Sunday, September 4, 2011

RESEPI BISKUT RAYA 2012

Resepi Biskut raya 2012? Tak payah betulkan... memang disengajakan... ready2 untuk tahun depan.

Mood mengupdate blog dah makin menipis sejak akhir-akhir ni.. still in festive mood. Nasib la kau blog... sib baik blom sempat bersawang.


Dua hari melepak di rumah adik I (ibunda kepada budak keletah yg suka bergaya dlm gambar di atas... tengok tu.. dia lilit sendiri tudung tu tau!.... )




Kami mengadakan akitviti main masak-masak, raya2 pun still buat kuih... Rajin kami ni... :P Nanti I bagi resepi chipsmore spt pix di atas ya... semua main campak2 je, budak2 kecik pun boleh buat. Ok selamat mencuba!

Oh ya, tapi ni resepi chipsmore yg crunchy, kalau nak resepi chipsmore "now you see now you don't" macam jajan tu.. bleh click kat entry lama. 

125 gram mentega
70 gram gula kastor
1/2 st esen vanilla
150 gram tepung gandum
Coklat cip - secukupnya

Cara

1) Gaulkan mentega bersama gula... tekan2 dgn hujung jari hingga sebati
2) Then masukkan tepung
3) Gaul hingga menjadi doh yg lembut
4) Masukkan coklat cip..
5) Bentukkan bulat dan leperkan
6) Tambahkan lagi coklat cip di atas biskut yg telah disusun di atas dulang pembakar tadi.
7) Bakar 170 C - 15 minit atau hingga masak kekuningan.


Lain-lain resepi biskut raya sila klik sini




No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.