Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Sapa kata raya dah habis?.

Haiii...... I dah kat kampung ni... Selamat Tinggal Bandarayaku yg telah kehilangan kemeriahan rayanya... (cehhh nak salahkan bandaraya pulak, dah dia yg tak nak pegi beraya, terperuk je kat rumah, mana la nk rasa kemeriahan raya... cemana la Miss Mirror ni kan..).

Petang tadi, sebaik sampai je rumah MIL, I pun menyibuk buat pizza, kebetulan MIL tengah tak sihat...



Ni keadaannya sebelum bubuh cheese & sebelum dibakar.
Sampai putih-putih tray tu I griss dgn butter... :D
Sib baik Mil kata sedap... hehe.. apa taknya
makan ketika tgh panas2..

Tak kisah la apa pun yg I masak, janji I ada aktiviti yg I lakukan, I akan rasa ceria walau di mana pun I berada.

Nak cerita sikit aktiviti semalam sepanjang Ain "pulang bermalam" (istilah bagi budak yg tinggal di asrama yg pulang ke rumah ibu bapa masing-masing)


Menemani Ain membeli barang-barang keperluan sekolahnya, terpandang pula T.Square ni... membuat I teringat teman-teman lama semasa zaman persekolahan. Yatie TIJB - aku pasti kau dah lama tak menjenguk blog aku ni sebab kau sibuk beraya kan? Wahhh....


Macam biasa, bila si Ain balik, aktiviti wajib kami ialah membawanya makan kat luar. Lunch tadi kami makan di Restoran Remaja, UDA.




Shark Fin kat sini ni sedap.....I rasa... kali terakhir I makan Shark Fin di restoran ni ialah semasa Shashal dalam ari... punya la lama kan I tak berkunjung ke restoran ni? Tak sangka pulak kat sini ada jual cendol yg sebijik rasa macam cendol Jalan Penggaram (gambar cendol malas nk upload sbb dah byk sgt dah gambar cendol kat blog ni... nanti orang ingat I antu cendol plak).



Siakap stim dia pun sedap... secukup rasa.


P/S : Memang pun raya belum habis.... 25hb ni si Sam Taring jemput kami makan2 kat rumahnya... Sapa ek nak temankan I gi Seremban tu? IRP usah ditanya... sebab darlingku itu sgt sibuk.

Thursday, September 15, 2011

Terlalu berblog sangat buat orang tak rindu kita

Rasa hari ni macam tak nak tulis apa-apa kat blog...... tapi bila dah onkan netbook ni, tetiba tangan ni macam gatal-gatal je nak menaip.

Terlalu berblog sangat pun nanti orang dah tak rindukan kita lagi, orang dah tak tepon-tepon kita sangat sebab semuanya mereka dah baca kat blog... (jgn percaya sgt...... ini sekadar teori reka-reka ala syok sendiri).

Ok lahhh...... nak cerita apa yg telah berlaku malam tadi.

Rumah pertama yg kami beraya, (setelah 2 minggu balik ke JB) ialah rumah seorang kenalan yg telah banyak berjasa kepada kami, kakak ni pun macam I, dia kata...

"Akak tahun ni tak buat kuih langsung!!! Serious!!!! Buat pun nanti takde orang makan"

Lorrr kak... kalau bukan kuih... yg atas tu apa???

"Kuih yg mcm tu je la yg akak hidang raya tahun ni... biskut2 yg ada ni semua emak akak yg bagi"

Ooo gitu!!! E'eh... jgn tiru... jgn tiru mcm kami.... pleaseee....nanti anak cucu kita tak kenal lagi apa itu kuih semperit, kuih tart pulaksss!!! Tapi yg penting......TAK KETUPAT HILANG DI DUNIA!!! Please please.... jgn kuburkan ketupat dari tradisi kita sampai bila-bila kay! Harap-harap guru-guru pendidikan seni di sekolah mengajar anak-anak murid mereka menganyam ketupat sebagaimana guru-guru kami dulu pernah lakukan pada kami. Terima kasih Cikgu... I LOVE YOU!!!

p/s : Tapi saya hanya pandai buat ketupat satay je... :( (sigh)

Monday, September 12, 2011

Resepi rendang ayam untuk raya

Resepi rendang ayam 


Sebagaimana dalam entry ini yg ku kata sibuk na nak masak ketupat dan rendang... maka seharian ni kami makan je la menu-menu ni sampai kenyang. Baru la rasa beraya! Walaupun makan hanya bertiga...( jap lagi berempat kalau ayah mereka balik).



Ini untuk Shashal...
(Tengok tu ketupat masih panas lg dah terpaksa dipotong... bentuk
pun tak cun lg sebab masih lembik.. ni gara2 Shashal
dah balik dari sekolah, ketupat baru keluar dari periuk)




Ini untuk Mama Shashal...
(Qistina belum pulang dari sekolah ketika gambar-gambar ni diambil)

I tak pasti la sama ada rendang yg kumasak ni dalam kategori sedap atau pun tak. Bila dah dicampur2 dgn lodeh and sambal kacang tu memang la tak nampak kekurangannya... memang sedap je la kan, anak2 pun kata sedap je... biasa la bebudak, masakan ibunya la yg paling sedap di dunia walaupun sekadar nasi berlaukkan kicap.

Actually cuma musykil kenapa resepi rendang ni tak guna bawang putih?? Takut rambut cepat beruban ke apa? Maka biarlah kutuliskan resepi ini sbg Resepi Rendang Ayam Tanpa Bawang Putih..

