Siang tadi, bila IRP kata nak makan kat Desaru, sangkakan nak
menyedut udara tepi pantai....sib baik la tak bawak swimming suit.
Tak kisah la tu kan, walau hutan mana pun akan dibawa pergi, asalkan
insan-insan tersayang ada di sisi, kita pun happy je kan?
Sedang asyik melayan mirror di tangan (standard la tu kan...
dah nama pun Miss Mirror) sebab nak cek lilitan tudung di kepala, sambil
IRP tenang memandu di sisi tiba-tiba.....
"Eh lembaga apa plak kat depan tu??"
Suspen jap....
Vroommmm...... mari kita tengok dari dekat....
?
?
Terjakun jap... sebab baru first time nampak jambatan baru ni..
Uoll mesti pernah sampai ke sini.. I je yg tertinggal keretapi.. :'(
Subhanallah lawonya kan... serious... dalam gambo memang tak
la terserlah sangat.. tapi bila kat depan mata,
pemandangan kat tepi sungai ni memang cantik.. air sungainya
yang membiru, terasa bagai di Norway pulak...
Rasa macam nak terjun je... tapi, sib baik la ada tanda amaran kat situ
DILARANG BERHENTI..
DILARANG MEMANCING..
I suka pemandangan2 seumpama ini, tapi highway ni
tentu akan lebih cantik kalau ditanam dengan bunga-bungaan..
bukan la bunga-bungaan yg perlukan penjagaan rapi...
bukan la bunga-bungaan yg perlukan penjagaan rapi...
satu kos pulak kan nak maintain, mencantas, membaja bagai..
cukup sekadar pohon2 yg senang tumbuh untuk
menjadikan ianya kelihatan berwarna warni.. merah, hijau,
kuning kan cantik kan?
Tapi yang bestnya bila adanya highway baru ni, tak la rasa jauh sangat nak
ke Desaru lagi selepas ini... lelap2 kejap je, alih-alih dah sampai..
Ha da sampai pun..
Sebaik sampai je, kami pun makan kat area2 Bandar Penawar ni.. Takde menyinggah mana pun..
Pastu balik semula ke JB, meronda plak ke Jusco Tebrau sampai la ke petang..
Begitulah ceritanya...
Malam : Masak Tenggiri Masak Hijau, Sup bebola ikan dan cendawan dan umai ikan resepi derhaka.
(Ikan kembung direbus dan dibuang kulit, tumbuk bersama bwng putih - masukkan ke dlm mangkuk, perahkan limau nipis, hiriskan cili padi, daun limau purut, garam, hirisan bwng besar).
The expressway measures a total length of 77 km (47.8 miles). With a new crossing over the Johor River, when opened on June 10, 2011, it shortened travel time from Senai to Desaru from 2.5 hours to one hour.
excited pulak tgok nama blog ni sbb mcm kena je dgn entry baru sy ;)
ReplyDeletehaha
Owh.. hehe.. Tq.
ReplyDelete