Tak tau la sama ada soalan ini sesuai atau tak untuk bacaan orang-orang yang dah kawin, kalau rasa tak sesuai sila abaikan saja... dan sebagai menjaga hati pasangan anda, soalan ini hanya dibuka kepada yg masih bujang saja. Ngeh ngeh..ngeh... Kalau yg dah kawin, anggap tu semua dah jodoh kan, dah tak boleh nak u-turn2 lagi..
Soalannya... Kenapa dan mengapa ada sesetengah orang suka main pendam2 perasaan? (kalau pompuan logik ler... kot malu ke, takut bertepuk sebelah tangan, dikata syok sendiri ke).
"Wanita sebenarnya... akan sanggup menyembunyikan rasa cintanya bertahun lamanya. TAPI satu je yg dia tak bleh pendam, wanita tidak mampu untuk menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat..."
Kalau lelaki apa alasannya pula ya? Mengapa tidak meluahkan cinta secara telus kepada orang yg anda minati?
Mengapa main pendam-pendam rasa pulak. Mengapa bersikap terlalu pasrah.. hingga akhirnya membiarkan orang yg anda minati tidak tahu pun yg anda sukakannya sampai dah berkurun, memasing dah bahagia, then baru nak bagitau??!! Masa tu pasti dah terlewat dan menimbulkan ralat... Adakah sebenarnya anda terkurang cinta? Bak kata orang, kalau dah cinta, lautan api pun sanggup direnangi... apatah lagi sekadar membuat satu pengakuan jujur... Just say "aku sukakan kau...". Payah sangat ke?. Ha??. Heeee.....
Yulk... geli pulak aku menyebut ayat2 ni... jiwang karat. Sendiri tulis.. sendiri geli nak baca. Hahaha.. lol.
PENAFIAN : Entry ini I tulis secara umum ya dan tidak ditujukan kpd sesiapa pun, karang ada plak orang ketuk kepala I kang sebab tadi kawan I baru je bincangkan hal pendam2 perasaan ni kat thread... ala kebetulan je tu dik non, I sebenarnya dah lama nk buat entry pasal ni..sejak terbaca luahan isteri dilema sebagaimana berikut :-
"Saya seorang isteri, anak 2... baru-baru ini bekas teman sekelas saya tetiba meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat mengkawini saya, saya pula tidak pernah menduga bahawa selama di sekolah, dia rupa-rupanya menyimpan perasaan terhadap saya, bla bla bla.....". Kisah benar di sebuah page popular.
So, you all guys, kalau dah suka kat orang, and the girl still single and available... jangan main pendam2 ya dik...parah jadinya nanti... kalau takut nak luahkan, meh sini Kak Mirror yg tolong pinangkan, terus kawin je abih crita, maka akan menangis la syaitan2 itu jika terbinanya sebuah "mesjid".
Ooo tak mo? Terkurang cinta la tu namanya.... Ok la... meh tengok plak apa lagi yg ada dlm kamera I hari ni? Upload jap......
Qistina beli apam dot-dot ni di sekolah tadi (RM1 - bermakna 1 bijik 20 sen).
menu pembuka selera untuk malam ini...
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.