RESEPI RENDANG AYAM TANPA BAWANG PUTIH

1/2 kilo ayam (korang ingat aku nak main timbang2... takde mananya.. semua main agak2)
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (jgn besar sgt)
2 batang serai - potong bulat
4 btg cili kering - buang biji dan rendam
Santan (ambik 3/4 dari sekotak santan segera)
Asam keping dalam 1/2 bulatan
Kerisik - segenggam
Daun kunyit

(kesemua bahan di atas (kecuali ayam, asam keping dan daun kunyit) diblend - ketepikan)

Cara

1) Basuh ayam bersih-bersih, toskan.. lumur dgn kunyit dan garam. (suka ati kalau nk perap dulu boleh.. tak perap pun ok). Then goreng separuh masak... sampai mcm kuning2 sikit.
2) Dlm kuali berasingan, masukkan bhn2 yg diblend tadi.
3) Masukkan santan, garam... gaul2 sebati.
4) Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
5) Masukkan daun kunyit yg disiat-siat sesuka ati
6) Masukkan kerisik, masukkan asam keping, gaul-gaul
7) Bila dah agak kering, masukkan gula...
8) Biar agak lama hingga ayam masak... make sure jgn sampai hangus dgn selalu mengkaup balikkannya.
9) Suka hati anda sama ada untuk memilih ianya dlm keadaan berkuah ataupun jenis kering2. Jika ingin kering2... tunggu sedikit masa lagi.


Boleh jadi ia tidak berguna buat kita tapi...

Orang lain dah reda.... kita pulak arini sibuk nak main masak-masak aidilfitri.. biar ler kan, raya kan sebulan. So, arini I ingat nak masak ketupat, lemang, sambal kacang, rendang ayam dan lodeh.

Sementara menunggu bahan-bahan tu "merebuskan" dirinya... 4 jam untuk ketupat dan 45 minit untuk lemang... yg semuanya segera2 semata ~ sapa je yg rajin nak cari daun kelapa kat JB ni.. hmmmm tak kuasa!... so I pun mengupdate la blog sambil ingin menjadikan blog ini "tempat buangan" ~ membuang photo2 yg I malas nak cuci.

Semalam I mencuci sebanyak 38 keping gambar shj di Kodak. Kalau ikutkan ada 1000 keping dlm camera tu.. punya la lama kan I perap2 gambar? Dasyat!!! 1000 keping kalau darab dgn 40 sen? Pastu nak tunggu lagi berejam. Then I sorting out la mana2 yg blur dan takde kena mengena dgn kehidupan tu I delete je... termasuk la gambar-gambar kat bawah ni.


Gambo berkurun.. time
window shopping di Aussie
Time ni tgh sale besar-besaran di Harbour Shopping Complex
bersempena Christmas

Dan... I pun tak tau apa motifnya I snap gambo ni..
walhal I tak beli.



Ini buku yg Qistina baru beli semalam... dan semua gambar-gambar
kat bawah ni gambar terbaru - sebagai penceritaan kepada "main
masak-masak aidil fitri"


ni time blom rebus lagi... sbb tu blom bubuh air byk2...
(Tgh rendam "manja2" sebab kunun2 sambil2 nak membasuh beras dia tu)

ni pun time rendam "manja2"


Ini pun sama... gambar yg ngengada ku snap
tanpa arah tujuan - juga di Aussie

Kalau blog menjadi "tempat pembuangan" macam ni ada ke orang sudi singgah? lol.... Kau Miss Mirror sesuka je tau! Hanis Zalikha punya la lawo-lawo gambo yg dibubuhnya (sementelaah dia pun memang lawo) sebab tu blognya berjaya.

Hmmm takpe la... kalau semua sama je dah tak bervarisi pulak dunia blog ni kan. Biar kita bina identiti kita yg tersendiri... walaupun cam pelik penggayaan entry kita dah sebagainya....tapi orang tau itu la identiti kita dan bukan hasil ciplak.

Yang penting.... biar kita berpada-pada dalam penulisan. Membiar diri bercerita yg indah-indah dan kebahagiaan pun adakala membuat orang tak senang hati (orang yg berjiwa kotor macam tu lah) - ini sekadar contoh sahaja ya... dan mungkin mengancam diri kita sendiri. Oh ya terbaca tadi blogger2 menulis tentang seorang gadis disihir guna gambar di FB. No comment la tu kan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yg tersembunyi. Moga kita semua tidak tergolong dalam lingkungan manusia yg menganiaya orang lain. Sesungguhnya siksaan Allah amatlah pedih dan tidak terperi sakitnya bagi orang-orang yg berdosa. Insaf-insaflah.


nota : Tapi mungkin gambo2 ni macam tak berguna buat kita, tapi mungkin berguna untuk orang lain (dpt dermakan kat Pakcik Google pun kira ok apa) asalkan bukan gambar-gambar kelucahan melampau

Tuesday, September 6, 2011

Bijak dan tak bijak yg pernah kuperbuat untuk raya kali ini

Dah seminggu dah rupanya kita menyambut raya... maka Miss Mirror pun ingin muhasabah diri, ~ apa yg bijak dan tak bijak sepanjang raya 2011 ni yg telah aku perbuat :-

Nak senaraikan yg tak bijak dulu.... ngee.... ;)

1) Aku rasa... better next year beli je la selai baju ya Puan Sam a.k.a Miss Mirror. Yang aku ni beli sampai 3, 4 helai pun takde maknanya... bukan beraya ke mana sangat pun sudahnya. Ada selai lagi baju tu, sampai sekarang tak terusik lagi.

2) Aku tak tau la sama ada ini perasaan aku je ke atau apa.... dalam handbag aku ni ni kan....sebenarnya ada bermacam-macam alat make up.... dari toner, krim siang, maskara, pelentik bulu mata yg karen tu, blusher mahupun apa saja yg retis2 tu pakai... tapi ko nak tau... sudahnya bila raya menjelang, aku bukan pakai pun (kecuali lipstik and bedak tu wajib le kan)... perasaan aku macam berkata-kata, makin ku make up makin tak berseri je rasa muka aku ni (bukan nak perasan yg aku ni natural beauty... sbb kalau aku tak make up langsung dah cam mayat gak muka aku ni.. cuma tu la.. lately ni aku rasa macam tak selesa nak make up... nak kata pembawak budak, aku tak pregnant la pulak). Entah la kenapa aku jadi macam ni...hahaha. Mungkin nak suruh aku jadi kaya kot... berjimat cermat.


