Saturday, June 25, 2011

Customer paling cerewet kat Malaysia..


Kebaya nan biru..... Sesiapa yang nak hadiahkan I baju, sila jangan berwarna biru laut macam ni, turqoise pun jangan. Bukan I tak suka, tapi "imej consultant" I kata, I tak sesuai pakai kaler-kaler yang I sebutkan ni. Musykil gak.... nak percaya ke tak percaya ni?? Padahal dulu hari2 pakai uniform biru dan kerana kebaya batik biru yg I pakai tu la Cik Abangku terus "This is my card..... will you marry me". lol....

Opps... tadi I ada sebut ke kat mana I pernah bekerja? Takde kan.... sib baik. Tu la nak cerita ni, sian kat sorang blogger ni, dia kata bakal kena saman oleh syarikat tempat beliau bekerja gara2 satu entrynya yg ala2 menyentuh perasaan. (Ala agaknya sykt tu saja main2 je kot). O'o... ok itu je nak crita, jgn dipanjang-panjangkan cerita ni pulak, nanti I pulak yg kena saman. I cuma nak habaq benda ni sebab nak ingatkan uoll je... moral of the story, takyah la dedahkan pada umum di mana kita bekerja. At least kalau kita TERtulis benda-benda merepek, TERtulis yang kita tensen kat tempat keja dsbnya.... tak de la takut sangat kena saman.

Eh ok la, lupakan tentang tu.. I nak cerita pasal kebaya biru yg dah pun berusia 6 tahun sebagaimana dalam gambar kat atas tu. Kebaya ni adalah di antara baju-baju I yang tailor tersalah jahit. So, kepada tailor2 di luar sana, sila la baca pandangan Miss Mirror ni (seorang customer yang paling cerewet kat Malaysia, tapi jgn dipandang negatif kecerewetanku ini ya sebab ia juga memberikan kebaikan sebenarnya ---> statement membela diri).

Baju itu, I suka... cutting dia semua ok, sedap saja kat badan (sebab I ada sertakan sample masa tu, kalau takde sample agaknya pun cutting lari gak, sebab auntie ni memang dalam proses belajar lagi), tapi punya la kedekutnya dia ni (dah la bayar pun mahal), bubuh la kain keras kat bahagian belahan depan tu. Ni dibiar je lembik2 macam tu, bila pakai je macam nak terbukak butang2 tu semua. Eeee tak rela. Sekali pakai je terus simpan. Tak mo pakai lagi. Tak berbaloi rasanya dengan caj yg dikenakan.

p/s : Dah 6 tahun berlalu berani la I bebel kat sini.... tailor tu pun tah kat mana tah peginya.. lost contact.

2 comments:

  1. hehehe..betul jugak tu...patutnya letak ler kain keras tu...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.