Tuesday, August 9, 2011

Nak cari mood menggubah bunga...

Dah 9 hari rupa-rupanya kita berpuasa... patut la si Teh bukan nama sebenar tu dah siap mengecat rumah. I buat masa ni masih belum keluar mood mendeco-deco. Haihhh si Eric you tak nak ke tolong deco-decokan rumah I ni???

Tapi tadi... sempat la serf internet membaca maklumat tentang mendeco bunga dan ini yg I temui di blog ini.

Warna Bunga dan pengaruhnya ke atas kita :-

Warna merah ~ Meningkatkan detik jantung serta jalannya pernafasan, menghangatkan suasana rumah dan tubuh badan.

Warna kuning ~ merupakan sumber tenaga sehingga mampu menstimasi ingatan serta meningkatkan semangat anda sekeluarga.

Hijau dan ungu ~ merupakan warna keseimbangan, ketenangan dan membantu mengurangkan rasa depress.

Biru ~ merupakan memiliki efek meningkatkan refleksi serta meredakan stres.

Oren ~ Untuk memberi semangat dan meredakan rasa lelah.

Warna pink ~ juga memberikan ketenangan dan membebaskan anda dari rasa marah.

Warna putih ~ merupakan lambang kesucian tetapi juga memberikan ketenangan dalam hati anda.



pix sumber dr : sini

Lawa kan bunga origami ni? Pandai buat origami? Buatkan I..

bunga raya

Oleh kerana raya kali ni seiring dengan sambutan kemerdekaan, apa kata kita hiasi rumah kita dengan bunga kebangsaan kita, bunga raya ni? Then selangseli la sikit2 bendera Malaysia di celah-celah gubahan tu. (Nanti nak cari bendera kecik kat supermarket). Kebetulan plak I ada beli bunga raya ni masa kunjungan ke Aussie tahun lepas... nak kata menyesal beli tak la jugak (tapi semalam tersalah beli tudung I rasa sgt menyesal) sebab tak mahal mana pun bunga ni, tau je la kan Fremantle Market tu barang2 pun harga dia kan berpatutan.. cuma bila dah sampai rumah tu kan.. I mcm buntu, cemana nak hias. Then I bubuh je kat keliling frame gambar. Tapi tadi.. bila I longgokkan ke atas sebouquet bunga-bunga "moden", eh... lawa tau! Cehhh Miss Mirror masuk bakul plak kan... sebenarnya niat I nak puji bunga kebangsaan kita tu... hee jgn la salah faham. Gambo? Tak nak upload... sebab blom siap lagi.


p/s : Patutnya ni dah boleh start membasuh bunga-bunga lama.

2 comments:

  1. cantik bunga origami tu, suka tengok.dah la kaler pink.tapi tak reti buat..
    *cantik rumah miss mirror, banyak bunga dah :)

    ReplyDelete
  2. Win - I pun tak pandai buat origami. Rumah I tak la byk bunga... kalau dah bosan sgt kdg I suka simpan kt store, bila dtg mood baru keluarkan balik ;D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.