Make up remover ni tak terpakai sudahnya sebab
takde benda yg nk diremovekan dari muka aku... hehe
eh muka plak.. ni untuk MATA shj ya..

3) Lain kali kalau nak beli baju raya anak-anak, beli awal-awal.... jgn mcm aritu.... takde keselesaan langsung bersesak2, sudahnya beli pun pakai capai-capai je... menawar pun tidak, padahal banyak lagi baju2 yg jauh lebih cantik dgn harga yg jauh lebih berpatutan di luar sana.

4) Sampai ke arini tak berkesempatan lagi utk puasa 6..... memang kurang bijak.

5) Tahun depan pun aku tak nak beli kain samping untuk laki aku..... tahun ni punya la lawa aku beli, dia pakai tak sampai pun setengah jam (untuk ke surau solat raya) pastu balik terus gantung tukar dgn jeans.. blom pun sempat bergambar. Sayangku IRP... sampai ati kau laling.



sekadar gambar hiasan - ni semua anak sedara I..
yg I temui di pagi raya pertama

Yang bijak.....( dengan bangganya ingin menulis apakah perkara bijak yg telah aku lakukan untuk raya kali ni).

1) Kan aku cakap itu ari, kuih raya aku cuma 2 jenis je tahun ni.... ha bijak la tu, rumah aku ni bukan ramai pun orang datang... duduk kat kawasan "1 Malaysia" ni kan... mana ada marhaban2 macam kat rumah korang.. Tapi kan... tetiba aritu kuih aku ni bertambah jadi berjenis-jenis sudahnya... di penghujung ramadhan tak semena2 tetiba jiran-jiran aku ni bagi (diorang ni gaknya baca blog aku la... kot2 simpati bila aku cakap kuih aku cuma 2 jenis... lol). Pastu adik aku bagi jeruk Penang plak... sedapnyaa, then MIL bagi 2 bungkus kerepek-kerepak, tu pun sib baik bila MIL offerkan dodol, aku cakap tak nak sebab aku bukan pemakan dodol yg tegar... kalau tak.. jenuh gak nak mikir sapa yg nak tolong aku abiskan kuih2 ni semua.


2) Peti ais aku pun sangat bijak tahun ni.... dulu2 peti ais aku pernah tak jadi bijak sebab time aku tinggalkan balik kampung ... blackout... habis semua ayam itik yg ada kat dalam tu. Itu satu hal la... tang bau dia yg susah nk hilang tu.. memang makan ari nak ilangkan. Dan lebih bijak lagi sebab lauk pauk pun kami dah clearkan sebelum balik kampung aritu.

3) Aku tak beli kasut raya baru tahun ni.... memang sangat bijak.

4) Aku tak beli baju raya sedodon dgn IRP and Shasal tahun ni dan takde pun orang menegur... nak kata bijak sangat tu tak la.. tapi rasa berbaloi sebab aku rasa tertekan bila terpaksa mengenakan kaler2 yg aku tak berapa suka hanya semata2 memenuhi tuntutan warna senada. Tapi yg penting, baju2 aku senada dgn anak2 perempuan. Kira ok la tu kan.....

Mudah-mudahan menjadi pengajaran buatku untuk raya-raya di tahun hadapan..

Wednesday, August 31, 2011

Entry Sulung Setelah Menjelangnya Syawal

Hari raya menjadi meriah kerana kanak-kanak.... bagi kita orang-orang tua ni biasa2 je... So, mari kita rakamkan keriangan mereka.... snap.. snap!!!




Bersama Dak Omey yg cute..







Cute and bambannya ia...... anak ciapa niii??? Tapi
time ni muka Auntie cam serious je kan.. tu la
Abg Shashal bila snap gambar mcm tu la...
mana nak bg reminder 123.. alih2 je klik..
Auntie pun tak ready lagi..
Thanks ler sudi menjenguk Auntie di pagi raya...
Moga dpt berjumpa lg..



Sunday, August 28, 2011

Bazaar di BP masih meriah di penghujung ramadhan...

Tersengih-sengih cengis si Mok cashier (bukan nama sebenar) bila kami balik semula ke kaunter dan meminta betulkan apa yg tersilap kira. Beza begitu jauh, dah boleh dapat lagi sehelai baju aku!!! Tak tau la dia sengaja atau tak sengaja... tapi yg pasti benda2 mcm ni memang menjengkelkan, membuat syaitan2 dlm hati berbisik2 berburuk sangka.


Ini bukanlah kejadian pertama (walau di supermarket berbeza) malah pernah ada yg sampai RM100 beza gara-gara kesilapan di kaunter bayaran, oleh sebab itu puan2, lain kali sebelum meninggalkan cashier jgn lupa kita gigih-gigihkan diri cek balik resit dan membuat latihan matematik di situ juga. Kalau "fikiran" dah tepu (nak tulis otak dah tepu, tapi kedengaran mcm tak berapa sopan plak kan)... kalau fikiran dah tepu, maklum subjek math pun dah lama ditinggalkan.. apa kata bawak calculator mcm kawan I tu. (Ohh dia memang Menteri Kewangan Keluarga yg sgt effisien.... sbb tu somi dia sgt sayang pd dia)...cek la resit tu satu persatu.

NOTA : Sila jgn kaitkan cerita di atas dgn gambar-gambar yg diupload di bawah ini sbb memang takde kena mengena pun.. bab2 tulis karangan lari tajuk ni serah je pada Miss Mirror... (sib baik bukan utk exam SPM kalau tidak... habislah markah BM aku!!).


