Showing posts with label Dunia blog. Show all posts
Showing posts with label Dunia blog. Show all posts

Friday, April 7, 2023

Simpan sini sebagai kenangan.

Dari 2008 setia dengan header yang sama, akhirnya hari ini akur untuk menukar dengan tema yang baru pula.  Maka kita save la header lama ni sebagai kenangan.   Terlalu banyak kenangan pahit manis selama belasan tahun  berblog.   Sebut la apa saja, semua pernah dilalui.. sebab tu la sayang nak buang header ni sebab banyak kenangan tersirat di dalamnya.










"Buatlah kerja sampingan mengikut minat dan kesukaanmu, nescaya ia akan membuatmu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa."


Wednesday, December 26, 2012

Thanks Mialiana DAN keindahan dunia blog yang perlu para blogger tahu

Assalamulaikum w.b.t .    

Agak kesibukan sikit seharian ni Kak Mirror sebab menyelesaikan pembelian buku anak2.. pastu gi nyoping kat KSL (next entry mungkin entry riak.. sbb Kak Mirror nak tayang kasut yg baru beli... wahaha.. astagfirllahalazimmmmm... bukan apa Yang... ada follower yg suka entry2 gitu, kita layankan je la.. tapi takde la riak mana pun sebab murah je).





Sebelum tu.. nak ucapkan terima kasih pada  Mialiana selaku admin Geng Blogger yang telah sudi mempromokan blog Ahkak hari ni.  Terkejut  Kak Mirror Dik...  (betul la kan I bahasakan diri I  "Kakak" sbb  Kak Mirror ni kan... tersangatlah "remaja"nya kalau nak dibanding dengan para "bloggerwan" semua... next year sweet 17 gitu!.   LOL...

Kak Mirror ucapkan tahniah kepada admin2 Geng Blogger sebab page tersebut telah mampu mengumpul seramai 29,508 likes setakat ini. Satu pencapaian yg bagus dan membanggakan (sila la you all klik link Geng Blogger tu utk ping blog dsbnya).  Kalau jual page tu dah bernilai jutaan ringgit dah.. Wah!.  Tetiba cerita pasal jual beli page pulak... kang kecik ati pulak admin2 mereka yg pastinya tak pernah terlintas pun utk menjualnya kan...  Hahaha... tidak Dik, cuma alang2 dah cerita pasal fanpage kan.. kita terus buat entry yg menjurus ke arah itu.. don't get me wrong, kan tajuk entry pun ada perkataan "DAN" kan?.  Maksudnya  ada 2 entry dlm 1.  Kak Mirror just nak  mewar2kan  pada my beloved followers tentang dunia IT yg penuh  keindahan ini, pendek kata lubuk emas bagi mereka yg tahu caranya.  

Satu trend sekarang ni blogger2 yg telah menempa nama di pelusuk dunia membuat "lelongan harga" pada page2 mereka yg telah mencapai ratusan ribu likes.   Sudah pasti sasaran mereka adalah peniaga2 on line yg mendambakan like yg ramai untuk meraih pengunjung seterusnya membuat belian. Pasti peniaga2 on line di luar sana  akan berkesanggupan untuk membuat bidaan yg tinggi, jika page anda sememangnya ramai dan ahlinya adalah manusia sebenar dan bukan robot. ;D...  Ini adalah satu perkembangan sihat di kalangan kita sbg blogger dan pasti mencetuskan satu inspirasi kepada anda semua bukan?.  So guys, you all yg masih muda2 tu... buatlah yg terbaik.. Mcm Kak Mirror ni.. biarlah demikian adanya, as long tiap ari ada orang beli handbag, baju2 and kolagen PMC yg Ahkak jual dah ler... :D... dah cukup membahagiakan dah tu.

So, adakah blog juga boleh dijual?.  Apa kata anda...

I rasa kalau blog mungkin tak begitu sesuai untuk dijual sebab setiap individu pasti  berlainan cara penulisannya berbeza dengan page... boleh tulis ciput2 dan boleh invite ramai admin (blog pun boleh juga tapi..).  Tapi masalahnya satu..... Contohnya begini... Dapat tak korang bayangkan kalau tetiba Che Det memberikan blognya yg berjuta2 pengunjung itu  percuma pada you all  secara tiba2....  Satu mimpi yg indah kan?  Tapi mampukah anda  menulis sebaik dirinya untuk mengekalkan statistik pengunjung?.   Ataupun tetiba suatu pagi Pn Mialiana calling2 I.. "Kak Mirror.. tak larat dah saya nak tulis blog.. akak ambik la blog saya tu".   Mampukah Kak Mirror meniru gaya penulisan beliau yg selalu sopan, lembut, natural ... sedangkan spt yg you all sedia maklum... I  kalau menulis ala2 gedix gitu kannnn?.  LOL...

