Wednesday, August 10, 2011

Malam Sahur Yang Kalut

Selalu sangat termiss segmen "WORDLESS WEDNESDAY" a.k.a "Hari Rabu Tanpa Kata-kata" sebab I asyik terlupa hari...

Kerana sikap "suka terlupa hari" tu pernah I tersalah pakaikan baju si Shashal, sepatutnya pakai baju senam I pakaikan uniform....haha... balik sekolah je mencuka budak tu. Sorry dik sayang.. lain kali Mama tengok kalendar ye.

But today I ingat... hari rabu kan? Tapi I tak boleh la join entry wordless2 nih... sebabnya I ada benda yg I nak bebel hari ni.



sib baik la ada cheesetart




sib baik ada lebihan kerang sambal masa berbuka..
(kerang ni si Shashal yg request... ala beli kat Bazaar je
bukan masak sendiri pun)


Apa yg sib baik2 ni? Aduhaiii.. tadi time I sedap-sedap masak sup ayam dan menggoreng ayam beberapa ketul... tetiba gas habis. Dah la ayam sup dlm periuk tu baru setengah masak. Tapi sib baik ayam yg I goreng dlm kuali dah boleh angkat dah. Tapi biasa la... mananya diorang suka makan makanan tak berkuah.

Selalunya kalau time2 kalut macam ni I akan menyambung kerja-kerja memasak guna rice cooker, tapi ni rice cooker pun dah rosak sejak minggu lepas lagi. Adeh deh deh... memang tak best. I cuba2 jugak masukkan dalam oven...tapi masih dalam keadaan was-was sebab oven ya bukan microwave, microwave I dah lama rosak. I pun tak pasti... boleh ke masak sup dlm oven?

Pastu tengok jam dah pun dekat2 pukul 5... ah.... tak boleh jadi ni... maka kami pun makan je la apa yg ada untuk sahur ni... (spt gambar di atas dan ayam goreng 3 ketul tadi). Gitu la ceritanya....

Moral of de story... jangan lupa beli 2 tong gas. Baru terbaca member FB semalam membebel... beliau duduk kat tingkat 5, tgh giliran memasak untuk berbuka, (biasa la anak dara duduk menyewa reramai kan... ada giliran2) pastu tengah sibuk memasak gas plak abis, calling2 "orang gas", si "orang gas" tu tak nak antar plak sebab tinggi na dia duduk atas pencakar langit. Laaa gitu plak.

Ok la... dah pukul 6 lebih plak... nak mandikan bebudak gi sekolah.



2 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...