Malas la kan.. nk bebel panjang cerita pasal si kakak Cashier tadi, bukan dia baca blog I pun...marilah kita lihat apa yg masih berbaki di penghujung ramadhan di Bazaar Tapak Pesta Batu Pahat ni..

Spring potato yg telah mula mendapat tempat di hatiku... yummy..

apam dot pun ada lagi..



Hari ni dah mula nampak kelibat ketupat bergantungan di sana-sini..
ada yg menjadikannya hiasan gerai, ada yg bertujuan utk dijual..
Keadaan bazaar masih meriah walaupun di hujung2 ramadhan..

Bahagiakanlah dirimu walau di mana pun kau beraya

السوق الليلي Batu Pahat..

Rasa-rasanya I update blog kali ni ibarat tulis sendiri, baca sendiri. :D Semua teman-teman blogger tentu dah sibuk menikmati kegembiraan di samping orang tua di kampung halaman masing-masing kan.

Bagi adik-adik cumil yg tak dapat balik beraya kerana tugasan/pengajian di luar negara.. usahlah bersedih hati... berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian.. mudah-mudahan segala "kesakitan" dan kepayahan hari ini akan berbalas dgn sejuta kesenangan di kemudian hari.

Bagi para isteri yg tidak dapat balik beraya ke rumah orang tua kerana taatkan suami atau malas nak bertekak dan sbgnya... usahlah kau menangis pula... fikirkan saja segala hikmah2 yg tersembunyi di sebalik kejadian. Antara contoh-contoh hikmah yg boleh kau dapat di antaranya :

1) Sedara mara kau akan sangat rindukan kau sebab lama tak jumpa. Eyy seronok pe kalau orang rindukan kita!!!!! Mcm glamer gitu!!! (tetiba rindukan saat2 beraya di Mekah, abang2 I semua sms2 adiknya ni.. eh adiknya yg cute ni... di malam raya - sbb risau adiknya tak merasa makan rendang agaknya, heee bestnyaaa ketika itu ramai orang rindukan aku!!!).

2) Ibaratkan ianya satu "reheasal" untuk sebuah perpisahan yg hakiki.

Hikmah2 lain.... maybe mana la tau kalau2 u asik balik kampung je tetiba u jatuh cinta balik kat si Wak Seman bukan nama sebenar, saudagar minyak urat yg dulu pernah kau tolak cintanya....wahahaha.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, pasti segala ujian akan disertakan dengan penawar-penawarnya. So, gembirakanlah hati walau di mana pun anda beraya... layanilah setiap insan yg kau temui seolah-olah mereka akan "pergi" meninggalkan kau buat selama-lamanya di malam esoknya. Tunjukkan segala keprihatinan dan kebaikan tanpa balasan... nescaya harimu akan berubah menjadi lebih baik dan berbeza dari semalam yg gelap.

Malam yg gelap? Oh hari ni malam di Bee Pee tak gelap... memancar-mancar lagik!!! Mari kita layan photo2 ini....

Soklail di Bee Pee Walk!!!! Kisah aku dah dia... (IRP da... sapa lagi). Dating jap malam ni..




Hasil seni Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat?
Sian ibu tunggal kan.. marilah beramai2 membeli
kraf2 cantik ni untuk membantu mereka

Align Center


Setelah penat berjalan.. maka kami pun makan rojak sotong ni... waaa sedap!

Friday, August 26, 2011

Salam kemaafan...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari
Miss Mirror and Family..
Buat semua followers tersayang, teman-teman blogger,
sahabat handai, sanak saudara dan sesiapa
saja yg mengenali..

Maafkan andai pernah ada keterlanjuran
bicara, menyinggung perasaan, mengecewakan..
dan apa-apa saja yg mengganggu fikiran..
Mohon dimaafkan.





Cak!! Nak ngedik2 tapi muka tak siap...


Motif mengupload pix ni ialah :
1) Utk teman2 yg tak dpt beraya dgn I tahun ni... lihatlah wajah terbaruku yg dah makin senja ni... dgn ucapan.. "Jgn takut untuk menerima kenyataan hidup, tua akan datang jua kepada kita, jadilah diri sendiri" ... eh tapi itu ari.. diorang tak percaya aku ni emak si Ain... apakah itu maksudnya ya? --> dgn harapan ada yg menjawab "Itu maksudnya orang ingat ko tu adik si Ain" ;P.
2) Tgh test You Cam kat netbook I yg cenonet ni... tu yg ngengada tepek2 bendalah purple2 kat kepala tu.. macam la jadi lawo... haha.. huduhnyaaaa.... Entah apa2 je I ni kan.. dah tu berspek2 bagai...
3) Oh ya... motif2 lain ialah... tentang gubahan bunga kat belakang I tu, itu la bunga yg I cerita itu ari Yatie... sungguh tak berseni kan? I beli gubahan yg dah siap.. pastu memandai I deco2 lagi... kunun biar nampak meriah.. last2....



Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday - belajar dari kesilapan tahun lepas..



Kuih I dua jenis je tahun ni..... ;D. Boleh? (Terus tak semangat nak gi beraya rumah I ler tuh!).
Bekas transparent kat belakang yg masih belum terisi tu, I ingat nak beli gula-gula.... ada cadangan2 lain yg lebih bernas selain gula-gula? Tapi sesungguhnya bekas itu walaupun cantik... ibaratnya hanya spt "perempuan yg cantik tetapi tak kental jiwanya". Emmm maksud I, ia tak kedap udara, mudah tergoda oleh rayuan-rayuan semut-semut jalanan.

