Thursday, August 11, 2011

Jika si dia tetiba sepi tanpa berita ~ entry utk adik-adik cumil

Lama dah I tak buat entry khas untuk "adik2 cumil". Siapakah "adik2 cumil" yg I maksudkan tu?? Memandai je Miss Mirror ni tau nak buat gelaran sesuka ati! Entah-entah sekarang adik-adik cumil pun dah tak sudi menyinggah blog kita lagi, dah terjangkit dengan si Cumil Comei... yg sibuk memanjang tu. Sib baik la ada mama-mama jelita yg masih sudi singgah lagi ke sini menemani hari-hariku... mekasih puan-puan. 



 
"Adik-adik cumil" jika didefinisikan mengikut kamus jawa ialah Teman-teman blogger yang belum berkahwin, yg masih remaja... yg tgh cute-cutenya, yg makan garam kurang sekilo dari I (kalau I dah makan garam 30 kilo, dia baru makan dlm 10 kilo gitu lerrr..).... dan yg pasti mereka itu pakai apa pun berseri-seri.. ya la kan.. tgh cumil2nya kan.. pakai shawl RM5 pun still vouge de vass.   
 
Wahai adik2 cumil.... pernahkah you rasa sedih sangat sebab tetiba si dia menjauhkan diri tanpa khabar berita? Tulis surat 3 pucuk dibalas sepucuk, hantar sms 10 perkataan, dia balas 3... kadang tak balas langsung. Dari sehari ke sehari you rasa frussssst sgt... sambil membayangkan yg buruk2... merasakan dia dah ada orang lain.

Tapi kan Dik... memandangkan Kak Mirror ni kan dah lama makan garam, jadi berdasarkan pengamatan dan kajian yg tak berapa jitu dari pengalaman kengkawan yg pernah mengalami pengalaman serupa , dibuat kesimpulan di sini bahawasanya tak semestinya si dia "yg membisu" atau pun "menghilangkan diri" itu bermakna mereka dah tak sayang lagi atau ibarat si Tenggang lupakan kekasih lama sebab nak kawin dgn puteri raja. (cuba bayangkan filem lama lakonan Seniwati Sarimah dan Jins Shamsuddin itu... sungguh sedih dan pilu kekasihnya ditinggalkan). 


Ada kemungkinan si dia membisu  berakibat dari permasalahan berikut :-

1) Keputusan periksa tidak membanggakan. SPM hancussss pangkat 3.. pastu kepala buntu macam-macam nak fikir. Terpaksa korbankan perasaan cinta. Dalam hati "Nasib kau la awek aku... tiada jodoh antara kita, biarlah aku pergi membawa kelukaan hati".

Ataupun mungkin jika dah bekerja, ada masalah di tempat kerja... tak boleh nak fokus pada awek.

2) Rasa rendah diri sebab apa yg dicita-citakan tak tercapai. Nak makan sendiri pun tak lepas, apa lagi nak ada awek... Tapi dalam hati terus berkata-kata :
"Nanti aku dah senang, aku pinang la dia. Ko tengok la nanti.. aku datang dgn Ferrari". 




Baiklah adik-adik, memang sungguh pelik dgn perangai laki-laki. Walaupun begitu, kisah ini mungkin kisah terpencil... Jgn pulak nanti you menunggu buah tak gugur, rupa2nya memang dia dah ada awek lain secantik Puput Melati (eh lawo fesyen hoodie yg dia pakai)... kalau ada jejaka lain yg pinang, you terima je la.. nasib la dia kan... sapa suruh main sorok-sorok, rendah diri la konon kan ... apa la... sudahnya menggigit jari.
Dari menggigit jari baik kita makan mee kari ni u ollss!! Ni kes menyambung makan... tak abis time berbuka tadi.

6 comments:

  1. Oh so kte ni si comel la eh? Hehe ;)

    Mmg pon, mostly boboi kecewa dgn dri sndri sbb tu dia pg.

    *mrendah dri btol boboi ni*

    ReplyDelete
  2. Ha mmg cumil pun.. berseri2 gitu walau tanpa make up Dik..

    ReplyDelete
  3. kesimpulannyer.. kecik2 ngan belajo lagi jangan sibuk nak frust bercinta... hidup tu panjang lagi.. buang mase n air mate kalau dah frust masa mude2 remaja..:)

    ReplyDelete
  4. Kan Aty kan... buang masa je tau frust2 ni. Baik kita wat2 happy.

    ReplyDelete
  5. haha ! betol2.. baek mkn mee kari.. lg sedapp !

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...