Bagi saya, setiap blog adalah istimewa..... dan kita perlu berterima kasih kepada semua blog-blog itu. Walau ada yg membuat kreteria2 tertentu blog mana yg best dan tak best, mana yg harus popular mana yg tidak layak popular, bagi saya pula... walau secikai-cikainya sesebuah blog itu (menurut pandangan tertentu), mereka ini juga telah banyak berjasa kepada manusia sejagat...
Tanpa mereka, mungkin usaha kita menggoogle sesuatu keyword di google ibarat menggali ubi yang tidak berbuah.. Mungkin dapat jugak sebijik dua ubi tapi tak seperti yg kita impikan untuk buat kerepek kerana penyampaiannya kurang detail, kurang ramah, kurang merapu. So, siapa kata blog merapu itu menjengkelkan? (Sib baik aku tak pernah kata - statement membela diri :P..)... cemana nak mengata pulakss.. sbb kdg aku pun merapu tak ingat dunia.
Gigih aku mencari gambar pokok ubi ni sebab takut ada yg
terlalu "kebandaran" sampai tak kenal apa itu ubi..
Tu la kadang kita ni tak adil... kita suka kata "Hee bosannya aku baca blog dia ni... merapu ntah apa-apa, benda macam tu pun nak tulis kat blog", tapi kita lupa.... kerana hasil "rapu"annya itu la kita mendapat ilmu. Dek kegedikkannya bercerita yg entah apa2 jugak la kita dapat solution pada sesuatu dilema yg kita hadapi, for example.. dilema memilih jenama mesin basuh misalnya....
Motif entry ini :
1) Sajaa..... dah lama dah tak bercerita pasal dunia blogging.
2) Menjawab pertanyaan member yg berkata :
"Kau jangan la calonkan blog aku utk kategori blog popular tu...
aku segan la, blog aku ni cuma blog merapu je". Heee gedix betul dia ni...
orang dah calonkan tu cakap la mekasih... :( heee
nyesal tau camni...
p/s : Pssst.... dengar cam ada gossip panas je antara beblogger, kemelut apakah? Sib baik aku tak tau.
itulah selalunya dilemma kita, takut dikata merapu,mengedix. . .poyos. . .hihihi. . .tapi terjadi juga semua hal ehwal itu, mana mungkin boleh puaskan semua orangkan
ReplyDeleteasalkan tak kutuk orang secara berstatement,oklah tuekan. .
betul juga bab mesin basuh itu. . . ^_^
Betul tu Eila... cam dilema kengkadang nak menulis sesuatu..
ReplyDeleteYa betul.. asal jgn ngumpat org dgn menyebut nama udah ler.
mm, haaa ada gosip antara blogger ker,ahaha gaya kepochi...hihihi
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha...
HANY - tu la MM baru nk tanya Hany kalau2 ada dengar... kita dgr pun sipi2 je...
ReplyDeleteThanks.. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga utk Hany.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
ReplyDeleteBlogger bergaduh, biarkan mereka...itu semua lakonan dunia
Thanks MS - SHR Aidil Adha dr kami sekeluarga.
ReplyDelete