Saturday, June 11, 2011

Ingin dicerai kerana berkulit gelap







Just on time - itu je yg dapat dikatakan bila terbaca satu luahan masalah seorang isteri di satu page ni, sebab pagi tadi my MIL baru je bagi petua tradisional untuk melulur badan . Ingatkan nak share dgn uoll dari siang tadi tetiba tadi sibuk sangat nak share resepi lobster. Last2 hilang plak kertas draft tu... tapi memory I still ingat lagi apa yg MIL perkatakan masa di meja makan tadi :



Beras yg direndam semalaman
7 biji mata kunyit
pucuk jambu batu
daun betik


Tumbuk lumat - lulurkan pada badan.


Oh ya... uoll nak tau tak apa masalah isteri tersebut? Si isteri berkulit hitam berkawin dgn suami berkulit putih, mulanya atas restu ibu mertua tapi selepas berkahwin, bahana terhasut dgn org2 sekeliling yg mengatakan mereka tidak sepadan, si ibu mertua meminta si suami tadi menceraikan isterinya.



Hari ini I bukan nak ulas tentang kezaliman sikap atau sebagainya, tetapi lebih kepada ingin memberikan solution2 untuk membantu wanita tadi yg dikatakan "gelap". Oh dulu I pun pernah berkulit agak gelap ketika di kampus (yey!!! nampaknya I dapat merealisasikan impian Datin Z untuk melihat I menulis tetang nostalgia zaman kampus - harap beliau terbaca entry ini dan berpuas hati).



Ya, zaman itu you all bayangkan la dengan panas terik cuaca di perbukitan tersebut, I yg mulanya tak la segelap mana (walaupun tidak 100% mewarisi kulit ayah I yg cerah - En. Matsomherbs yg berkulit cerah tu...sebab ikut kulit ayah la tu).


Oh sambung, I yg mulanya cerah ketika di kampung, pastu dah belajar kat situ, ulang alik kuliah dengan malasnya nak bawak payung, nak bersun block bagai.... ya Allah terus la gelap kulit I ni... dah la gelap... kilat plak tu... tu yg first semester takde pun yg nak ngorat I... pakwe pun lariiii......... :'( huahuahuaa......




Semester akhir I dah pandai la nak melawa2... macam2 la krim I tepek kat muka. Kebetulan plak dapat room mate pun sangat la bergaya orangnya, Kak F nama dia... macam2 kami buat untuk menjaga kulit. Ada satu hari tu, kami beli apa tau... hahahaa.... entah dapat info dari mana.. konon makan petai biar kulit jadi cantik.. pastu kami pun beli la kan sepapan bubuh dlm bilik... meraum la bau dia.  Dah la terpaksa bertahan dgn bau dia yg annoying tu...arakian tetiba........ ter"berry2"  kami 3 hari 3 mlm.. terpaksa jadi penunggu "rumah kecik" gara2 ketaksuban memakan petai mentah. Sejak tu kami terus blacklistkan petai sampai la sekarang.



Untuk masker plak ketika itu I agak taksub dengan masker bengkoang jenama Mustika Ratu. Memang ada la kesan tu.. cerah la sedikit dpd biasa kununnya. Pastu kengkadang kami kirim lulur kulit rambai dari kengkawan yg balik Kelantan... sebab kat sana jauh lebih murah RM5 je ketika itu - biasa la kan, budak belum kerja lagi.. harapkan duit biasiswa and "FAMA" je.. mana nak melaram sakan.



Begitulah ceritanya ketika zaman2 gedik I yg terpaksa berada di bawah terik matahari. Bila dah kerja takde la gelap sangat sebab pegi pagi balik petang kan.. masalah kulit pun dah mengurang.



Untuk isteri malang tersebut, banyak2kan la bersabar menghadapi ujian ini. Sekarang ni macam2 krim kat pasaran.. tinggal pilih je mana yg sesuai - cuma pastikan ianya bebas dari hidro quinon.



Pada I la kan... cerah ke gelap ke, itu bukan soalnya... tapi yg penting, keserian wajah. Kulit kalau cerah bak kertas sekalipun kalau berminyak2 macam orang minyak.. pun takde makna. Ain selalu bergurau dengan I.. "Mama ni les*** ke?" Bila setiap kali I memuji kecantikan gadis2 negro yg lalu lalang di shopping complex dengan kulit mereka yg gelap tapi mulus dengan style mereka yg tersendiri.



Pokok pangkalnya kepada suami tersebut "nak yg sakit di mata, cantik di hati ke atau cantik di mata sakit di hati".



6 comments:

  1. suka dgn entry MM yang ini...
    terbaiklah..

    dan kesian kat si isteri tu... mmg kan.. kaum kita nie mmg kena pandai jaga badan dan kecantikan.. lelaki nie lain pesen sikit bila dah lama dgn kita.. paham2 jerlah

    ReplyDelete
  2. AYU - mekasih...

    Tapi utk makluman Ayu dlm kes ni dia kawin blom sampai setahun pun.. bahana ibu mertua mereka terpaksa perlu berpisah.

    ReplyDelete
  3. Eee..setuju sgt kita xpatut anggap yg gelap tu xcun sbb memasing ada kecantikkan tersendiri..if dah tau bkn taste nape setuju nk kawin dr awal...sian wanita itu

    ReplyDelete
  4. LIP - itu la yg musykilnya tu.. napa MIL org tu suruh mereka kawin.. heran kan?

    ReplyDelete
  5. betol MM, nak sakit di mata ker sakit di hati kan...huhu walaupun sakit dimata tapi hati tak sakit, lama lama mata pun xsakit la sebab hati mengatasi segalanya...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.