Monday, September 12, 2011

Resepi rendang ayam untuk raya

Resepi rendang ayam 


Sebagaimana dalam entry ini yg ku kata sibuk na nak masak ketupat dan rendang... maka seharian ni kami makan je la menu-menu ni sampai kenyang. Baru la rasa beraya! Walaupun makan hanya bertiga...( jap lagi berempat kalau ayah mereka balik).



Ini untuk Shashal...
(Tengok tu ketupat masih panas lg dah terpaksa dipotong... bentuk
pun tak cun lg sebab masih lembik.. ni gara2 Shashal
dah balik dari sekolah, ketupat baru keluar dari periuk)




Ini untuk Mama Shashal...
(Qistina belum pulang dari sekolah ketika gambar-gambar ni diambil)

I tak pasti la sama ada rendang yg kumasak ni dalam kategori sedap atau pun tak. Bila dah dicampur2 dgn lodeh and sambal kacang tu memang la tak nampak kekurangannya... memang sedap je la kan, anak2 pun kata sedap je... biasa la bebudak, masakan ibunya la yg paling sedap di dunia walaupun sekadar nasi berlaukkan kicap.

Actually cuma musykil kenapa resepi rendang ni tak guna bawang putih?? Takut rambut cepat beruban ke apa? Maka biarlah kutuliskan resepi ini sbg Resepi Rendang Ayam Tanpa Bawang Putih..

RESEPI RENDANG AYAM TANPA BAWANG PUTIH

1/2 kilo ayam (korang ingat aku nak main timbang2... takde mananya.. semua main agak2)
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (jgn besar sgt)
2 batang serai - potong bulat
4 btg cili kering - buang biji dan rendam
Santan (ambik 3/4 dari sekotak santan segera)
Asam keping dalam 1/2 bulatan
Kerisik - segenggam
Daun kunyit

(kesemua bahan di atas (kecuali ayam, asam keping dan daun kunyit) diblend - ketepikan)

Cara

1) Basuh ayam bersih-bersih, toskan.. lumur dgn kunyit dan garam. (suka ati kalau nk perap dulu boleh.. tak perap pun ok). Then goreng separuh masak... sampai mcm kuning2 sikit.
2) Dlm kuali berasingan, masukkan bhn2 yg diblend tadi.
3) Masukkan santan, garam... gaul2 sebati.
4) Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
5) Masukkan daun kunyit yg disiat-siat sesuka ati
6) Masukkan kerisik, masukkan asam keping, gaul-gaul
7) Bila dah agak kering, masukkan gula...
8) Biar agak lama hingga ayam masak... make sure jgn sampai hangus dgn selalu mengkaup balikkannya.
9) Suka hati anda sama ada untuk memilih ianya dlm keadaan berkuah ataupun jenis kering2. Jika ingin kering2... tunggu sedikit masa lagi.


11 comments:

  1. wah..
    rendang kak ala2 mak mertua ayu, tanpa bwg putih..

    selamat beraya lagi.

    ReplyDelete
  2. Ooo mcm tu ya Ayu? Maksudnya mmg resepi ni resepi yg boleh diterima msykt la kan?

    ReplyDelete
  3. tahun nie tak merasa lagi lontong...huhu

    ReplyDelete
  4. Hai Adah, how are you?

    Hidangan raya utk org2 Melaka tentu berbeza dgn kami di Johor ni, lontong antara menu2 utama di pagi raya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sy pun x guna bwng putih gak wat rendang.. lebihkan serai.. sy x gorengkan ayam dulu.. masukkan semua sekali.. lg mudah dan sedapp

    ReplyDelete
  7. Norayu - lebihkan serai ya? Ok next time I lebihkan.. ni td guna 2 btg je.

    ReplyDelete
  8. hehhehe....pinggan kita serupaaaa.....

    ReplyDelete
  9. Ooo ya ke Mama? Hehehe... Tak sangka sama taste pulak ya... tp Mama punya lg berset2 dlm gerobok kan? Huhu....

    ReplyDelete
  10. saye panggil rendang rempah kalau resepi macam tu..:) kat umah ade 2 pilihan rendang..samaada rendang rempah atau rendang pedas... tukau2..:)

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...