Thursday, August 11, 2011

Adakah niat utama anda berblog telah menemui sasaran?


I rasa niat utama I berblog selama ni telah menemui sasarannya... alhamdulillah.

Bukan untuk bercerita tentang income (walaupun hari ini I rasa terharu dgn Nuffnang atas kepercayaan "baru"nya)... thanks Uncle Nuff dan thanks Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine). Tetapi sasaran yg I maksudkan ialah.....




1) Sepanjang beberapa tahun berblog, blog ini telah berjaya menjejak beberapa orang teman lama dan guru. Alhamdulillah. Terbaru ni ialah si Sam B3. Hai Sam!!! (Selamat menggeledah blog aku ni ya kalau nak tengok gambar kengkawan kita).

2) Menjadi rujukan di saat-saat memerlukan (ketika I nak memasak). Jgn tak tau, walaupun resepi sendiri, kengkadang pun bleh lupa. Mujur ada menuliskannya di sini... tak kuasa I nak bawak buku resepi berbondong2 cthnya kalau nak balik kg hanya semata-mata nak masak sambal.

3) Malah kalau nak kirim kuih di bazaar pun I rujuk pada blog...

"Yang.... kuih yg I cakap tu lokasi dia kat tepi mesjid bla bla bla..." I cakap.
"Tepi mesjid sebelah mana?" IRP kemusykil2an..
"Ala... hmm.. ok la I tengok kt blog jap".

4) Niat - niat lain ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman... mudah2an Allah memberkati.

5) Menjadi tempat untuk "lari" kalau dah bosan sgt dgn FB.

6) Menjadi port untuk "mencuci gambar2" yg dah memenuhkan camera.

Itu je nak cerita arini... korang pulak mcm mana? Adakah niat utama anda berblog telah menemui sasarannya? Adakah telah menemui jodoh? Adakah sudah semakin pandai memasak? Adakah telah menjadi sefamous Hanis Zalikha? Sekaya Red Mummy? Atau spt Cik Epal yg income RM5 k sebulan hanya dgn berblog? Kongsi2 la cerita ya... I tgh bosan ni.

p/s : Tergoda I dgn set cawan kat atas tu.... ada sapa2 nak hadiahkan? Cik Epal tak nak ke hadiahkan I... ;P


4 comments:

  1. p0int n0.5 tu,.hihi..mmg ssaran utma bt bl0g neh,.da nek busan da tgk fb je^-^

    ReplyDelete
  2. @DAKTECHIC - at least ada gak tempat nak "lari" kan? ;D

    ReplyDelete
  3. no 4 & 5 tu sasaran utama win jugak.hehe.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...