Bagaimanapun.. anda berhak berhujah untuk entry ini.  Dipersilakan demi penambahbaikan dan  masa depan blogger negara. Ecewah!.


Monday, June 11, 2012

Ramai BLOGGER MERAJUK kerana keputusan itu...

Sebagai blogger rasa tak lengkap pulak jika tak memberitakan kepada anda, isu2 semasa dunia blogging.   Pasti korang pun busy body nak tau jugak kan.... Isu terkini ialah... Isu blogger2 merajuk dengan keputusan satu pertandingan, merajuk la sebab penat lelah mereka bagai tak berbaloi, dah dpt vote tertinggi tapi tak bleh nak menang, keputusan juri adalah muktamad. Duit plak dah byk keluar (agaknya la, sbb dah buat sepanduk ke benda semua tu kan).  Simpati sebenarnya aku kepada mereka, hampir nak menitik air mata aku ni membacanya....  sobss..... :'(...  ngis ngis ngisss..... bak sini tisu..

Macam aku ni plak, tak berapa la nak merajuk sgt sebab yang menang utk kategori yg aku TERjoin tu ari pun memang deserve sesangat untuk menang.  Dengan fanpage beliau  yg melebihi 4k orang  (ko ada?), pastu blog beliau tak de la bercampur aduk kisah peribadi, pendek kata, penulisannya terus menjurus pada niche blog. Aku ni pulak, tak bleh plak nak buat cenggitu, nanti lari dari niat asal aku berblog.....sebab aku berblog untuk kepuasan diri. Jadi apa yg aku rasa aku nak tulis, aku tulis la, janji lepas menulis dan pot pet   tu, aku  happy..   hilang stress....





Untuk award kategori lain, aku tak ambik port.. malas nak gi blog winner2 yg disenaraikan tu sbb takde link, lagipun dah google2 pun tak jumpa.  Jadi aku tak nak komen byk tentang tu.

Itu je lintas langsung tentang dunia blogging buat setakat ini. Hingga bertemu lagi..





IRP suamiku.... you... bestnya kalau kita dating sambil menghirup udara nan segar, pohon menghijau, bebunga berkembang (spt pix atas)... jom you!..














Friday, April 20, 2012

Apa jadi jika tinggalkan blog terlalu lama?

Ello!!!!   Assalamualaikum and morning!!.  


Hadirin dan hadirat yg dikasihi sekalian...
Kalau kita tinggalkan rumah kita selama setahun.... kemungkinan besar akan jadi spt ni...



 ... pohon2 tak diundang menghiasi laman...


Tapi kalau kita  tinggalkan blog kita selama setahun apa akan jadi agaknya?.  

Entah ler kan.... I pun tak pernah ada pengalaman tu.  Paling2 lama pun seminggu.. nanti kita tanyakan pendapat mereka yg pernah lari dari rumah blog mereka ni.   Adakah mereka akan berhadapan dgn masalah berikut semasa kembali ke dunia blogging semula?.

1). Rasa kekok tak tau nak tekan mana, terpaksa baca tutriol semula...

2).  Tetiba rasa macam kengkawan blogger lain dah tak kenal  kita lagi... padahal setahun dulu saling "ziarah menziarahi"?.   (memang nasib la kalau dpt teman blogger yg mudah hilang ingatan mcm ni..:D... sib baik I belum lagi..).

3).  Jumlah follower menyusut?. 

4) Rupa2nya blog anda dah ghaib dari persada blogging tanahair...sbb lama sgt tak diupdate...:O.... mcm kes kawan I sorang tu. (Mengikut apa yg I terbaca, blog yg di"ghaibkan" adalah berpunca dari byk sgt entry dlm blog itu  yg copy paste/tak original).


5) "Pakcik Naf Neng" (nuffnang) pun lari...???. 



Ok la.. lupakan soal tu, nak "mengadu domba" sikit ni..
Siang tadi you tau tak...dah la hujan lebat, diorang ni plak mcm sengaja  asyik buat entry  pasal hantu MAWAR PUTIH yg menyerang bebudak sekolah sampai hesteria kat Baling (pjg plak ayat aku ni)... naik ngeri plak I di tengah2 hari nan dingin, kilat sabung menyabung.


zzzzz..... ngantuk.  Nite!!!!! 