Nota : Mesti ada yg tertanya-tanya mana peginya biskut udang kering yg I buat itu ari? Oh itu utk my MIL... dah pun selamat sampai ke kg itu ari.


Monday, August 22, 2011

Dah buat checklist dah?

Dah packing untuk balik kg dah? Checklist dah buat? Kalau belum, biar Miss Mirror tolong buatkan untuk anda... (pesal la Makcik ni terlebih rajin padahal kain dari ampai tengah membukit depan I ni... Ya Allah.. sapa nak tolong ni??)





Ok ini senarai-senarai yg patut anda fikirkan sebelum menzip bag balik kg anda :
1) Baju melayu suami
2) Kain samping suami
3) Baju kemeja suami
4) Seluar suami
5) Songkok suami
6) Butang baju melayu suami
7) Baju basahan suami
8) Deodorant, berus gigi, bedak, sikat suami
9) Baju raya diri sendiri
10) Tudung-tudung raya, brooch, inner, serkup, pin tudung.
11) Hand bag, angpow raya... kasut2 raya..
12) Lipstik, compact powder, cleanser, toner, cream siang, cream malam, cream hilang kedut... :P Ubat-ubatan, pil-pil perancang...oppss! Saya cuma nk ingatkan je... salah ker?
13) Haaa.. BERUS GIGI jgn lupa! Ubat gigi, listerin dll.
14) Emas sebungkal buat melaram di pagi raya... ;)
15) Mangkuk tingkat untuk ibu mertua, kuih muih
16) Baju-baju anak
17) Pampers mereka
18) Susu dan botol susu mereka
19) Baju sejuk - kot la sejuk dlm perjalanan kan.... lagi bagus kalau bawak selimut and bantal sekali.
20) Dah semua benda nak dibawak ni, dapur gas tak nak angkut sekali???



"Bawalah saya bersama..." kata cermin..

Mode : mengantuk... tapi belum lipat kain, belum menanak nasi untuk sahur....

Sunday, August 21, 2011

Ada yang tak exited mendengar lagu raya...


Kalau berkesempatan selalunya memang I akan buat kunjungan balas pd teman2 blogger yg meninggalkan jejak melalui "cctv" kat blog ni, senang sebab link mereka dah tertera kat feedjit tu kan.. terus main klik2 je. So, hasil dari kunjungan itu beberapa perkara I dapat :

1) Ada yang gembira nak raya, ada yg tak....
Cadangan saya ialah : Apa kata kalau u ada duit terlebih dpt bonus tu, u belikan la present utk insan2 tersayang, secara tak langsung bila u dpt gembirkan orang lain, hati u pun akan gembira. Tapi kan... memang perasaan tu tetiba je dtg kan.. macam rindukan sesorang (especially org tua yg telah pergi), memang itu lumrah kot bila kita dah merangkak dewasa ni. Takpe...nanti bila syawal menjelang dan ramadhan melabuhkan tirainya, tetiba je happy semula, apatah lg bila berjumpa sanak saudara dari jauh dan dekat.


2) Ada yg tak exited mendengar lagu raya...
Saya rasa maybe antara punca-puncanya sebab You tube. Berbeza zaman-zaman internet blom berkembang dulu, kita susah nak dapatkan lagu2 raya... terpaksa beli kaset ataupun jenuh menunggu Dee Jay memutarkan lagu2 tu di hujung ramadhan... So, lain kali jgn dengar lagu raya di hari2 biasa, nanti feel jadi kureng.

3) Sakit kepala
Solutionnya kalau I ni, kena rajin makan jamu... so perjalanan darah jadi lebih teratur, so takde la mendapat serangan sakit kepala yg datangnya sebulan sekali. Tapi tak semua org suka makan jamu, sebab mereka bukan orang jawa macam saya.... jadi untuk mengelakkan dari sakit kepala kena kurangkan kafein, tido yg cukup, kurangkan mengadap computer. (Ni I copy je ayat2 IRP kalau bebelkan I time I terkena sakit kepala).

4) Ada yang bercerita pasal Datuk Siti Nurhaliza..
Emm apa tah yang diorang tulis tadi.. lupa plak, tapi yang pasti ada gambo ni..



5) Tentang harga emas yang kian melambung..
Alamak ya ke? Sib baik I dah kawin, sian la pada yg baru2 nak meminang anak dara orang tu... ;)





Menyoping baju kanak-kanak...

Alhamdulillah dah sampai pun kampung....

Penat menyoping siang tadi kat JB cari baju2 kasual untuk bebudak. Baju2 kasual ni selalunya kalau anak-anak I, diorang akan pakai untuk raya ketiga bagi kanak2 perempuan dan bagi Shashal si bujang I yg sorang tu pula raya kedua dah "hilang" dah baju melayu dan kain sampingnya tu. Simpan terus dalam gerobok untuk raya haji pulak ataupun kalau ada marhaban/open house di rumah MIL.. pakai la untuk sejam dua. Bagi Ain, tidak la menjadi masalah kalau nak menyimpan baju kurung segerobok sekali pun sebab baju tu akan berguna bila ke prep petang di sekolahnya.

Itu bagi kanak-kanak. Bagi kita orang dewasa ni... I pikir-pikir apa relevennya baju kasual dengan hari raya, tak kan beraya dgn jeans plak kan...then terus melupakan niat untuk membeli baju sendiri di kedai barangan Guess tadi....walaupun.. mindaku sering dikuasai oleh sehelai Jeans Guess itu hingga ke malam ini... rasa macam nak ke sana semula... tapi oh tidak!!! Cukup2lah jeans dalam gerobok tu.


Hasil-hasil menyoping ~~ Ini bukan utk si Ain & Qistina, of coz anak dara I tu dah malu nak pakai yg macam2 gini kan... tapi ni IRP belikan utk dua orang anak sedaranya....masing-masing berumur 4 dan 6 thn.


