Mood membaking yg menjadi-jadi membuatkan my follower terheret sama "memaksa diri" menyaksikan entry-entry makanan di blog I sejak kebelakangan ini... harap tidak membosankan anda. Tak tau la bila hobi baru ini akan berakhir. Jangan la hendaknya hobi ini bertukar pula kepada hobi memancing. Nanti hari-hari I upload gambar ikan macam orang jual ikan plak.. :D
Hari ni disebabkan stok telur dah pun habis, I google search resepi kek tanpa telur dan telah menemuinya, harap pencipta resepi ini menghalalkan I share resepinya di sini untuk anda semua:Walaupun begitu, I pun sebenarnya masih belum berpuas hati dengan kek yang telah I hasilkan (spt gambar di atas - oh ya, ia berbentuk love kerana dipotong menggunakan cutter love yg I baru beli itu ari). Kalau anda bijak, cuba la membuatnya dengan hasil yang jauh lebih sedap dan gebu dengan hanya menggunakan resepi di bawah :.
Kek Coklat Tanpa Telur
Credit to Rohaslina
Step 1:
Dlm mangkuk, masukkan semua bahan kering :
Tepung gandum 2cwn penuh
1 1/2 cawan gula pasir halus/castor
5sb serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st baking powder
1st garam
3sb susu tepung
Step 2: Gaul rata semua yg dimasukkan tadi
Step 3:
Masukkan 3/4 cwn minyak masak/sayuran,
2sb cuka makan
2st esen vanila
1 1/2 cwn air (masuk sedikit demi sedikit dan bancuh).
Step 4:
bila bancuhan telah sebati (turun mcm air paip tak putus-putus), bolehlah dituangkan dalam loyang.
Bakar dlm oven suhu 170-180darjah, 45minit.
Cuka digunakan utk tindakbalas dgn soda supaya naik mengembang kek tu.
TOPPING --> credit kepada Noraniza Idris (jumpa dlm majalah)
1 keping coklat masakan
2 sudu susu cair
2 sudu butter
(double boil)
nk try nk try heheheheheh
ReplyDelete- baru sempat komen asyik busy je :D
kek coklat lagi... bile la bole try rasa masakan kak ni. :)
ReplyDeletemacam sedap jek...leh try kat umah ni..mintak izin amek resipi ni e...
ReplyDeleteENY - I buat tak berapa jadi la Yang.. peroi semacam.
ReplyDeleteFREAKY - hehehe.. jemput makan.
KHILAFNI - ambik ler.. ;)