Wednesday, December 26, 2012

Thanks Mialiana DAN keindahan dunia blog yang perlu para blogger tahu

Assalamulaikum w.b.t .    

Agak kesibukan sikit seharian ni Kak Mirror sebab menyelesaikan pembelian buku anak2.. pastu gi nyoping kat KSL (next entry mungkin entry riak.. sbb Kak Mirror nak tayang kasut yg baru beli... wahaha.. astagfirllahalazimmmmm... bukan apa Yang... ada follower yg suka entry2 gitu, kita layankan je la.. tapi takde la riak mana pun sebab murah je).





Sebelum tu.. nak ucapkan terima kasih pada  Mialiana selaku admin Geng Blogger yang telah sudi mempromokan blog Ahkak hari ni.  Terkejut  Kak Mirror Dik...  (betul la kan I bahasakan diri I  "Kakak" sbb  Kak Mirror ni kan... tersangatlah "remaja"nya kalau nak dibanding dengan para "bloggerwan" semua... next year sweet 17 gitu!.   LOL...

Kak Mirror ucapkan tahniah kepada admin2 Geng Blogger sebab page tersebut telah mampu mengumpul seramai 29,508 likes setakat ini. Satu pencapaian yg bagus dan membanggakan (sila la you all klik link Geng Blogger tu utk ping blog dsbnya).  Kalau jual page tu dah bernilai jutaan ringgit dah.. Wah!.  Tetiba cerita pasal jual beli page pulak... kang kecik ati pulak admin2 mereka yg pastinya tak pernah terlintas pun utk menjualnya kan...  Hahaha... tidak Dik, cuma alang2 dah cerita pasal fanpage kan.. kita terus buat entry yg menjurus ke arah itu.. don't get me wrong, kan tajuk entry pun ada perkataan "DAN" kan?.  Maksudnya  ada 2 entry dlm 1.  Kak Mirror just nak  mewar2kan  pada my beloved followers tentang dunia IT yg penuh  keindahan ini, pendek kata lubuk emas bagi mereka yg tahu caranya.  

Satu trend sekarang ni blogger2 yg telah menempa nama di pelusuk dunia membuat "lelongan harga" pada page2 mereka yg telah mencapai ratusan ribu likes.   Sudah pasti sasaran mereka adalah peniaga2 on line yg mendambakan like yg ramai untuk meraih pengunjung seterusnya membuat belian. Pasti peniaga2 on line di luar sana  akan berkesanggupan untuk membuat bidaan yg tinggi, jika page anda sememangnya ramai dan ahlinya adalah manusia sebenar dan bukan robot. ;D...  Ini adalah satu perkembangan sihat di kalangan kita sbg blogger dan pasti mencetuskan satu inspirasi kepada anda semua bukan?.  So guys, you all yg masih muda2 tu... buatlah yg terbaik.. Mcm Kak Mirror ni.. biarlah demikian adanya, as long tiap ari ada orang beli handbag, baju2 and kolagen PMC yg Ahkak jual dah ler... :D... dah cukup membahagiakan dah tu.

So, adakah blog juga boleh dijual?.  Apa kata anda...

I rasa kalau blog mungkin tak begitu sesuai untuk dijual sebab setiap individu pasti  berlainan cara penulisannya berbeza dengan page... boleh tulis ciput2 dan boleh invite ramai admin (blog pun boleh juga tapi..).  Tapi masalahnya satu..... Contohnya begini... Dapat tak korang bayangkan kalau tetiba Che Det memberikan blognya yg berjuta2 pengunjung itu  percuma pada you all  secara tiba2....  Satu mimpi yg indah kan?  Tapi mampukah anda  menulis sebaik dirinya untuk mengekalkan statistik pengunjung?.   Ataupun tetiba suatu pagi Pn Mialiana calling2 I.. "Kak Mirror.. tak larat dah saya nak tulis blog.. akak ambik la blog saya tu".   Mampukah Kak Mirror meniru gaya penulisan beliau yg selalu sopan, lembut, natural ... sedangkan spt yg you all sedia maklum... I  kalau menulis ala2 gedix gitu kannnn?.  LOL...

Bagaimanapun.. anda berhak berhujah untuk entry ini.  Dipersilakan demi penambahbaikan dan  masa depan blogger negara. Ecewah!.


12 comments:

  1. wah best best kan..tahniah kak..huhu

    ReplyDelete
  2. blog saya kalau jual singgit pun org taknak beli, kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuishh.... belum cuba blom tau Puan Dokter... entah2 berebut org nak beli.

      Delete
  3. eerrr...tak tau pon yang blog boleh dilelong...heheh..tau berblog jer..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aty - Bukan blog tapi fanpage diorang...Memang kreatif blogger2 sekarang ni..

      Delete
  4. Semoga bertambah murah rezekimu kakakku =)

    ReplyDelete
  5. blog wak pon X fofuler jugakkk.. hhuUUu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah fofuler dah tu... nak fofuler mcm mana lagi.

      Delete
  6. baru sempat nak menyinggah sini... sama2 kak mirror. semoga dapat banyak trafik pada hari itu..

    p/s: sayang sangat kat blog tu.. diari kehidupan mia di dalamnya... ;)



    ReplyDelete
    Replies
    1. Diari bergambar... kan Mia.
      Sama la Kak Mirror pun, byk kenangan manis terpahat di dalamnya.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...