Bila nampak gaun2 cantik macam ni rasa macam nak beranak lagi je.. Masa menyoping tadi pun ternampak kanak-kanak montel yg masing-masing sangat cute sedang mencuba pakai pelbagai baju... rasa macam... eh bestnya ada baby girl.. Rambut kerinting2 mereka tu buat I teringat si Ain masa kanak-kanak. Rasa ingin kembali ke zaman itu..

Tapi ni I minta IRP beli dgn cardigan ni sekali supaya tak nampak keti**... mana la tau kan kalau2 ayah or mama mereka tak suka baju tak berlengan, at least ada la alternatifnya kan..

Ok yg lain dah settle, tinggal si Ain....Ain paling cerewet bab memilih baju, berlegar punya la lama kat butik Guess ni tapi satu hapa pun tak dapat-dapat, sedangkan kedua adiknya itu dah pun dapat apa yg diimpikan mereka pada minit2 pertama lagi ... last2 beralih je la ke Butik Esprite (eh betul ke ejaan aku ni?). Kat sini barulah dia dapat sehelai kemeja pink.... itu pun setelah mencuba berhelai-helai dan mamanya tak pepasal terbeli sehelai jeans kerana jenuh menunggu. Alamak... baru nak berjimat, dah terbeli plak, ni semua Ain punya pasal la nih.

Dah siap semua kerja-kerja menyoping last2 kami balik dan berbuka di rumah je.... kelam kabut I masak, packing balik kg dan menggosok baju sekolah bebudak utk hari isnin... sib baik sempat.

Saturday, August 20, 2011

Cukuplah setakat ini...

I rasa cukuplah setakat ini saja. Cukuplah.. Masa sudah terlalu suntuk...
Tak sangka. Memang I tak sangka... Bila orang sebut tentang "Alhamdulillah hari ni dah 18 hari, 19 hari, 20 hari sudah kita berpuasa"... I tak berapa terkejut. Tapi bila orang sebut, "Yey... lagi 7 hari nak raya" terus I terkejut yg amat..

Lagi seminggu saja lagi rupanya????!!!
(Terkejut macam hapa je Makcik ni... Macam la tak tau mengira)
JADI.... Oleh itu. Cukuplah setakat ini

Cukuplah setakat ini I buat kuih...



Laaa mana gamba kuih tadi? Takpe... crita dulu psl pix atas ni... Ni tadi merupakan solution yg kawan I cadangkan kalau2 langsir jahit tersenteng.. Imaginekan bahawa yg berwarna hijau itu adalah langsir yg tersilap jahit (tersenteng). Maksudnya kena tambahkan dgn kain lain di tgh2 (yg berwarna purple sbgmana gambarajah di atas). Credit kepada Sam Taring bukan nama sebenar. Bila dah didrafkan melalui lukisan baru la faham apa yg dimaksud oleh beliau... kira bernas gak idea Tuan Manager ni. Sikit hari lagi boleh la ganti Eric Leong.



Ni ler Cornflakes Madu yg I buat siang tadi.. ada yg tergeseng sikit...
Lambat keluarkan dari Oven.
Sebelum I tido tadi, I bubuh ni penuh satu
tupperware, alih2 bangun tido dah tinggal segini..
Sib baik ada lg 2 balang utk raya.



Actually Cornflakes tu terhasil dari aktiviti "stock clearance"..
I tak minat sgt makan dried apricot, tapi IRP suka
beli sampai kekadang tak termakan.. so, I hiris2 halus
dan masukkan dlm Cornflakes madu tadi.. berserta almond cincang
yg juga tersadai lama dalam peti ais.. Alhamdulillah
akhirnya dpt gak I menyelamatkan benda2 di atas
dari terbazir.


Cukuplah setakat ni I buat kuih. Actually I memikirkan beberapa benda lain yg blom settle... Duit raya blom dipecahkan. Muka belum difacialkan. Badan belum diurutkan. Baju-baju blom dipackingkan. Pendek kata byk yang belum disettlekan..





Friday, August 19, 2011

Terpadam jua api cemburuku..... walau..

RESEPI BISKUT RAYA UNTUK  ANDA CUBA...



Alhamdulillah terpadam jua api CEMBURUku yang telah I katakan sebagaimana entry ini, Dengan berbekalkan semangat nak raya dan mengenangkan Qistina yang CEMBURUkan kawan FBnya telah mengupload gambar kuih-muih raya buataan ibu mereka.... maka... malam tadi, dengan mata yang berat nak zzzzzz akhirnya tertunai jua hasrat di hati.

Sungguhpun begitu, TETAPI tidak ler I buat kuih yang canggih dan complicated...

Sekadar BISKUT UDANG KERING - dah lama dah I tertanya-tanya "Sedap sangat ke biskut ni, nampak visitor asik keluar masuk geledah resepi ni kat blog ni.... tak bleh jadik nih, harus kucuba..... harus kucuba sebelum I tertinggal keretapi!!!!!!!" - jeritan batinku sehari-hari.


Maka I pun buat ler.... Ini la hasil-hasilnya... Jika ada di antara anda yg terpingga-pingga macam mana nak terap adunan ni sebab peroi semacam je macam breadcrumb, so U olls just ambik acuan penerap... masukkan doh ini masuk ke dalam acuan dan tekan-tekankan dan padat-padatkan...then tekan keluar. Selamat mencuba.





Sedap gak la kuih ni... walau tak sesedap biskut kacang, tapi tetap membuat I rasa nak makan.. nak makan dan makan lagi...  Tapi bagi yg tak biasa.. takut tak suka plak sebab rasa dia manis2 masin.

Itu je biskut untuk hari ni, akan bersambung aktiviti di esok hari untuk Cornflakes Madu requested by Qistina pula.

Thursday, August 18, 2011

Bukan entry kuih raya...