Tuesday, March 20, 2012

Kalau malas nak blogwalking... kena join marathon ni...

Dik Fifi Rahmat yang comel itu sampai naik pelik..... "napa Kak Mirror rajin na update blog arini?". Hehe... Jgn pelik2 Fie.... Ni la yg dikata.... susah-susah dulu senang kemudian. Macam ular sawa, dapat makan kambing seekor, seminggu dia boleh tido tak yah makan2 lagi.






So, sesiapa yg nak join marathon mengupdate blog 4 jam sekali... sila-sila la join. Sementara jemari masih mampu menaip ni kan... bukan ada orang nak marah pun. Method ini sangat bagus sebenarnya Dik...(especially buat blogger2 baru di luar sana...terutamanya "my protege" yg dah sunyi tak update2 blognya tu.... heee ke mana aje la dia ni?? Nak kena cubit ni tau!). Jangan sunyikan blog anda Dik.... meriah2kan dia, then lepas dah meriah2kan sehari dua dgn 10 - 20 entry, nak tido mcm ular sawa ke apa ke suka ati la... Masa tu traffic akan naik sendiri tanpa kita pinta... even kita halang. Ecewah!




Dalam 10 entry yg kita publish, adakala 2 menjadi hits... tanpa kita sangka-sangka, walaupun mungkin tajuknya pun tak berapa glamer sangat.. tapi tak sangka, itu jugak yg mereka google. Akhirnya itu jugak yg menaikkan traffic dan itu jugak yg menjadi penyelamat time kita tengah nazak2 malas nak update blog.


p/s : Kalau mak I masuk blog ni, mesti dia akan pelik... traffic mende yg dikejarnya dek anak aku ni? Polis traffik ke? Traffic ni boleh keluar duit juta2 rupiah Mak.....hehehehe..... :D











Monday, February 20, 2012

Mentor-Mentee Dunia Blogging


Mentor? Protege?   Pasti ada yg terbisik2 dlm ati..."Aiii otai sgt ke sampai berangan  jd mentor? Blog sendiri pun niang rapik...." Hehe..  Mentor tak semestinya otai Dik Milah...    Dengar sini... "Mentor" itu bermaksud seorang rakan yang boleh dipercayai, kaunselor atau guru atau seorang individu yang dilantik untuk membimbing meningkatkan perkembangan potensi diri seseorang.

Apa.... Ingat kat sekolah anak Mama je ke ada program "Mentor Mentee" ni semua?.  Kita bloggers pun ada tau... Lagi meriahssss tau! Lip lap!

Entah diorang tu, alih2 dua  hari lepas gi calling2 I suruh I datang rumah sebab diorang nak belajar buat blog   tapi....  I don't mind pun..." that's my cup of tea" pun sebenarnya ngajar2 orang ni I memang suka lagi2 kalau bab marah2 orang.....Wahhh best sgtttt.....  hilang segala tensen.... kekekeke.

Tapi tugas "Mentor" bukan la setakat itu saja....  haih tak berbaloi la kan penat2 diorang masak, kansel dating lagi... semata-mata nak suruh kita  datang ngajar kat rumah diorang... alih2 cuma belajar SIGN IN, SIGN OUT.   Mestilah fungsi kita juga sbg imej consultant... jadi photographer, jadi "marketing officer" (mujur lelaki, so tak perlu la kita jadi Mak Andam pulak.... gasak dia la nak pakai apa pun, janji tutup aurat)...  Pastu memantau, memberikan cadangan dsbnya.




Jadi... korang kalau rasa dah bosan nak berblog lagi sebab rasa diri dah senja (mcm I) dan nak menaip dah tak kudrat sbb tgn dah terketar2 akibat simptom2 penuaan kekekeke.... Apa kata sertai program "Mentor- Mentee Syok Sendiri Ala Miss Mirror" ni ... mana la tau rupa-rupanya dari situlah korang dpt mencungkil "bakat2 muda" yg berpotensi besar dlm dunia blogging dan blognya tetiba jadi no. 1 di google top searches 2012...   Wah mesti korang pun akan rasa bangga kan?



Kak Mirror pun bangga dengan daerah kelahiran (eh tetiba) -  MENGGEDIX DI BAS STAND BATU PAHAT  yg dah lama berubah wajah.


