Wednesday, August 17, 2011

Bacaan tarhim membuatku terkenang memori silam..


Gambar tiada kena mengena dengan entry - cuma tolong ingatkan aku untuk menukar kusyen buruk ni.... emmm weekend ni kena cari sama ada kaler dark brown atau putih atau kedua2nya sekali... hari ni dah 17 Ramadhan.

TARHIM ITU....

Ya suara bacaan tarhim sebelum subuh dari surau asrama ketika aku bersekolah dahulu telah berjaya membuat aku homesick, terkenangkan emak, terkenang ayah... pasti waktu-waktu begitu emak sudah siap dgn sebaldi air panas untuk kubuat mandi sebelum ke sekolah, satu jug air teh sudah siap di atas meja, sarapan sudah ada di bawah tudung saji.

Ku kira hanya aku yang berperasaan begitu dan kukesal kenapalah aku cengeng sangat ketika itu, rupanya tidak.... si Bedah Brutal bukan nama sebenar itu pun seringkali menangis di atas katil asrama terkenangnya ayahnya di saat-saat tarhim berkumandang.. bayangan ayah yang bersiap-siap untuk ke surau untuk solat subuh menghantui Bedah di mana-mana..

Bila aku tua-tua begini.... bacaan itu pula membuat aku terkenang zaman sekolah pula... zaman asrama, malah zaman di pusat pemindahan banjir .. haha.. Oh pelik! Itulah keajaiban bacaan tarhim.. Mujurlah aku dewasa dalam keadaan dunia yg sudah semakin canggih, dengan hanya di hujung jari, teman-teman lama dapat dihubungkan semula.... dapat la kumengutip semula kenangan2 yg kian sirna di telan masa... Namun jangan kau risau... selagi adanya bacaan tarhim itu dari surau-surau berdekatan ini, ingatan pada kalian tidak akan pernah luput.

Ok la... aku terpaksa mengundur diri kerana ingin memandikan anak-anakku. Semoga dapat berjumpa di hari raya.


6 comments:

  1. salam ramadhan ke 17 MM, syukur kita masih mendengar tarhim di masjid/surau berdekatan..

    tidak di kawasan y penduduknya padat. makan sound system agak kurang diperdengarkan

    Insyallah.. ada umur, ada jodoh.. pasti ramadhan milik kita...amin

    ReplyDelete
  2. bacaan tarhim pun mengingatkan say apada arwah abah. Dulu arwah abah yang mengalunkan bacaan tarhim disurau kampung kami...al-Fatihah untuk abah...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk arwah ayah Mama.. alhamdulilah beliau telah melaksanakan fardhu kifayah kpd penduduk di sekitarnya.

    ReplyDelete
  4. Pt Baru zaman dulu tak ada pembesar suara

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.