Tuesday, September 6, 2011

Bijak dan tak bijak yg pernah kuperbuat untuk raya kali ini

Dah seminggu dah rupanya kita menyambut raya... maka Miss Mirror pun ingin muhasabah diri, ~ apa yg bijak dan tak bijak sepanjang raya 2011 ni yg telah aku perbuat :-

Nak senaraikan yg tak bijak dulu.... ngee.... ;)

1) Aku rasa... better next year beli je la selai baju ya Puan Sam a.k.a Miss Mirror. Yang aku ni beli sampai 3, 4 helai pun takde maknanya... bukan beraya ke mana sangat pun sudahnya. Ada selai lagi baju tu, sampai sekarang tak terusik lagi.

2) Aku tak tau la sama ada ini perasaan aku je ke atau apa.... dalam handbag aku ni ni kan....sebenarnya ada bermacam-macam alat make up.... dari toner, krim siang, maskara, pelentik bulu mata yg karen tu, blusher mahupun apa saja yg retis2 tu pakai... tapi ko nak tau... sudahnya bila raya menjelang, aku bukan pakai pun (kecuali lipstik and bedak tu wajib le kan)... perasaan aku macam berkata-kata, makin ku make up makin tak berseri je rasa muka aku ni (bukan nak perasan yg aku ni natural beauty... sbb kalau aku tak make up langsung dah cam mayat gak muka aku ni.. cuma tu la.. lately ni aku rasa macam tak selesa nak make up... nak kata pembawak budak, aku tak pregnant la pulak). Entah la kenapa aku jadi macam ni...hahaha. Mungkin nak suruh aku jadi kaya kot... berjimat cermat.


Make up remover ni tak terpakai sudahnya sebab
takde benda yg nk diremovekan dari muka aku... hehe
eh muka plak.. ni untuk MATA shj ya..

3) Lain kali kalau nak beli baju raya anak-anak, beli awal-awal.... jgn mcm aritu.... takde keselesaan langsung bersesak2, sudahnya beli pun pakai capai-capai je... menawar pun tidak, padahal banyak lagi baju2 yg jauh lebih cantik dgn harga yg jauh lebih berpatutan di luar sana.

4) Sampai ke arini tak berkesempatan lagi utk puasa 6..... memang kurang bijak.

5) Tahun depan pun aku tak nak beli kain samping untuk laki aku..... tahun ni punya la lawa aku beli, dia pakai tak sampai pun setengah jam (untuk ke surau solat raya) pastu balik terus gantung tukar dgn jeans.. blom pun sempat bergambar. Sayangku IRP... sampai ati kau laling.



sekadar gambar hiasan - ni semua anak sedara I..
yg I temui di pagi raya pertama

Yang bijak.....( dengan bangganya ingin menulis apakah perkara bijak yg telah aku lakukan untuk raya kali ni).

1) Kan aku cakap itu ari, kuih raya aku cuma 2 jenis je tahun ni.... ha bijak la tu, rumah aku ni bukan ramai pun orang datang... duduk kat kawasan "1 Malaysia" ni kan... mana ada marhaban2 macam kat rumah korang.. Tapi kan... tetiba aritu kuih aku ni bertambah jadi berjenis-jenis sudahnya... di penghujung ramadhan tak semena2 tetiba jiran-jiran aku ni bagi (diorang ni gaknya baca blog aku la... kot2 simpati bila aku cakap kuih aku cuma 2 jenis... lol). Pastu adik aku bagi jeruk Penang plak... sedapnyaa, then MIL bagi 2 bungkus kerepek-kerepak, tu pun sib baik bila MIL offerkan dodol, aku cakap tak nak sebab aku bukan pemakan dodol yg tegar... kalau tak.. jenuh gak nak mikir sapa yg nak tolong aku abiskan kuih2 ni semua.


2) Peti ais aku pun sangat bijak tahun ni.... dulu2 peti ais aku pernah tak jadi bijak sebab time aku tinggalkan balik kampung ... blackout... habis semua ayam itik yg ada kat dalam tu. Itu satu hal la... tang bau dia yg susah nk hilang tu.. memang makan ari nak ilangkan. Dan lebih bijak lagi sebab lauk pauk pun kami dah clearkan sebelum balik kampung aritu.

3) Aku tak beli kasut raya baru tahun ni.... memang sangat bijak.

4) Aku tak beli baju raya sedodon dgn IRP and Shasal tahun ni dan takde pun orang menegur... nak kata bijak sangat tu tak la.. tapi rasa berbaloi sebab aku rasa tertekan bila terpaksa mengenakan kaler2 yg aku tak berapa suka hanya semata2 memenuhi tuntutan warna senada. Tapi yg penting, baju2 aku senada dgn anak2 perempuan. Kira ok la tu kan.....

Mudah-mudahan menjadi pengajaran buatku untuk raya-raya di tahun hadapan..

7 comments:

  1. btl jgk...myb jadi panduan utk raye tahun depan lak...

    ReplyDelete
  2. mmg satu panduan yg bijak utk masa depan.Sekali lagi selamat hari raya...mesti seronok berjumpa sanak saudara:)

    ReplyDelete
  3. Nurayunni - amin.. mudah2an dipanjangkan usia utk bertemu syawal thn depan.

    Thanks Win.. ya mmg seronok jumpa sedara mara yg dah lama tak bersua.

    ReplyDelete
  4. ahahah betol mz pun ms g smayang raya jer, pastu terus bukak lipat. penat je kita ni iron samping tuh, suruh pakai masa g rumah sedar,t akde nyer dia hirau haishhhh

    ReplyDelete
  5. HANY - tahun depan kita belikan dia baju je la kan.. seluar n samping takyah.. wat membazir je.

    ReplyDelete
  6. slmt hari raya

    http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya CT.. thanks atas wish.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...