuning mengikut resepi asal. Kalau kat rumah takde mee kuning, sila buat sendiri (google search pada older post dlm blog ini).

Bahan Kuah :

7 biji bawang putih - ditumbuk
halia seinci - tumbuk
Sup punjut
Daging - hiris nipis
Cili merah - ikut suka - dibelah 2 (untuk hiasan)
Cili padi - ikut suka
Sos Tiram
Kicap Manis
Serbuk pepper - ikut suka
Garam - ikut suka
Sayur-sayuran ikut suka cth : sawi,

Cara Membuat Kuah

1) Tumiskan bawang putih yang ditumbuk bersama halia tadi - pastu masukkan daging.
2) Tambahkan air ikut kesesuaian, campakkan sup punjut.
3) Masukkan sos tiram dan kicap, garam.
4) Bila daging dah mula empuk, masukkan sayur-sayuran cthnya sawi, carrot dan lain-lain.
5) Last sekali - masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah... bila dah pekat, bolehlah diangkat dan makan bersama mee/speghetti yang telah digoreng tadi.
6) Taburkan bawang goreng ke atasnya dan lada jeruk.*

Nota : Suka ati nak bubuh perasa atau pun tak.. ikutlah citarasa keluarga anda.
Pastu kalau rasa nak tambah2 "binatang"... amatlah dialu-alukan.

Lada Jeruk (resepi dari My Recipe)

1) Cili hijau dipotong bulat - basuh masukkan ke dalam botol.
2) Jerangkan cuka ke dalam periuk.. bila dah didih angkat dan curahkan ke dalam botol lada tadi. Siap!!






2 comments:

  1. nak trylah mee kuah petang nie...mesti mabeles...

    ReplyDelete
  2. Zai - klu mana2 yg kurang tu, tambah2 la ya...

    la.. lupa plak akak nak tulis tadi.. bubuh la segala binatang2.. klu tak, tak sedap la pulak.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.