Sunday, May 1, 2011

RESEPI AIS KRIM GORENG

Suka sangat malam ni dapat beli cutter yg comel bentuk love and star ni time keluar "dating" tadi.. selalu cari kat supermarket Jay Bee jumpa yang bulat biasa je. Itu la yang bestnya kampung I... barang-barang semua murah belaka. Betul tak wahai orang-orang Bee Pee?

Actually tak berapa suka sangat makan ais krim pun, tapi hati meronta-ronta nak buat ais krim goreng bila dah jumpa cutter2 yang cute ni. Bila la projek buat cekim goreng nak dimulakan ni ya? Hari ni dah cuti memasak dah... sebab balik rumah MIL... biasa la, selalunya time2 macam ni, cik abang I rindukan air tangan ibunya. So, siang tadi dapat la merasa asam pedas ibu mertuaku yang memang tip top hingga menjilat jari.

Bagi yang tak tahu macam mana nak buat ais krim goreng..... meh I cerita.

RESEPI AIS KRIM GORENG

1) Memula.... ambik roti tak kira la jenama apa, asalkan halal. Pastu... skopkan ais krim ke atas roti tersebut.
2) Tindan dgn sekeping roti yang lain... tekan2... pastu potong dengan cutter (spt gambar di atas) atau apa2 je bahan pemotong. Ada orang guna acuan karipap pun boleh.
3) Bila dah siap semunya.... masukkan dlm plastik bag dan masukkan ke dalam peti ais.... bekukan ia semalaman (atau 3 jam pun dah ok).
4) Bila dah siap... keluarkan dari plastik.... dan boleh la digoreng. Ada sesetengah resepi diorang celur dulu dgn telur.. tapi I rasa.. tak celur pun takpe kot...


Since I pun malas nak curi2 gambar dari Pakcik Google, maka bagi menggantikan gambar aiskrim goreng tersebut.. I gantikan je la dengan gambar robot - hasil ciptaan Qistina untuk kerja sekolahnya ni.





"lepas makan ais krim jangan lupa gosok gigi" - sila
baca dengan nada kerobotan...

8 comments:

  1. manja tul IRP tu yea...tiap minggu nak makan air tangan mak dia..hehehe sib baik dekat yea...tapi eloklah. selalu2 tengok orang tu akan...lagi satu aiskrim goreng....ermmm sedap...tapi tak tau nak buat sendiri...

    ReplyDelete
  2. Mama - IRP memang manja..hehe.
    Ais krim goreng tak susah la membuatnya mama, jauh lebih susah buat ayam penyet yg Mama suka tu.

    ReplyDelete
  3. MM...lepas ni MM pulak buat2 manja yea..nak makan gak air tangan mak..hehehe...nanti mama nak try ler baut asikrim goreng ni....

    ReplyDelete
  4. Mama - hahaha.. betul tu.. pasni konon2 rindukan ketiwol yg Mak masak 30 thn dulu.

    Cuba la resepi ais krim goreng ni Mama.. tp goreng jgn lelama plak, nanti ais krim tu cair plak. MM ni nak buat asyik tak jadi2 sbb takde mood nk mkn aiskrim skrg ni, entah.. dah tua agaknya..cuma suka buat je.

    ReplyDelete
  5. fad ingat lagi ais krim goreng kat pasar malam tu.memang sedap!

    ReplyDelete
  6. Fad - Akak dah bg resepi ni, cepat buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Aslkm
    Wah seronoknya jumpa mama2 kat sini.
    tkasih kerana resepi tu.

    ReplyDelete
  8. Mama Ju - w'salam.. sama2, t.kasih kerana menjenguk mama2 di sini.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.