Saturday, July 30, 2011

Bila seorang ayah, anak daranya pulang..

Bila seorang ayah, anak daranya pulang
Bergegas balik belum pun petang

Bila seorang ayah, anak daranya pulang
Peti ais penuh bukan kepalang

Bila seorang ayah, anak daranya pulang
Bini bukan lagi teman menyembang
(nak bercakap kena main cop cop.. ikut giliran ... "You... mama nak cakap ni!! Pasni Ain plak cakap.. pastu Qistina... pastu Shashal" :D )

Bila seorang ibu, anak daranya pulang??
Rujuk gambar untuk cerita selanjutnya...

NOTA : Anak dara I, Ain pulang bermalam hingga isnin ini untuk menyambut ramadhan bersama-sama. Anak korang dah balik?


puding kegemaran si Ain, thanks Ummu Adriana
atas resepi kuah ni... I punya resepi complicated sikit..
nak kena asing2 putih telur bagai.. ah malas..
Utk resepi dari UA ni.. bhn2 kuah hanyalah :

SUSU CAIR + AIR + TEPUNG CASTARD + GULA
(I tambahkan esen vanilla dan secubit garam)

Utk puding pula : 5 cwn tepung castard, 1/2 cwn tepung jagung,
5 cawan air + mentega 2 sudu + sedikit susu cair (agak2), gula ikut suka

Masak atas api perlahan... kacau2 dalam 20 minit hingga
bunyi blurrb!! Tuang dlm acuan (I prefer guna loyang.. kalau
nak guna tupperware pun make sure yg jenis berkualiti ya.. bukan
apa, ini utk kesihatan anda juga).


Gulai lemak sotong belimbing buluh - ini bukan
menu arini tp antara menu2 semalam...
terkecewa hatiku.. terkempunan anak I nak makan
sotong gara-gara keja si semut durjana itu!!
Last2 kami keluar makan di nandos..



tak pernah2nya nak beli daun limau purut,
beli pulak kali ni.. ni mesti nak suruh
masakkan tomyam kegemaran si Ain


Ini antara stok2 yg dibeli, lain2 lupa nak snap..




Belajar bersungguh-sungguh! Jgn nak ber "se me es" je..

Ok la.. nak sambung lagi kerja-kerja memasak, ada beberapa menu yg masih menunggu untuk disiapkan..

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.