Kalau dah gila traffic - I cadangkan tahun ni
U olls tulis la URL blog Uolls tu pada cookies yg U olls buat... :P




Serious! I sekarang tengah jelous dgn kengkawan semua sebab dah buat kuih raya berbalang-balang, I sejak bulan puasa ni oven terus tak berasap. Oleh kerana terlampau jelousnya I, maka biarlah I membawa hati yg luka dan bercerita tentang benda lain..

Then... menulis entry ini dgn bermotifkan agar IRP terbaca dan berharap my husband yg dicintai itu akan peruntukkan satu masa untuk menghadiri majlis beraya di rumah Wak Pangat bukan nama sebenar ni. Ya bang.. pegi tau! "Artis" yg dimaksudkan dalam penceritaan si Wak Pangat ini ialah Miss Mirror le tuh.. diorang ni mmg... kejap kata I "artis", kejap kata "Datin G".... biasa ler kengkawan lama.. Memang kena tahan je la telinga/mata, bab2 mengutuk tu mmg tak boleh lari. "Datin "G" tu apa? Biarlah rahsia..... tapi G bukan stand for Gila tau! Ishhh...

Tak kisah la apa2 pun gelaran kan... yg penting korang doakan la aku selalu supaya jadi muslimah sejati.... Tak mo la jadi "Datin G"... Emmm nak jadi macam Datin Z .... baik je, litup je ke mana-mana, dah macam wanita arab dah dia...bukan la nak kata sekarang ni I togel... cuma tak la sesempurna sangat macam Datin Z yg dah membuang nilai2 tabarujj dlm diri tuh. Raya karang poskan I duit raya I dah puji2 ni.

DEBARAN MENANTI RAYA - hasil karya : Wak Pangat Bukan nama sebenar dari Thread Gang Bas sekolah. Ni I dah summarizekan dah..

Mlm tadi lepas terawih sambil makan pengat keledek kat surau aku sempat bercerite dengan org kampung pasal artis nak datang rumah raya nanti. Semua memang terkejut bila dengar.. Hj Seman terus tanggalkan serban dia... Lebai Mail terus berhenti kutip sejadah.. Kulup Sengih terus ternganga tak sempat nak masukkan pisang dalam mulut.. Wak Man Pentil terjeling jeling memasang telinga. Perangai Wak Man Pentil memang macam tu, tak suka sangat masuk campur hal orang. Tapi kali ni dia pun tak sabar sabar nak dengar cerita aku... Ada la dalam 5 atau 6 orang lagi yang berhenti buat kerja sekejap sebab nak dengar cerita aku yang seterusnya.

Masing masing semua terus datang rapat nak dengar cerita. Ramai jugak yg dah balik malam tadi sebelum aku sempat bukak cerita pasal raya nanti.

Aku pun teruskan cerita pasal raya nanti ada artis nak datang rumah aku. Hj Seman, Lebai Mail, Kulup Sengih masing masing bersetuju untuk diadakan mesyuarat malam esok untuk sama sama memikirkan sambutan yang sepatutnya. Wak Man Pentil pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Jemaah yang lain berbisik bisik sesama sendiri tapi x ade pulak yang kata x setuju... ( BERSAMBUNG)


NOTA : Memang indah penulisan bapa 3 orang anak ni, pemegang Master SC (Ind and Tech Mgmt) ni memang berbakat dalam penulisan dah macam baca novel pulak, ni pun I dah ringkaskan ... Sebab tu I "tekap"kan kat sini sebagai kenangan. Kami semua syorkan ko jadi novelis je la Wak Pangat.

Wednesday, August 17, 2011

Entah apa-apa je kan...

Berseleraknyaa..... Ya Allah apa dah jadi ni??


?

Dilanggar garuda?
.

?

.

Anak main pondok2?

.

?

?

.

?


Hmmmmm!!! Salah!!!!!

Projek hari ni.... main alih-alih gerobok!
Kalau tak keluarkan dulu barang-barang tu
alamat la patah pinggang bini IRP ni mengalih
gerobok yg berat isi dalamnya ni sensorang...

Tu pun ada sebahagiannya yg I tinggal je
dlm gerobok tu dan tawakal... alhamdulillah selamat.

So, bila kerja-kerja mengalih perabot dah pun
selesai, maka senang la nak buat list, mana
yg perlu dibeli dan mana yg tidak kan? Jadi
tak la membazir (sebagaimana membazirnya I
terbeli labuci/manik mahal tapi tak cantik sgt tu...
sgt jelous tau tengok diorang jahit labuci
lawo2 je walau dari labuci yg simple).

p/s : Emak I tiap bulan buat keja alih gerobok pun tak riuh (dulu2 la time muda2), I yg hanya 6 bulan sekali dah kecoh satu dunia. Ehhhh penat beb!



Tuesday, August 16, 2011

Juadah Berbuka - Ramadhan ke 16 dan Tip Supaya Anak Hormatkan Ibu Bapa

Hari ni semuanya buatan tangan sendiri... mintak-mintak sedap la apa yg I masak arini. Amin.

Mee hoon goreng, Roti Ayam Mayonese, Ikan Pindang dan Ayam goreng berempah kegemaran Qistina.



Yah nampaknya lebih kurang 2 minggu saja lagi kita akan menyambut Syawal!! So macam mana persiapan? Ada gak kengkawan I yg mengalami ketidakterujaan untuk menghadapi raya disebabkan anak-anak nak exam, tidak kurang juga disebabkan masalah-masalah dalaman yang lain.

Biasa la tu... pengorbanan seorang ibu... dag dig dug menghadapi detik-detik mencemaskan seorang anak. Tahun lepas pun kami macam tu ( si Ain nak menghadapi UPSR ketika itu).. makan tak kenyang, tido tak lena rasanya.