;

Kereta sapa tah aku posing ni...  Sorry tumpang jap. (Pehal tetiba I rasa mcm gemuk plak? Esok diet la camni...hehe).




Gambar2 "protege" tiada (sbb terlalu tekun "belajar"  sampai lupa nak snap gambar.... hehehe)

Tapi sorang lagi "protege" dah pun kawin... ini anak beliau... comel kan?


Olololo.....


Baaaa cak!!!

cute...

Happy...


p/s  :   Identiti  "PROTEGE" kena la rahsiakan dulu (walaupun orangnya hensem).... tunggu follower dia dah juta2 baru kita war2kan....  :D.    Tapi kalau korang nak lawan ngan I "protege" sapa paling ngetop.... dipersilakan.... tapi hadiah takde, korang beli sendiri la ye...hehe... kita  paling malas nak main post2 hadiah ni...


Thursday, February 16, 2012

Segmen Wordless Wednesday menjejaskan traffic. Apa komen anda? (Spontantenous Thursday).

Segmen "Wordless Wednesday" menurunkan traffic.   Follower  dah boleh baca entry secara overall hanya melalui dashboard mereka.  Melalui pengiraan SEO pula, jika dikira congak kali darab, keyword kurang kuat untuk menaikkan traffic.   Apa komen anda, berdasarkan pengalaman anda sendiri?

p/s :   Saje je buka topik ni sbb lama dah I tak buat kecoh tentang dunia blog. ;D




Friday, February 10, 2012

VIDEO TERGEDIX-GEDIX MISS MIRROR dan GOOD NEWS UNTUK BLOGGER WANITA

Hai teman-teman blogger... alhamdulillah hari ni I berkesempatan menonton siaran ulangan Apa Kata Wanita Zamzarina tv 2.....(yg memaparkan blog I "yg ada gambar I senget"- meminjam kata2 MIL aku (sila rujuk header)..... hahaha... Bukan senget la Mak... itu namanya stylo. Baiklah teman2 blogger semua, since I dah tengok rancangan tu... I rasa ada good news untuk korang semua yg I nak share kat sini.... especially teman2 blogger (wanita shj) yg suka berniaga, sebab rancangan ni akan memberikan peluang untuk anda mempromosikan perniagaan anda di kaca TV.  So apa lagi... silalah.. rebut peluang ini.
Sebagai memenuhi permintaan my kids yg miss rancangan ni siang tadi... I dah pun rakamkan video yg tergedik2 mcm blognya yg gedix (meminjam kata-kata blogger tegar - Matsomherbs... thanks ya Cikgu MS  
yang budiman sbb tolong capturekan video untuk I itu ari... rupa2nya video youtube yg I buat ni pun sama2 tergedik..






Eh lagi satu... lupa pulak... arini pun nak sharekan resepi jugak...
Rasa berdosa la plak itu ari  mengupload gambar makanan2 arab dlm segmen jalan2 cari makan, dah la restoran tu nun jauh kat Bee Pee .....ramai plak kengkawan yg kecur terliur (maybe dah 2 bulan kot, tahniah2!! Jaga bebaik kandungan..... hahaha.. memandai je aku).     Tapi takpe Datin..... arini I akan share ngan you all resepi NASI ARAB CAMPAK-CAMPAK yg I masak lunch tadi.  (Credit kepada Dr. Bee atas resepi... harap2 dihalalkan, kalau tak dihalalkan... terpaksa la I delete entry ini.... kekeke).

RESEPI NASI ARAB SIMPLE
Beras basmathi  - I guna beras Faizah (2 pot kecik je)
Air -  agak2 je lah... (mcm kita masak nasik jugak)  I bubuh dlm 3 pot
Daun ketumbar - cincang halus
Bwng putih, bwng merah, halia - tumbuk lumat
Minyak sapi untuk menumis..
Garam sikit

Cara
1)  Di atas dapur gas - tumiskan bhn2 yg dicincang + daun ketumbar dgn minyak sapi (biar garing2).
2)  Masukkan air, garam - biar didih... masukkan beras
3)  Pindahkan ke rice cooker... dan masak spt biasa.
4)  Bila dah agak2 tanak, renjiskan pewarna oren....gaul2kan.  Tutup lagi dan biar seketika... matikan suiz.

Tu je... siap!!!!.... Tak perlu safarron tak perlu apa...

(I telah pun menderhaka resepi ini dgn membubuh daging kambing ke dalamnya, 1 jam gak I biarkan kambing tu empuk baru masukkan beras).

