Sunday, May 22, 2011

Kerana Resepi, dia tak suka blog saya lagi..

lupa nak tapis keramel dia ni.. sbb tu tak smooth..




Ada sorang blogger tu cakap dengan I, dia dah lama tak jenguk blog ni sebab I lately ni asyik cerita pasal resepi je... ngeeeee ----> tak pasti la ni nangis ataupun ketawa.





Hahaha... apa nak buat la kan... tak kan kita nak main paksa2 orang baca blog kita la kan. ;)



Hari ni pun I tetap nak explain pasal menu masakan yg I upload ni walaupun mungkin membuat "dia" terus tak sudi untuk mengunjungi blog I lagi. Kalau nak cerita pasal topik hangat lain kali la I buat entry khas pasal tu ya tuan. Oh ya, nak cerita pasal artis ke? Di kesempatan ini I nak ucapkan takziah pada keluarga FAIZAL HUSSIEN atas kematian bonda yg dikasihinya, Seniwati MAHYON ISMAIL - suka tengok beliau berlakon sbb muka beliau ni ada iras2 muka cousin I, Misliza Miskan (wah! Siap I sebut nama lagi tau!). Tu la tapi tiap kali jumpa Misliza ni lupa je nak habaq kat dia, muka dia seiras muka arwah time beliau muda2 berlakon dgn Tan Sri P. Ramlee dulu2, cerita apa tah.. tak ingat la.


Berbalik pada menu - Gambar ayam kat atas tu puan-puan nak tau tak, I adaptasi dari resepi orang masak "ta ya kap wau sin". I tengok kat astro. Bunyi macam geli geleman je kan.. tapi bila kita applykan resepi ni pada ayam jadi sangat sedap tau! Ala... lebih kurang masak pindang je, cuma I tak bubuh bwng besar - lebihkan bwng putih dlm 7 biji pastu serai 2 btg. Masukkan la asam keping. Sediakan sambal belacan.



KEK RED VELVET dan kuntuman rose ni untuk Cikgu Tadika
si Shashal masa Teacher's Day itu ari.... terlambat sehari I bagi, punya la nyanyok nak tengok kalendar 16 Mei tu.. terus kelam kabut malam tu jugak
I baking Red Velvet ni... sib baik la sempat. Utk Cikgu2 si Kakak, itu ari
kan I dah beli present awal2 kan..


Ok la, buat si blogger yang tak suka baca resepi tu, hari ni I nak cerita pasal AF9.. Memula konon tak nak tengok AF, tetiba bila komputer rosak itu ari, dah bosan tak tau nak buat apa, maka bergaduh la dgn si Shashal yg setia dgn siaran CERIAnya tu.. dapat gak tengok sekerat dua AF9 kali ni. Buat masa ni I minat dgn persembahan Lina dan Hazama dan masih dalam proses untuk meminati mereka.. "Masih dalam proses minat" - haha... sebab tiba masa I boleh hilang minat secara mengejut bergantung pada pakaian yg mereka pakai, nasib la kau student2 AF dapat penonton yg kuno mcm I ni... sungguh tak fair I ni kan.. tu la sebab Amy Search tak panggil I menjadi juri.... :P




4 comments:

  1. ok apa ada resepi... saya suka tauuuu :D

    MM jom tengok I punya broken glass jelly.... :D

    ReplyDelete
  2. Eny - thankss... I pun suka resepi, tapi nak buat mcm mana la kan.. selera org berbeza2.

    Broken glass jelly u tu.. yes I dah tengok! Cantik! Next time insyaAllah I cuba buat.

    ReplyDelete
  3. freaky suka tengok masakan kak. rasa kenyang pulak bila lawat blog ni. hehe

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.