Thursday, August 25, 2011

Masihkah kau simpan baju kenangan itu?

Buntu dgn almari pakaian anda yg kian sesak tetapi berazam untuk tidak mahu menambah bilangan perabot? 

1) Ambil 2 karung plastik hitam a.k.a plastik sampah. 

2) Sorting out baju-baju yang dah lama tidak anda pakai dan baju yang langsung tidak boleh dipakai lagi. Asingkan dlm 2 plastik berasingan tadi. 

3) Terpulang kepada anda untuk buat apa pun dgn baju2 lama itu.... sama ada untuk disimpan di store, diberi kepada orang (itu pun kalau ada yg sudi), atau dilelong di Mudah dot My atau sekiranya ada baju2 kain cotton, maybe boleh dikitar semula menjadi sarung bantal, quilt dsbnya ataupun kalau dah tak boleh dipakai langsung, boleh la buangkan saja ataupun diguna untuk mengelap lantai. 

4) Bagi tudung-tudung dan shawl2 lama - seeloknya jgn cepat-cepat bertindak ganas dgn membuangnya tanpa usul periksa kerana ada ketikanya tudung-tudung dan shawl lama ini akan menjadi gilaan semula seiring dgn peredaran fesyen yang kian berkembang. Pelbagai cara ikatan shawl yang telah diberi nafas baru sedang meledak-ledak di kalangan celebriti bloggers dewasa ini yang boleh anda cuba hanya dgn menggunakan shawl2 lama anda. 

5) Jika kerja-kerja penyingkiran baju2 lama telah pun dilakukan.. kini anda telah pun mendapat ruang yg luas di almari anda. Baru la best kan nak melipat-lipat kain.. tak la rasa sesak je. Shawl2 lama yg telah anda kumpulkan tadi boleh la disimpan di dalam container plastik...


Container plastik spt ini harga lebih kurang RM40 shj ya... dan simpan la container berisi shawl2 lama ini di bawah katil ke atau pun jika ada ruang di store, boleh la simpan saja di sana. 



Nota : Jika ingin menyimpan di bawah katil, sila pastikan cadar yg anda gunakan adalah jenis berskirt supaya kehadiran container ini tidak mengganggu pandangan mata.

Jadi you fikir I telah pun melakukan apa yg telah I sebutkan di atas? Maksud I telah membuang baju2 lama.... Jawapannya : Tidak semua, tidak semua yg I buang... hingga ke saat ini, "baju2 nostalgia" masih tersimpan lagi di dalam gerobok... rasa sayang pulak nak buang, ada orang suka melelong baju2 pengantin mereka... kalau I pula tidak.. bagi I baju2 pengantin adalah terlalu nostalgik.. begitu juga uniform kerja, simpan la sekurang2nya sehelai sebagai kenangan... Tak tau la, ada ke org yg mcm I ni? lol..... You all pulak mcm mana?

10 comments:

  1. bawah katil saye tertutup habws..tak ley isi barang.. :( saya pon pening nak simpan mane segale tudung lame n shawl yang setiap hari bertambah...!!

    ReplyDelete
  2. I all x penuh lemari lagi... hahah

    ReplyDelete
  3. I all x penuh lemari lagi... hahah

    ReplyDelete
  4. Katil saya pun Aty.. ingat nk sumbat bwh katil anak.. ngeee...

    Kengkawan - I oll punya dah sesak..she oll pun. ;D

    ReplyDelete
  5. cadangan2 yg berguna.so kreatif.
    * selamat hari raya win ucapkan buat miss mirror & family

    ReplyDelete
  6. Baju2 lama Gie n tudung2 lama dah tak de dah, masa nak berpindah dr Johor ke Terengganu last year, banyak yg I dah sedekahkan @ bakar [yg dah tahap serius]

    ReplyDelete
  7. Gie - Oh bakar pun ada? Hehe.. Senang mcm tu kan.. tak la rasa semak je almari.

    ReplyDelete
  8. Salam, dkt mana dpt kotak transparent all white ni? Kotak ni boleh stack tak utk tambah kotak lain atas dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.... kat pasaraya byk Sis. Kami beli kat Aeon je. Skrg dah byk yg murah. RM15 ke bwh dah bleh dpt yg besar. Mmg kami susun bertingkat utk isi baju2 lama.. alhamdulillah ok je.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.