Lauk dia....  beli je lah daging2/ayam yg siap rempah kat supermarket tu... bakar.  Buatkan sambal (tomato yg diblender dgn daun ketumbar + cili padi + garam).  Tapi I pulak... dengan sesuka hati hanya buat kari kambing.  (Suka-suka ati I je kan?).






.

Thursday, November 3, 2011

Setiap Blog Pernah Berjasa, kecuali blog 18sx...

Bagi saya, setiap blog adalah istimewa..... dan kita perlu berterima kasih kepada semua blog-blog itu. Walau ada yg membuat kreteria2 tertentu blog mana yg best dan tak best, mana yg harus popular mana yg tidak layak popular, bagi saya pula... walau secikai-cikainya sesebuah blog itu (menurut pandangan tertentu), mereka ini juga telah banyak berjasa kepada manusia sejagat...


Tanpa mereka, mungkin usaha kita menggoogle sesuatu keyword di google ibarat menggali ubi yang tidak berbuah.. Mungkin dapat jugak sebijik dua ubi tapi tak seperti yg kita impikan untuk buat kerepek kerana penyampaiannya kurang detail, kurang ramah, kurang merapu. So, siapa kata blog merapu itu menjengkelkan? (Sib baik aku tak pernah kata - statement membela diri :P..)... cemana nak mengata pulakss.. sbb kdg aku pun merapu tak ingat dunia.





Gigih aku mencari gambar pokok ubi ni sebab takut ada yg
terlalu "kebandaran" sampai tak kenal apa itu ubi..





Tu la kadang kita ni tak adil... kita suka kata "Hee bosannya aku baca blog dia ni... merapu ntah apa-apa, benda macam tu pun nak tulis kat blog", tapi kita lupa.... kerana hasil "rapu"annya itu la kita mendapat ilmu. Dek kegedikkannya bercerita yg entah apa2 jugak la kita dapat solution pada sesuatu dilema yg kita hadapi, for example.. dilema memilih jenama mesin basuh misalnya....



nampak cam merapu... tapi berinfo...






Motif entry ini :

1) Sajaa..... dah lama dah tak bercerita pasal dunia blogging.
2) Menjawab pertanyaan member yg berkata :
"Kau jangan la calonkan blog aku utk kategori blog popular tu...
aku segan la, blog aku ni cuma blog merapu je". Heee gedix betul dia ni...
orang dah calonkan tu cakap la mekasih... :( heee
nyesal tau camni...




p/s : Pssst.... dengar cam ada gossip panas je antara beblogger, kemelut apakah? Sib baik aku tak tau.






Sunday, August 21, 2011

Ada yang tak exited mendengar lagu raya...


Kalau berkesempatan selalunya memang I akan buat kunjungan balas pd teman2 blogger yg meninggalkan jejak melalui "cctv" kat blog ni, senang sebab link mereka dah tertera kat feedjit tu kan.. terus main klik2 je. So, hasil dari kunjungan itu beberapa perkara I dapat :

1) Ada yang gembira nak raya, ada yg tak....
Cadangan saya ialah : Apa kata kalau u ada duit terlebih dpt bonus tu, u belikan la present utk insan2 tersayang, secara tak langsung bila u dpt gembirkan orang lain, hati u pun akan gembira. Tapi kan... memang perasaan tu tetiba je dtg kan.. macam rindukan sesorang (especially org tua yg telah pergi), memang itu lumrah kot bila kita dah merangkak dewasa ni. Takpe...nanti bila syawal menjelang dan ramadhan melabuhkan tirainya, tetiba je happy semula, apatah lg bila berjumpa sanak saudara dari jauh dan dekat.


2) Ada yg tak exited mendengar lagu raya...
Saya rasa maybe antara punca-puncanya sebab You tube. Berbeza zaman-zaman internet blom berkembang dulu, kita susah nak dapatkan lagu2 raya... terpaksa beli kaset ataupun jenuh menunggu Dee Jay memutarkan lagu2 tu di hujung ramadhan... So, lain kali jgn dengar lagu raya di hari2 biasa, nanti feel jadi kureng.

3) Sakit kepala
Solutionnya kalau I ni, kena rajin makan jamu... so perjalanan darah jadi lebih teratur, so takde la mendapat serangan sakit kepala yg datangnya sebulan sekali. Tapi tak semua org suka makan jamu, sebab mereka bukan orang jawa macam saya.... jadi untuk mengelakkan dari sakit kepala kena kurangkan kafein, tido yg cukup, kurangkan mengadap computer. (Ni I copy je ayat2 IRP kalau bebelkan I time I terkena sakit kepala).