Ha oh ya, terlanjur bercerita bab anak ni kan... itu ari I terbaca diorang ni kata, kalau kita nak anak kita hormatkan ibu bapa, kita kena sentiasa sebut :

"Ayah hebat... ayah kuat" Kena cakap berulang-ulang pada si anak.

So, Ain, Qistina and Shashal... ni Mama nak cakap ni....

"Abah baik, Abah soleh, Abah bapa mithali"

Ok la itu je Mama nak cakap, Ustazah yang sedari tadi tekun mengajar Qistina dan Shashal mengaji di ruang tamu pun nampaknya dah membaca doa penutup dan menunjukkan tanda-tanda untuk pulang, so Mama kena bukakkan pintu.... ok jumpa lagi!!!







Sunday, August 14, 2011

Ramadhan ke 14 - menjenguk kampung nenek

Cepatnya masa berlalu kan... dah 2 minggu akhirnya kita berpuasa.



Antara hidangan di rumah MIL untuk berbuka hari ini
(semua ini dari Bazaar ramadhan Tapak Pesta BEE PEE)

Sebelum tu kami singgah merayau ke rumah nenek jap, menjenguk nenek yang dah sekian lama I tak jenguk (IRP je yg selalu ke sana).. al maklum la... busy Miss Mirror ni.. busy la sangat kan.. ;P


Cak!! Ha marah la tu orang ambik gambar dia??


Ini "kucing hutan" kata nenek, actually kucing liar maksudnya tu... tapi dah terberanak plak kat rumah nenek, maka nenek pun jaga la dia.. kesian pulak kan. Bayangkan kalau kita tengah dalam pantang.. pastu takde tempat berteduh?




Menggedix jap kat kampung nenek sebagai kenangan dan menghargai kehijauan. Gambar sengaja dikecikkan sebab I ni pemalu... yo la tu. Aritu ada kenalan I di FB yg bertanya.

"Akak ni orangnya mcm mana? Lembut atau macam mana? Muka akak memang sebijik muka kakak saya, kakak saya tu lembut orangnya, mungkin Akak pun macam tu?"

Hehehe.... susah nak jawab soalan ni.

Apa-apa pun yg penting arini I berjalan dlm keadaan yg lebih selesa berbanding semalam sebab hanya bersandal dan berbaju cotton ni... baru la rasa tenteram jiwa walau terpaksa berbodong-bondong menjinjit plastik2 kresek (korang mana tau apa itu plastik kresek?). Ya plastik kresek yg penuh dgn juadah berbuka. Baik-baik tau membeli air2 minuman.... kalau salah pegang je memang terburai pecah. Dah 2 kali dah insiden tu berlaku, aritu waktu kat Bazaar Uda and semalam waktu kat "Kashmir". Glamer jap bila terpecahkan sesuatu di celahan orang ramai yg lalu lalang... semua mata tertumpu pada kita.







Ada sekali tu sorang adik tu terpecahkan air yg dipegangnya sampai terbasah terkena baju I yg glamer dan lip lap. Tapi biasa la.. I still berlagak macho ala2 puteri yg sopan santun dan buat2 rilex dan tak marah pun dia sebab I sendiri pernah mengalami. Oleh itu kalau boleh biarlah mintak plastik lebih pada penjual minuman tu atau bawa la raga atau jug dari rumah... haha... tak lawak pun kan? (I memang bawak raga pun... sangat besar lagi.. tapi tinggalkan dalam bonet, so senang sikit bila dah siap membeli je terus masuk dlm raga).



Saturday, August 13, 2011

Senja-senja di perkampungan bonda tercinta - Bazaar ramadhan di "kashmir"


Jalan menuju ke kampung halaman dihiasi dgn jalur gemilang..
Menarik.. tapi sorry la ya.. malap2 plak kamera ni..




Singgah di bazaar ramadhan
untuk membelikan juadah berbuka buat bonda tercinta..


suasana masih lengang ketika ini.. mungkin sebab
kami datang terlampau awal.. pukul 4 lebih



keli bakar pun ada..

lauk pauk..

kuih muih - lopis, puteri ayu dll..


I beli murtabak daging ni, pastu cendol Jln Penggaram dan beberapa kuih muih dari
bazaar "kashmir" ni untuk emak.. hopefully emak I suka..


Nyaris-nyaris I tak dapat jumpa emak arini...orang tua tu rupa-rupanya nak gi makan angin dgn kakak. Waa busy la emak sekarang nih!!! Ya la kan.. anak 8 orang kan, tua2 mcm ni jadi busy ikut anak mana yg nak bawak.

Sib baik la Allah mendengar tangisan hatiku... huaa nangis ke aku? Dalam I termanggu-manggu di depan rumah Ustazah S.A ( kakakku itu) sebab menyangka emak ada kat situ... ah ferustt (frust) gitu.. musnah impian nak bermanja2 dgn emakku, sekaligus dgn kakakku, bila mana di talian, si CT adikku menyebut tentang "Pt Raja"... ah ni mesti lama lagi nak balik..

Alhamdulillah...rupa-rupanya my BIL, Abg Lee yg tgh drive kereta terperasan dompetnya tertinggal kat rumah, terpaksa patah balik ke rumah akhirnya ... he he he...dapat gak la kami berjumpa emak akhirnya... walau sekejap.. suker... :D. Macam la esok tak bleh dtg lagi kan kami ni? Tapi entah la.. bila dah dtg, klu tak dpt jumpa mesti la tak best kan.

Pastu kami pun bergegas balik ke rumah MIL, singgah dulu ke Bazaar Tapak Pesta BP pulak sbb nak cari satay, tadi cari satay kat "Kashmir" tutup pulak kedai satay tu.. Tiada aktiviti snap2 gambar di situ sbb aritu dah snap mengalah wartawan. (sila rujuk older post).