Sunday, January 1, 2012

Cara mengendap suami yang curang....

Hahaha... lol.... :D

Di keheningan pagi
Ku tertawa seorang diri..

"Ma.. kenapa Ma ketawa?" Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan yg telah lengkap berseragam sekolah ini kehairanan nak tau. Mamanya just menggelengkan kepala tanda enggan menjawab soalan tersebut.



Sebelum tu jemput breakfast dulu puan2..... KRV versi plain (tidak layak untuk disebut sebagai red velvet cake sebab telah berlakunya banyak penderhakaan resepi sebagaimana yang I sebutkan di dalam entry sebelum ini).

Hahaha.... ketawa lagi. Kali ni reda sedikit sebab sedang menyuapkan kek ke mulut Shashal.

"Ma cakaplah kenapa Ma ketawa" Soal anak I lagi tak puas hati.


Allah menjadikan kita manusia dalam keadaan serba kekurangan dan tiap kekurangan itu pasti ada hikmah2 yg terselindung. Bayangkan kalau kita ada magic untuk mengesan dan membaca fikiran orang, bagaimanakah hidup ini sudahnya? Tentu lebih menakutkan. Let say kita hendak membeli tudung, sedang tawar menawar, penjual enggan menurunkan harga, tetiba kita dapat membaca dailog di dalam hati penjual yg berwajah skema itu :-

"Kedekutnya perempuan ni, harapkan je pakai beg LV puluhan ribu, setakat beli tudung RM15 untuk menutup auratnya pun nak tawar lagi". ----> ini sekadar contoh ya puan2, sapa yg pakai beg LV tu? Bukan I.. sah bukan I, I punya dah buruk, lama dah tersadai dalam gerobok nun di sana...:D Raya tahun ni tak tau lagi nak pakai apa... Beg rotan macam nk gi pasar tu boleh tak? :D

Berbalik kepada soalan anak I tadi, actually begini, punya la sibuknya I konon nak tolong la kawan I yg sorang ni... ala bukan tolong apa sgt pun.. sekadar nak mengintip aktiviti gelap suaminya di depan komputer. Oh salah2.. ayat tu kurang tepat, actually bukan lebih kepada nak tolong beliau sangat pun (takut I, karang ada pulak yg sangka I suka masuk campur urusan rumahtangga orang... seram), I sendiri pun curious nak tau sebenarnya (bukan nak ngendap sesiapa ye...tolong jangan salah paham... sesaja je untuk pengetahuan am... tak salah kan?). Sebab I sendiri pun pernah musykil bilamana apa yg I bualkan dengan kengkawan kat inbox, bagai ada "orang lain" yg mengetahui... tu yg I teringin nak tau gak tu.

Maka, ter"discovered" la satu blog ni dengan tajuknya cara-cara mencuri password Fb? Wah! Tengok tajuk macam dah best sesangat.... I pun apa lagi..

?

?

?

Sambil diiringi soundtrack - muzik suspen.............

Laaa... rupa-rupanya.. hahaha... blog lawak rupanya.. ini jawapan dia :

1) Pegi tanya sendiri dengan pemilik FB tersebut apakah password beliau.
2) Menuntut ilmu "cara-cara untuk membaca fikiran orang"
3) Ketika orang itu login passwordnya, cepat-cepat duduk di sebelahnya dan hafalkan password yang ditaipnya.

Ada beberapa lagi senarai yg disebutkan hingga membuat I ketawa sensorang.. tapi tak kan semua I nak C&P kat sini plak kan...

Hmmmmmmm.......So, I pun mengambil keputusan untuk menghentikan saja niat untuk membantu kawan I tadi. Begitulah ceritanya.


Nota : Buat kawan I tu : "Time ko nampak hubby ko tu tgh on line... cepat2 ko tutup suiz besar, pastu ko konon2 menjerit...."Alamak blackout la bang!". Pastu.... ko cepat2 suruh dia tido. Bila dia dah tido, ko on kan balik PC dia tu... nanti kan keluar "Last browsing history bla bla bla..." ha pandai2 la ko godeh2... maka akan terungkai la.........................jeng jeng jeng. (AMARAN : Segala kecelakaan yg bakal berlaku adalah di bawah tanggungjawab sendiri, Miss Mirror tiada kena mengena). Ta daaa....... see u again!!!

6 comments:

  1. MM, ahaha tajuk sangat menarik minat, buleh kesan password fb tu, sekali hohoho

    ReplyDelete
  2. HANY - mmg ada cara pun Hany... tp I malas plak nk mendalaminya lg, sbb takde apa2 kepentingan lg buat masa ni. Tunggu la klu CSI nak ambik I keja. :D

    ReplyDelete
  3. hahaha...adeh..ingtkan betul2 tadi nak gtau tips2 nya..hihi

    ReplyDelete
  4. Ada org ngendap lembu mandi.
    Ada pulak spesis mengendap suami sendiri..

    Dunia ni semakin aneh

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.