4) Ada yang bercerita pasal Datuk Siti Nurhaliza..
Emm apa tah yang diorang tulis tadi.. lupa plak, tapi yang pasti ada gambo ni..



5) Tentang harga emas yang kian melambung..
Alamak ya ke? Sib baik I dah kawin, sian la pada yg baru2 nak meminang anak dara orang tu... ;)





Sunday, May 2, 2010

MUSUH REDMUMMY

Terbaca di H. Metro kata2 blogger famous, Red Mummy. 


"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah."

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir,"


MM tertarik dengan nasihat beliau. Apa jua pun pekerjaan yang kita lakukan biarlah mendapat restu suami, barulah adanya keberkatan. At least beliau mendoakan yang terbaik buat kita. Bagaimanapun... tentang tajuk ENTRY di atas...... sebenarnya 
MM cek  keyword NUFF tadi, cam pelik plak bunyi "MUSUH REDMUMMY".... hmmmm....... beliau dah mula ada musuh ke?. Siapa la gamaknya tu???.  Tak jumpa kan jawapannya kat blog Miss Mirror ni?

                      

Tapi biasalah kan...kalau dah mula famous... setakat orang2 dengki tu memang tak kan dapat dielak. 


Ok la.. anda cuba la plak cek keyword  blog anda pula...mesti ada perkataan2 kelakar yang you all jumpa nanti... if you don't mind share le dgn MM ni.... MM ni bila dah rasa kelakar.. ketawa sensorang depan PC....haha.. nak suruh MM tergelak lagi... sila la share kat sini..... kot2 la ada keyword "MUSUH MISS MIRROR".. jgn lupa habaq kt MM tau!

SELAMAT BERBLOG DENGAN ENJOY!!!!



LATEST ENTRY :   1)BEST BILA HOBI MENJADI DUIT
2)TIP MENGHILANGKAN JERAGAT DAN TOMPOK HITAM DI WAJAH


Saturday, June 20, 2009

BERHATI-HATI MENULIS BLOG

Miss Mirror bersetuju dengan pendapat seorang blogger tegar berkaitan berhati-hati apabila menulis blog, silap haribulan boleh kena saman jutaan ringgit.

Betul pun, tak kan la di dalam keghairahan kita menulis, kita mengetepikan soal-soal hak orang lain. Hal maruah, kesahihan cerita yang meragukan hingga kadangkala mengaibkan individu terbabit. Tak kan la terjumpa pakwe lama secara tak sengaja pun nak cerita dlm blog kan? Siap tulis nama penuh pula tu. Flash back pulak kisah-kisah silam, kronologi perhubungan yang mengaibkan diri sendiri dan orang itu. Rasanya itu tindakan yang kurang bijak. Walaupun tidak kena saman, mungkin bakal meruntuhkan "masjid" yang telah pun dibina bertahun-tahun. Nauzubillah...

Hal-hal politik? Oh... untuk selamat.... MM tidak akan menyentuh hal itu.

Biarlah blog kita tu rojak pun tak apa, asalkan tiada unsur-unsur fitnah dan cubaan menjatuhkan orang lain. Yang penting kita telah ada saluran untuk "membahagiakan" diri sendiri dan pembaca khasnya. Menyalurkan ilmu berguna secara percuma juga suatu amalan terpuji contohnya memberikan tip-tip, info-info berguna dan resepi -resepi yang mana semua ini jika kita berniat ikhlas untuk membantu orang lain, pahala berterusan bakal kita perolehi (inshaAllah) walaupun nama kita hanya tinggal kenangan dan bersemayam di negeri abadi. Begitu juga jika fungsi blog adalah untuk mengeratkan kembali apa yang terlerai, menjadi medan pertemuan menjejak kasih yang hilang, mengeratkan silaturahim... rasanya itu suatu yang terpuji.

Justeru, MM pun berasa sedikit gusar andai betul ada cadangan agar blogger perlu didaftarkan sebagaimana yang ditulis oleh blogger tegar tersebut (ermm... surat khabar bila tu ya?) sebab MM pun buat masa ini ada 4 buah blog. 3 blog rojak dan 1 buah lagi blog berunsur ilmiah. Jenuh juga ya kalau kena isi borang sebanyak 4 kali pula. Diharap cadangan ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Yang penting kita sebagai blogger terus mengekalkan prinsip... berblog untuk membina masyarakat cemerlang.